Thursday, December 31, 2009

[Aku] Selamat Tinggal 2009


Assalamualaikum


Beberapa minit sahaja lagi tamatlah tahun 2009 yang meninggalkan aku banyak kenangan. Tidak kiralah kenangan itu indah mahupun kenangan itu menyakitkan. Ramai kawan baru yang aku mula kenali. Aku mula bergiat sedikit aktif dalam menyokong beberapa artis di dalam karier mereka. Siapa mereka, mungkin ada yang tahu. Masih lagi di carta pertama aku, Fara Fauzana. Tidak mungkin akan berubah. Pencapaian dia pada tahun ini sangat membanggakan. Aku dan juga Fun Corner sentiasa akan terus menyokong karier dia.

Pada tahun ini juga aku mula mempelajari apa itu sebenarnya yang dikaitkan seni dalam Fotografi. Seni itu mula menarik minat aku untuk mengetahui fungsi-fungsi pelbagai jenis kamera DSLR yang terdapat di pasaran. Hanya jenama dari Nikon, Canon dan Sony yang menarik minat aku dan mencairkan hati aku. Aku juga sedang cuba mempelajari cara-cara menangkap gamba dengan cantik dan menarik minat orang ramai untuk melihat hasil kerja aku. Tapi masih lagi di peringkat percubaan. Terima kasih kepada Lightroom, Picasa dan Photoshop.

Pada tahun ini juga, kali terakhir aku berusia belasan tahun sebelum usialu mencecah ke angka dua puluhan. Baru sahaja beberapa hari lepas menyambut usia 19 dan kini masuk tahun 2010 akan terus dikaitkan dengan tambahan setahun menjadikan usia 20 tahun. Terima kasih kepada sesiapa yang sempat mengingati tarikh hari lahirku tidak kiralah di kalangan rakan sekolah, rakan kampus, rakan facebook dan juga rakan fan club. Sayang dengan kamu semua.

"Biarkanlah perkara yang menyakitkan itu pergi dengan sendirinya, kerana yang mengembirakan pasti akan datang bila tiba waktunya.."

Alhamdulillah,
SELAMAT TAHUN BARU 2010


Monday, December 21, 2009

[Filem] Sang Pemimpi


Assalamualaikum

Bercakap tentang filem terbaru Sang Pemimpi. Filem ni diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata yang juga novel kedua selepas Laskar Pelangi. Novel-novel karya Andrea Hirata ni buat aku tertarik bila baca. Dah masuk buku keempat yang aku baca karya dia. Antaranya, Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov yang merupakan karya terakhir dalam tetralogi Laskar Pelangi. Memang terbaik tulisan kisah benar tentang kehidupannya, keluarganya, rakan-rakannya, pengalamannya dan suasana di Belitong, kampung halamannya.

Babak-babak di dalam filem Sang Pemimpi


Filem ini baru ditayangkan di pawagam Indonesia pada 17 Disember lepas. Maksudnya masih baru lagi. So, tak tahulah bila akan sampai Malaysia dan aku dapat menonton filem ini. Kepada peminat Ariel Peterpan, korang akan lihat dia berlakon sebagai Arai dewasa dalam filem ini. Arai adalah merupakan watak penting dalam filem ini selepas watak Ikal. Jangan lepaskan peluang menonton buat pertama kalinya Ariel di layar perak. Korang juga boleh ke laman facebook Sang Pemimpi untuk maklumat lebih lanjut mahupun ke laman web rasmi Sang Pemimpi.

wajah Ariel yang melakonkan watak sebagai Arai dewasa

Trailer filem Sang Pemimpi


p/s : tahniah kepada filem Laskar Pelangi kerana telah berjaya memenangi Filem Terbaik Asia Pasifik baru-baru ini di Kaohsiung, Taiwan.


Wednesday, October 14, 2009

[UTeM] Kem Asas PRS - Desaru


Assalamualaikum

Hujung minggu yang lalu aku mengikuti sekali lagi kem asas PRS. Sengaja mahu mengikuti kali kedua. Aku rasa seronok begitu. Kali ini peserta tidak ramai. Cuma 20 lebih sahaja. Lelaki semuanya dari FKE yang majoritinya tahun 3 dan tahun 4. Perempuan pula majoritinya dari kelas aku iaitu diploma FTMK. 2 orang dari FKP dan seorang dari FKM.

Aku diberikan kumpulan Spider. Ahlinya terdiri daripada Aku, Nad, Mea, Boy, Elfie dan Adi. Kali ini kemnya sangat relax sahaja. Mungkin ada kalangan peserta dimasukkan saat akhir. Sekali lagi aku dapat faci Papa dan Abang Aids.

Aktivitinya Obstacle Challenge, Berakit, Night Walk, LDK. Petang Sabtu mereka beramai-ramai mandi pantai. Aku tidak menjejak langsung air laut. Mungkin aku tiada mood atau malas. Aku pun tidak tahu mengapa. Abaikan saja.

Aku rapat dengan kesemua faci perempuan. Mereka aku kenali sejak kem asas PRS di Lambaian Danau lagi. Mereka adalah Kak Odah, Kak Kemaa, Kak Fai dan Kak Zizie. Mungkin ini kali terakhir mereka menjadi Faci. Selepas ini pimpinan baru akan menerajui. Rajin-rajinkan diri anda datang AGM PRS okey.

Detailnya seperti di bawah:

Aktiviti : AGM PRS
Tarikh : 22 Oktober 2009
Tempat : BK3, FKE
Masa : 8.30 Malam

koleksi kasut kami


gamba-gamba di kem


Thursday, October 8, 2009

[Raya] Beraya Gembira Part 2


Assalamualaikum


Beraya Gembira Versi Mereka


Beraya Gembira Versi Mereka 2


Jurugambar bagi Beraya Gembira


[Raya] Beraya Gembira Part 1


Assamualaikum

Jumaat lepas beramai-ramai pegi beraya
Petangnya ke rumah Echah dan malamnya ke rumah Dayah 
Aku hanya sempat berkunjung ke rumah Dayah
Petang itu aku ada di Pesta Konvo UTeM
Uruskan hal-hal yang perlu diuruskan

Aku dan rakan-rakan kelas bertolak selepas Isyak
Yang lelaki berpakaian Baju Melayu
Yang perempuan berpakaian Baju Kurung
Semua sangat bergaya dan cantik

Rasa riang gembira di sana
Mereka juga bermain mercun
Sambil berposing sini sana
Sambil menikmati nasi tomato

Selepas ini rumah Tiya pula
Makan apa ya?

Siapa pula mahu sponsor makanan lagi?
Sediakanlah duit raya untuk kami juga.
Tahun depan kami datang lagi okey!


Wednesday, September 9, 2009

[Lirik] Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda - Raihan + Hujan


Assalamualaikum

Lagu raya baru hasil daripada gandingan sebuah kumpulan nasyid dan sebuah band indie. tidak sangka hasil daripada dua genre yang berbeza dapat menghasilkan lagu raya tersebut. syabas aku ucapkan kerna bukan senang nak lihat gandingan antara nasyid dan band indie.


Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yg tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru yang disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun Wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Di Aidilfitri, di aidilfitri

Friday, September 4, 2009

[Lirik] Diari Ramadan Rafique - Adik Nazilah

Assalamualaikum


Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga
Waktu berjalan laju tidak sabar ku menunggu
Nenek selalu berpesan jangan mengikut nafsu
Jangan kita ikutkan itu perangai hantu

Kisah dibulan puasa
Rafique seluruh keluarga
Jadilah seorang yang berguna
Semoga kita diberkati Allah

Hari Raya menjelma kurasa sungguh gembira
Khabarkan pada semua jangan lupa duit raya
Ketupat rendang kuih muih juga tersedia
Baju raya baruku telah dibeli sama

Selamat Hari Raya
Aidifitri mulia
Puasaku telah terbayar juga
Gembira hatiku tidak terkata

Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga
Waktu berjalan laju tidak sabar ku menunggu
Nenek selalu berpesan jangan mengikut nafsu
Jangan kita ikutkan itu perangai hantu

Kisah dibulan puasa
Rafique seluruh keluarga
Marilah ikut amalan mulia
semoga hidup kita bahagia
lala lala lalala




Friday, August 28, 2009

[Event] Jelajah Era Konsert


Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang Jelajah Era (JE). Aku datang ke sana terlalu awal. Sampaikan pukul tengahari aku dah terpacak kat sana. Waktu tu masih tiada orang lagi di sana. Berbanding Hotfm Mini Jam, sudah lama tapak karnival akan dipenuhi orang ramai.

Hanya pada pukul 2 petang barulah kelihatan ada orang hadirkan diri. Yang kelihatan di tapak karnival hanyalah Skuad Myvi Era. Aku bernasib baik berpeluang untuk dapat tiket Vvip dan boleh melihat konsert dengan lebih dekat.

Pukul 5 petang, konsert dimulakan. Artis pada sesi petang ialah Pop Shuvit,
Ladylike (kumpulan dari Sweden - dibawah naungan KRU), Alif Aziz, Dina (DJ Era yang turut menyanyi), Flop Poppy, dan Tomok & Newz Boy



Pukul 8.45 malam, konsert malam dimulakan. Artis pada sesi malam ialah, Isma AF7, Ruffedge, Adam, Alexa (kumpulan Indonesia - lagu popular Jangan Lepaskan), Stacy, Coda (kumpulan anak didik Siti - dibawah naungan SNP Productions), Siti Nurhaliza, Jinbara, dan Bunkface.



Aku sempat untuk menyelinap masuk ke khemah artis dan hanya sempat snap pitcha bersama Sam pada malam itu. Petang pula hanya sempat snap bersama Adi Fashla padahal ramai yang aku jumpa dan berdekatan dengan kami. Langsung tak punya rasa keseronokan untuk bergamba bersama mereka. Mungkin bukan road tour dari Hotfm mahupun Tv3 barangkali. Hadiah yang aku dapat T-Shirt Era, tangan besar Perodua, CD Amy Mastura - Happy dan hadiah dari Perodua.



Thursday, August 13, 2009

[Aku] Salam Ramadhan 2009


Assalamualaikum



Ramadhan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Kepada perempuan yang tak habis ganti puasa, silalah cepat-cepat berbuat demikian. Bagi lelaki yang kuat merokok tidak kira masa, silalah cuba untuk memperlahankan ketagihan anda kerana puasa sudah dekat ok.

Cakap pasal Ramadhan, aku dah dengar lagu-lagu raya sedang berkumandang di sini sana. Di hostel aku juga ada yang dah bukak lagu raya termasuklah aku. Saja nak tambah mood untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ni.Tarikh jangkaan puasa bagi Malaysia ialah pada 22 Ogos 2009, pada hari Sabtu minggu hadapan.

Khas tuk peniaga-peniaga Bazar Ramadhan, silalah sediakan ayam percik, kuih pelita, air bandung, kuih talam dan apa-apa yang sepatutnya. Aku suka untuk makan itu okeyh. Paling susah nak cari semestinya kuih pelita. Yang ada jual selalunya sangat tidak menepati citarasa aku langsung ok.

Dalam keseronokan, jangan lupa berdoa untuk orang-orang Islam di Gaza semoga terselamat dari kekejaman Israel. Semoga mereka dapat bersama-sama dengan kita menyambut RAMADHAN yang mulia ini.



p/s : hopefully 1 Ramadhan dapat berbuka bersama keluarga


Wednesday, August 5, 2009

[Kenangan] Mesej Kenangan


Assalamualaikum

21 May 2009

Aku pernah tanya kepada arwah AIN.
Aku tanya soalan ini kepada ramai orang.

1-Nama kamu panggil saya?
Jawapan die, mangkok! hehe..

Aku tak marah dia panggil aku nama tu.
Gelaran itu untuk geng kami.
Dia pula aku panggil mangkuk tingkat.

2-Lagu yang kamu rasa tuk saya?
Jawapan die, kenangan terindah.

Kenangan antara aku dan dia pasti akan diingati.
Lagu itu pasti mengingatkan aku kepada dia.

3-Artis mana yang kamu tengok ingat saya?
Jawapan die, Fafau.. dah semestinya.

Dia tahu minatku pada Fafau sejak dulu lagi.

4-Kenangan dengan saya yang kamu ingat?
Jawapan die, Petik putik pokok kat pondok guard! Argh, rindunya.

Itu memang hobi aku dan dia. 
Selalu berlumba siapa dapat petik paling banyak.
Antara aku dan dia selalu menang berbanding Kiela.

5-Kata-kata kamu tuk saya?
Jawapan die, bila kita akan berjumpa lagi? rindunya saat itu!!!

Aku tidak dapat berjumpa dia untuk selama-lamanya.
Sentiasa akan merindui dia selama-lamanya.
Hanya pusaranya bisa aku lawati.


[Kenangan] Mesej Terakhir


Mesej- mesej terakhir dari Arwah Ain.
Aku sering dapat mesej-mesej dari dia yang mengingatkan aku kepada Allah.
Ain orang yang sering bertanya khabar diriku.
Orang yang tidak pernah lupa membalas mesej-mesej aku.
Mesej dari dia yang masih dalam simpananku.

13 Jun 2009

Lahirnya manusia disambut dengan AZAN
Matinya manusia diiringi dengan SOLAT
Antara AZAN & SOLAT
Argh!! Alangkah singkatnya hidup ini..

p/s : memang singkat sehingga kau pergi terlalu cepat

5 Julai 2009

Menangislah wahai TEMAN pabila..
perSAHABATan yang murni menjadi satu yang MUSTAHIL..
keJUJURan menjadi sesuatu yang JARANG dilakukan..
keIKHLASan berubah menjadi pengKHIANATan..
keMUNGKARan berubah menjadi satu keBAJIKAN..
keADILan dianggap tindakan yang meMALUkan..
sebaliknya
meNINDAS dianggap sebagai satu UNDANG-UNDANG..
ISLAM dan nilai-nilai ajarannya menjadi keMUNDURan..
keBENDAan menjadikan orang yang ZALIM berubah menjadi miskin..
dan orang yang diZALIMI berubah menjadi PENINDAS..
dan menangislah..
jika perasaan untuk berubah itu datang,
tetapi perasaan malas & menangguh-nangguh itu muncul..

p/s : ya, aku sedang menangis dalam hati aku untukmu..

AL-FATIHAH

Hanya DOA dapat ku kirim.


[Lirik] I Go - Pete Teo


Assalamualaikum


So long, fare the well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more
And I go
I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face



Tuesday, August 4, 2009

[Lirik] Pergi - Aizat


Assalamualaikum


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia



p/s : lagu ini pasti akan mengingatkan aku kepada arwah Ain

[Kawan] Tentang Dia, Ain


Assalamualaikum



AIN NURHUSNA BINTI ABD RAHMAN

8 Oct 1990- 4 Ogos 2009

55,Hala Taman Tambun 1,
Taman Tambun,
31400 Ipoh,
Perak

.AL-Fatihah.
.Semoga Rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
.Aku akan ingat kamu selamanya.
.Aku rindu sayang kamu.


[Kawan] Al - Fatihah untuk Ain


Assalamualaikum

Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka.
Berita tentang kematian teman seperjuanganku.
Salah seorang teman rapatku.
Teman semasa aku berada di Ipoh.
Teman yang ku rindui.
Sudah bertahun aku tidak bertemu dia.
Perpisahan aku dan dia untuk selamanya.
Perpisahan yang menyakitkan.
Semoga kamu tenteram di sana.

AIN NURHUSNA BINTI ABD RAHMAN

Nama kamu akanku ingat tuk selama-lamanya.
Reunion kita tidak akan terjadi lagi.

AL-FATIHAH
8 oct 1990 - 4 ogos 2009



[Filem] Merantau - Sehebat Ong Bak



Assalamualaikum

Aku tertarik dengan satu artikel memaparkan preview filem Merantau. Filem yang mengangkat martabat ilmu di bidang persilatan. Mungkin filem ini seperti Ong Bak yang memaparkan tentang Tomoi. Filem ini bukan karya dari Malaysia tetapi dari Indonesia.


ibu dan anak


pekerjaan sebelum merantau


aksi seorang pesilat 


membantu ibunya 


babak pertarungan pasti tidak lari

Aku penyokong setia karya-karya Melayu. Tidak kiralah dari Malaysia,Indonesia atau Brunei, kitakan serumpun gitu. Aku pasti akan menjadi salah seorang penonton jika ditayangkan ke Malaysia. Tengok trailer die lagilah bertambah-tambah semangat nak tengok.

Tuesday, July 21, 2009

[UTeM] Bakti Siswa (Baksis) Perdana UTeM



Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, aku akan tunjukkan kepada korang gamba-gamba semasa Bakti Siswa (Baksis) Perdana UTeM di Dun Gadek, Melaka. Maaf sebab tak dapat nak tunjukkan gamba famili angkat aku sebab gamba diorang tiada dalam simpanan aku lagi.

Kenangan bersama orang kampung Paya Datok dan juga dari Dun Gadek tidak akan aku lupakan. Berada di sana seperti aku berada di kampungku sendiri. Terima kasih atas jasa kalian semua untuk menerima mahasiswa dan mahasiswi dari UTeM untuk program Bakti Siswa kali ini. Ada masa nanti, kami ke sana lagi.

Gamba-gamba di bawah mempamerkan apa yang kami lakukan di sana. Sangat gembira dan seronok untuk berada dan mempunyai kenangan di sana. Bersukaneka, bersama famili angkat, mendengar forum perdana dan juga makan beradat beramai-ramai.


sebelum mulanya program



sukaneka



sukaneka



sukaneka



penyediaan makan beradat



penyediaan makan beradat


penyediaan makan beradat



penyediaan makan beradat



tumbang lembu seekor



forum perdana Islam


Sunday, July 19, 2009

[Award] Shout! Awards


Assalamualaikum



Semalam telah berlangsung sebuah majlis anugerah yang pertama kali dianjurkan oleh stesen televisyen 8TV yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil yang boleh didengari di HotFM dan boleh ditonton di 8TV. Majlis anugerah yang dianjurkan amat-amatlah berlainan sekali dengan anugerah-anugerah yang pernah dianjurkan di Malaysia. Shout Awards amat berlainan kerana ia menggunakan konsep "Urban" seperti MTV Awards. Aku amat tertarik dengan konsep yang dipamerkan cuma kurang berpuas hati dengan pakaian artis-artis yang menghadiri majlis tersebut kerana aku lihat tersangatlah Urban.



Bunkface telah mengungguli anugerah Shout! Awards pada malam semalam dengan memenangi dua awards dan juga menjadi penerima pertama bagi award utama iaitu The Ultimate Shout Awards.

Melihat kepada senarai pemenang, kebanyakan merupakan dari Fly FM dan jugak 8 TV. Aku tidak terkejut kerana aku sudah dapat menjangkakan perkara tersebut. Mungkin kerana kurangnya promosi, peminat-peminat industri hiburan sendiri tidak mengetahui adanya award tersebut. Tapi syabas aku ucapkan kepada tenaga produksi yang berpenat lelah memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar.

Berikut merupakan senarai pemenang-pemenang Shout! Awards 2009

KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar : 
Bunkface

Anugerah Popstar : 
Stacy

Anugerah Power Vocal : 
Jaclyn Victor

Anugerah Flava (Hip Hop/R&B) : 
Joe Flizzow

Anugerah Break Out (Best New Act) :
 Bunkface

KATEGORI TV & FILEM

Anugerah Best On Screen Chemistry : 
Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series)

Anugerah Fresh TV Series : 
Ghost

Anugerah Breakthrough Film : 
Kami

Anugerah Favourite TV program : 
Field Trip! USA

Anugerah Favourite TV Host : 
Naz - The Breakfast Show

KATEGORI RADIO

Anugerah Coolest Radio Announcer : 
JJ - Fly FM

Anugerah Favourite Radio Show : 
Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)

KATEGORI THE WORKS

Anugerah Stylo : 
Dynaz Mokhtar

Anugerah Hot Chick : 
Marion Caunter

Anugerah Hot Guy : 
Faizal Tahir

THE ULTIMATE SHOUT! AWARD

Bunkface


Wednesday, June 17, 2009

[Kawan] Reunion 16 Jun


Assalamualaikum

semalam hari paling besh
jumpa teman-teman lama
reunion tidak formal sangat menjadi


bangunan akademik masih sama

mereka yg terawal sampai
sangat semangat sekali
sayang  sama kamu


angah dan ieda

dua orang yang sangat sengal
sangat fotogenik
sukakan lensa aku

sopek dan thera

sangat cantik sekarang
membe yang hanya tua sehari
penah jadi cover majalah
rindu sama dia


cover DARA.COM March 09

seorang senior tersesat datang
tapi aku best jumpa dia
kerana agak rapat dulu

sis syaza

rindu lagi sama kamu semua
rasa mahu cium-cium lagi
sangat-sangat rindu
nanti ketemu lagi yah!




Thursday, April 23, 2009

UTeM] Hari-Hari Terakhir


Assalamualaikum

Tengok tajuk entry aku mesti rasa pelik dan musykil kan? Minggu ni hari-hari terakhir aku kat UTeM sebagai student First year. Sem depan akan jadi student second year yang cool dan bukan lagi paling muda di UTeM. Hurm, agaknya macam mana rasa jadi senior?

Bukan nak bangga diri, tapi waktu kat sekolah teknik dulu, aku antara senior yang rapat dengan junior sampai ada rasa tak puas hati senior yang lain. Sekarang mereka masih lagi berhubung dengan aku kalau ada masalah yang memerlukan bantuan dariku. Tetiba off topik nampak.

Berbalik kepada topik, tinggal satu paper sahaja lagi tuk habiskan sem kedua, tahun satu di UTeM yang mana paper terakhirnya di Cubic @ Kampus Industri. Sebabnya tahun depan semua operasi UTeM hanya akan tertumpu di Kampus Induk di Durian Tunggal dan Kampus Bandar yang terletak di bandaraya Melaka.

Aku akan kembali ke Bangi Jumaat ni. Kali ini aku akan pastikan aku dapat jejakkan kaki ke PWTC untuk pesta buku seperti biasa. Dah berkali-kali nak ke sana dan seperti biasa banyak sahaja cabaran yang dihadapi. Hopefully aku akan berjaya. AMIN.


Thursday, March 26, 2009

[Filem] Talentime - Yasmin Ahmad


Assalamualaikum



26 Mac

Talentime. Naskah terbaru daripada Yasmin Ahmad. Dia seringkali menggunakan pelakon-pelakon baru dan sangat tidak dikenali. Tapi di bawah bimbingan dia, mereka melakonkan watak dengan sangat menjadi dan ramai yang sukakan lakonan mereka. Cerita ini adalah sebuah cerita perpaduan antara kaum. Antara kaum Melayu, Cina, dan India. Jom ramai-ramai kita tengok dan sokong karya tempatan. Sesiapa yang nak tengok, silalah roger aku dengan segera. Joinlah aku.

Monday, January 12, 2009

[Kawan] Apa Ertinya Kawan?


Assalamualaikum

Kawan membawa seribu erti bagi setiap manusia dan kawan ialah orang yang kita percaya. Ada juga yang memanggil kawan itu dengan menggunakan teman, sahabat, geng, membe dan juga rakan. Setiap panggilan sebenarnya sama dan membezakannya hanyalah jenis kawan kita itu. Setiap orang daripada kita perlukan seseorang untuk berhubung, bergurau-senda, bertukar-tukar pendapat, atau pun hanya untuk cuba meluahkan apa yang terpendam? Tapi apakah sebenarnya erti kawan itu? Adakah hanya teman-teman seperjuangan, membe-membe lepak, rakan-rakan sekolah, ataupun kawan-kawan sepermainan di waktu kecil dahulu?

Kawan seharuslah tidak harus ada pertandingan, persaingan, prajudis, mahupun perbezaan sesama sendiri. Kita harus membuka mata dan sedar bahawa dunia luar itu tidak seindah yang kita gambarkan dan juga tidak terdiri dari hitam dan juga putih. Kita mudah mencari kawan untuk bergembira tetapi apabila kesedihan, amat susah dan jarang untuk ditemui.Kenal atau tidak kenal belakang kira kerana sebuah persahabatan itu merupakan sebuah pengembaraan bagi kita.

Aku suka apabila mendapat kawan yang baru. Tidak kiralah seusia denganku mahupun lebih tua ataupun lebih muda dariku. Aku pasti setiap di luar sana tentulah sayangkan kawan-kawan anda. Aku paling benci apabila dikhianati kawan sendiri. Dikhianati bererti seperti sebuah kepercayaan yang diberikan ditiup oleh angin yang menghembus laju. Kadangkala aku berasa sangat kesepian berasakan jiwa aku kosong. Kosong seperti sebuah kapal yang belayar tanpa anak kapalnya.

Aku pasti setiap kali kita berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak kiralah sama ada berpindah tempat tinggal, sekolah mahupun berpindah ke satu fasa yang baru, iaitu dari sekolah ke universiti pasti ada antara kita akan kelihatan seperti kera sumbang. Maklumlah kita tidak mempunyai orang yang dikenali dan juga bagi sesetengah orang, amat sukar untuk memulakan sebuah perkenalan. Mungkin orang itu akan digelar sombong. Namun apabila sudah mula mengenali, barulah orang akan merasakan mereka itu tidak seperti yang dibayangkan sebelum ini.

Seperti kata orang, jangan mudah untuk menilai seseorang itu dari rupa luarannya, nilailah melalui dalamannya. Lebih mudah, janganlah terlalu cepat menilai seseorang itu sombong jika hanya melihat dia tidak senyum kembali kepada kita yang senyum kepadanya, mungkin dia tidak sedar kita senyum kepada dia ataupun dia mempunyai masalah yang tidak kita ketahui.

Aku mempunyai seorang kawan yang seringkali akan digelar sombong oleh orang yang tidak mengenali dia. Ada juga yang takutkan dia kerana raut wajahnya yang garang. Aku boleh katakan yang dia merupakan seorang yang sangat menghargai kawannya. Dia akan menyesal jika tidak dapat berhubung dengan kawannya. Jika terjumpa di pertengahan jalan dan terserempak dengan kawan yang dikenali, pasti dia akan menegur dan jika tidak sempat untuk menegur, pasti dia akan merasa sesal sama sekali.

Cukuplah tidak jumpa walaupun merindui. Janganlah berjumpa jika mampu melihat dari jauh. Dia sering ungkapkan kata-kata itu.Walaupun dia hanya mengenali seseorang itu hanya untuk sesaat, dia pasti tidak akan mudah melupakannya. Dia akan cuba untuk pastikan dia tidak akan terputus dengan kawan barunya itu dengan apa-apa cara sekalipun.

Kita hanya memerlukan seminit untuk mendapat sahabat yang baik, sejam untuk kita menghargainya, sehari untuk kita menyayanginya, tetapi sepanjang hidup kita perlukan untuk cuba melupakannya. Kata-kata ini seringkali kita gunakan untuk memberitahu diri kita tentang betapa mudahnya mencari kawan tetapi untuk melupakan kenangan antara kita dan juga kawan adalah susah sama sakali.

Thanks 4 being my friends..Aku sayang kamu ( " ,)