Tuesday, February 16, 2016

[Radio] Fara Fauzana Resign?


Assalamualaikum

Terkejut? For sure ramai terkejut sebab yang aku baca komen-komen since Jumaat lepas ramai yang menjangkakan kak Fara akan bawak teman istimewa dia. Itu bukan dia yang aku kenal. Sebab dia bukan sejenis yang akan sekalikan hal peribadi di waktu kerja. So, aku dah menjangkakan dia akan bawak Seelan Paul untuk umumkan pengunduran dia iaitu berhenti dari Hot FM. Katanya 10 tahun yang terindah dalam hidup dia.

Aku yang mengikuti dia sedari di zaman Skuad Perodua ERA ke zaman dia dipilih sebagai announcer ERA waktu tengah malam, slot dia dengan Nila Kurnia waktu malam sampailah dia berhijrah ke Hot FM tahun 2006 dan mengemudi slot AMKrew selama 10 tahun. Lama dia nak sampai ke tahap ni. Lama sangat. Nanti aku akan buat throwback zaman-zaman aku tukar-tukar email dengan dia ke zaman aku kenal dia in person ke zaman aku di Hot FM. Kemain tak?

Aku sebenarnya sangat rasa bangga berpeluang bekerja dengan idola aku ni sedekat-dekatnya. Zaman aku intern selama 4 bulan dan bekerja sementara 3 bulan tu banyak yang aku belajar dengan dia kat Hot FM tu. Thanks banyak mengajar budak busuk dan comot ni dan terima seadanya. Maaf kalau kadangkala menganggu awak sebab tuntutan kerja. 

Whatever it is, goodluck for you kak. If you need me, just tell me. I'll always be there for you. Pada yang rindu dia, jangan risau, tahun ni masih ada Muzik-Muzik untuk ditonton setiap Ahad, jam 11 malam secara LIVE okay. Support dia ramai-ramai okay. 


Saturday, February 13, 2016

[Aku] I'm Back in 2016



Assalamualaikum

Hello 2016!

Aku kini kembali menulis. Menulis tentang rencah kehidupan selepas beberapa tahun menghilang. Macam-macam hal dah berlaku dalam beberapa tahun ni. Aku sudahpun berjaya mendapat segulung ijazah dari Universiti Teknologi Mara tahun 2014. Alhamdulillah.

Sebelum bergelar graduan, macam biasa untuk sesetengah universiti, student-student akan intern di sem terakhir. Seperti target aku sebelum ni, aku teringin nak tengok selok-belok dunia radio dan alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat di Hot FM. Tugasan aku lebih kepada penyusunan lagu-lagu, program-program, menulis skrip dan menjaga announcer-announcer yang ada. 

Nanti aku akan buat entry khas tentang intern di Media Prima walaupun benda tu dah berlalu lebih 2 tahun. Apa ada hal kan? Barulah boleh buat throwback. Takkanlah kat instagram je ada throwback, blog pun kenalah ada, baru rare gitu.

Lepas ni aku akan cuba update semampu yang boleh supaya tak bersarang lagi. Nak asah balik teknik menulis tu, kalau bosan haraplah dimaafkan sebab aku ni skema sikit bab menulis. Lama-lama mungkin hilanglah skema tu kot. Insya Allah.