Friday, February 26, 2010

[Aku] Salam Maulidur Rasul 1431 H


Assalamualaikum


Hari ini adalah tarikh keputeraan junjungan mulia kita Nabi Muhammad SWT. Setiap tahun pasti akan ada majlis memperingati keputeraan Baginda. Banyak kelebihan yang akan kita dapat jika kita mengadakan atau menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Baginda.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang mengadakan majlis menyambut Keputeraan Baginda kerana dengan hanya berniat sahaja pun sudah dikira kita mendapat pahala dan dimuliakan. Bernazar melakukan sesuatu yang sangat baik.

Keberkatan bagi mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja akan dapat oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Alhamdulillah.

Salam Maulidur Rasul untuk semua.


Tuesday, February 23, 2010

[Kenangan] Merisik Khabar Salam Terakhir Sudirman


Assalamualaikum


Semalam genaplah 18 tahun pemergian seniman yang paling berpengaruh di Malaysia. Seniman yang mencipta sejarah tersendiri mendapat anugerah Penghibur No 1 di Asia. Dia adalah Sudirman Haji Arshad. Lagu-lagunya menjadi siulan ramai orang. Bukan sahaja lagu-lagunya digemari orang Melayu, tetapi kaum lain juga sangat meminatinya. Memang 1 Malaysia lah. Lagu yang paling aku gemari adalah lagu Salam Terakhir dan lagu Merisik Khabar. Tapi boleh dikatakan kesemua lagunya diminati aku.

Aku selalu ingin jadi sepertinya dalam bidang yang aku mahukan. Dia bukan sahaja berjaya dalam bidang yang dia sukai tetapi dia juga sangat berjaya dalam pelajaran. Penghibur, Pelakon, Penyanyi, dan juga seorang Peguam yang berjaya. Memang dijadikan idola bagi sesiapa yang ingin berjaya. Dia juga seorang kawan yang sangat baik.

salam terakhir dari Sudirman



Monday, February 22, 2010

[Kenangan] Penang Oh Penang


Assalamualaikum

Dah lama aku tak jejakkan diri ke Penang untuk waktu yang lama. Rindu benar dengan tempat membesar aku. Gara-gara ayah aku telah ditukarkan ke Penang, aku dapat juga melepaskan rindu di sana. Menjejakkan kaki ke sana sejak Rabu lepas sehinggalah pada pagi 21 Februari. Agak lama aku berada di sana sehinggakan kuliah pada hari Isnin aku tidak dapat hadirkan diri.

Pada petang Khamis, aku telah ke rumah lama aku di Jalan Sepoy Lines, betul-betul berhadapan dengan Padang Polo, berdekatan Hospital Besar Pulau Pinang, di sebelah Kolej Pergigian Pulau Pinang (lahirnya jururawat pergigian) dan juga berhadapan Kediaman Rasmi Gabenor Pulau Pinang. Belakang pula ada hostel jururawat pelatih. Macam-macam ada. Apek si jual jambu batu masih ada, mamak penjual roti pun sama.


rumah lama aku. setengah darinya bukan sebuah ini. tapi dah cukup besar.

Tiap-tiap pagi dan petang, boleh tengok ramai jururawat-jururawat yang berjalan kaki di hadapan jalan di depan rumah. Ada yang berpayung, ada yang tidak. Masa sekolah rendah, mesti kami akan ada sesi rawatan di Klinik Pergigian tu. Ada yang nasib dapat "misi" yang baik, ada juga dapat yang ganas. Takut je. Habis je, nanti dapat pula patung yang dibuat dari kapas-kapas dan dililit tali. Semua mesti lawan, sapa dapat paling lawa. Rindu benar aku dengan suasana tu.

pokok kemboja yang dah tak ada rupa. dulu bermain buaian di sini.

Banyak dah berubah di kawasan rumah aku. Dulu kawasan rumah sangat redup sebab pokok-pokok besar banyak di sekeliling. Sekarang dah panas sebab banyak dah dicantas. Rumah pula dah dibaiki lawa, tingkap dah berubah. Bidai dah tak ada. Dah kurang klasik tapi masih ada sebab bentuk bangunan tak berubah. Nasib baik Meriam yang dulunya aku main jongkang-jongket masih ada. Tapi dah macam kecik je meriam tu. Tandanya aku dah besar rupanya.

alat permainan waktu kecil aku.

Jiran-jiran aku pun still ada di sana. Semua dah kelihatan berbeza. Maklumlah dulu kecil-kecil cili padi, sekarang aduyai, rupa-rupanya dah jadi anak teruna dah. Ada juga yang belum ada masa aku tinggal kat sana. Dah ramai rupanya rakyat Pak Cik Sobri. Adalah dalam 10 orang anak dia. Baru lahir pun ada. Ramainya. Makcik Wan pula masih sama, masih 5 orang. Paling kecil dah pun darjah 3. Sekolah pula kat sekolah lama aku, SK Jalan Residensi. Teringat Cikgu Rozita.

rumah jiran aku Makcik Wan

kanak-kanak kecil ini dah jadi besar

Sekarang, budak-budak ini gilakan bermain basikal. Sampai kepala berjahit kiri dan kanan. Parut di lutut, kaki, tangan, semuanya ada. Budak-budak ini memang dah hilang akal. Padahal bukan jauh pun mereka main. Depan rumah je. *Tak sayang nyawa betul* Lagi pula, anak-anak ini ada darah seni. Mula bergiat dengan Teater, Monolog dan tarian gara-gara ayah dan ibunya bekerja dengan Kebudayaan Pulau Pinang. Hasrat mereka nak masuk ASWARA bila besar. Jangan hangat-hangat tahi ayam ye adik-adik.


Sempat pula aku snap gamba ni. Gamba last mereka bersalaman. Dah tiba waktu pulang. Macam nak tinggal kat sana je lagi tapi dah tak boleh. Kenangan sajalah ketika di sana. Sorang je yang aku nak jumpa tapi tak dapat. "Nazwa, anda sahaja yang aku tak dapat jumpa. Kenapalah pulang awal sangat ke Sungai Petani." Tak ada rezeki nak jumpa. Hurm.


Sunday, February 7, 2010

[Kenangan] 4th Anniversary Second Batch Sepang


Assalamualaikum

6 Januari 2006 - 6 Januari 2010

dataran kegemaran untuk snap gamba

Genaplah empat tahun kita kenal SMT Sepang. Happy Anniversary ke4 untuk Second Batch Teknik Sepang. Alhamdulillah, masih ada lagi tarikh penting untuk kita sama-sama ingati. Kenangan kat sekolah tu sangatlah banyak. Ada juga yang gembira dan ada juga yang sedih. Semua tu lumrah kehidupan sebagai pelajar.

Pada tarikh itu juga, Fara Fauzana dan Faizal Ismail mula digandingkan di sebuah radio baru diberi nama HotFM mula beroperasi. Aku ingat sebab tarikh tu ada kena mengena dengan FF dan kebetulan pula tarikh itu sama dengan tarikh kita mendaftar di teknik sepang. Pagi-pagi lagi aku dah buka radio tu sambil bersiap untuk ke sekolah baru.

Waktu mula-mula sampai, dah nampak banyak kereta. Ada juga senior jaga parking, lalulintas, kaunter, jadi usher ke dorm, ke dataran kejat. Berbaris-baris student baru di dataran kejat tu. Memilih kejuruteraan awam sebagai bidang. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku minat pilih benda tu. Tapi bila belajar ternyata sangat seronok untuk dipelajari.

Senior 1st batch, koranglah yang mula mewarnai teknik sepang tu. Mula menjejakkan kaki tanpa bantuan sesiapa. Terima kasih kerana membantu kami pula untuk kami menyayangi sekolah keramat itu. Tahun ini juga, generasi keenam mula mewarnai sekolah itu walaupun jumlahnya tidaklah seramai senior-senior mereka.


5 Awam 2

Khas kepada kawan-kawan yang aku kenali di sana.
GB404 dan 4 KA 2 semasa di tingkatan 4.
GB101 dan 5 KA 2 semasa di tingkatan 5.
Atlit-atlit sekolah terutama, hoki, olahraga dan juga bola baling.
Rindu korang sangat. Bila mahu reunion?


Tuesday, February 2, 2010

[UTeM] Pilihanraya UTeM


Assalamualaikum

Entri aku kali ini tentang Pilihanraya Kampus yang berlaku baru-baru ini. Ia bertujuan untuk memilih calon-calon yang berwibawa sebagai Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Pada 25 Januari 2010, penamaan calon bagi pilihanraya kampus UTeM. Rakan sekelas aku merupakan salah seorang calon tetapi dia tidak bertanding sebagai calon umum tetapi bagi calon fakulti aku iaitu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).
gamba yang aku di pagi buta untuk flyer beliau

Bermula malam itu, poster-poster calon telah pun dinaikkan. Aku telah menjadi agen bagi calon Nurul Fathiyah Bt Shamsudin. Tugas aku hanya mempromosi dan menyediakan poster-poster dan flyers. Tugas menggantung diserahkan kepada agen lelaki. Mereka lebih sesuai bagi kerja-kerja sebegitu. Terima kasih pada mereka atas gantungan poster-poster.

poster-poster yang digantung

Sebelum hari mengundi, tentunya calon-calon akan menjalankan kempen untuk meraih undi. Sesi yang aku join hanyalah sewaktu Rapat Umum di hostel TTU3 di mana terdapat pelajar FTMK yang ramai di sana. Suasana sedikit meriah di sana. Tugas mengagih flyers buat kali terakhir diadakan. Ucapan-ucapan menisfesto dari calon-calon kedengaran untuk meraih undi. Aku hanya mendengar. Kebanyakan calon sangat bersemangat.
aku di tengah-tengah mantan mpp dan mpp yang baru

28 Januari 2010, bermula jam 8 pagi sehinggalah 5 petang, sesi mengundi dijalankan. Hanya pada jam 1 petang, barulah aku dapat menjalankan kewajipan untuk mengundi. Siapa yang mengundi dapat cenderahati. Ingat nak dapatkan button badge tapi hanya pen sahaja yang aku dapat.

Sebelum mengundi, aku call Kak Myra. Sambil-sambil promosikan kawan aku di SuriaFM. Walaupun aku tahu student UTeM kurang memilih nak dengar stesen tu. Asyik-asyik SinarFM je. Sedikit gementar untuk bercakap, maklumlah sudah lama tidak call untuk on air. Terima kasih ye Kak Myra layan Aten.

Malamnya, keputusan diumumkan. Tapi internet buat hal yang tidak sepatutnya. Hotspot ada masalah teknikal. Tapi keputusan still dapat diketahui. Kawan aku itu terpilih menjadi MPP. Alhamdulillah. Sebabnya hanya yang terpilih sahaja dipanggil untuk meeting. Balik dari meeting, aku dapat tahu result keseluruhan. Siapa YDP MPP, Timbalan, Setiausaha, dan juga Exco-Exco, semuanya dari dia.

Kepada MPP bagi sesi baru ini, harap korang dapat jalankan kewajipan yang diberi dengan seikhlas hati. Anda dipilih hasil dari undian pelajar-pelajar UTeM. Jangan hampakan harapan mereka yang mahukan perubahan. Suarakan apa yang sepatutnya. Terima kasih.