Thursday, October 14, 2010

[Berita] Tragedi Bas Ekspress Delima 10.10.10


Assalamualaikum


Terkejut. Ngeri. Tergamam. Itu first yang aku rasa bila aku dah jalan kaki ke lokasi kejadian sebab kereta dari awal tak bergerak sangat. Sangat lama OK. Hampir 3 jam lebih aku dengan membe aku, Ain kat jalan raya tu. Tragedi terburuk yang pernah aku tengok live di depan mata.

Kami hanya 500 meter saja dari tempat kejadian. First-first aku tak tahu pun apa yang jadi. Sebab dah lama tersekat dan aku tengok jalan kat depan aku kosong dan jalan kat sebelah pun kosong. Apa lagi, mestilah accident besar yang jadi. Jam menghampiri pukul 7 dan orang mula keluar dari kereta tuk tengok apa yang jadi.

Aku try tuk update pasal kesesakan lalulintas kat fb mahupun twitter. Tapi line waktu tu sangat-sangat busy dan terputus hubungan. Kami hanya menunggu dan menunggu. Konvoi-konvoi moto mula buat bising nak lalu tak muat. Macam nak turun belasah jea. Minyak kereta Ain plak, memang blinking dari awal. Cuak sebab nanti kami plak tersadai.



Aku keluarkan kamera aku, snap gamba jem dan suruh Ain posing tanpa tahu apa yang jadi kat depan. Tak lama lepas tu, barulah aku ke depan sebab dah lama sangat jem. MasyaAllah. Bas Ekspress tu melintangi laluan kami. Kereta Myvi dan Honda Accord ditimpanya. Bas JKM pula di lorong kecemasan di mana bahagian pemandu remuk teruk.

Agak jauh sedikit di hadapan, ada van dan sebiji kereta pun remuk. Waktu tu pemandu van masih lagi bernyawa. Tapi aku tengok berita sehari lepas tu, dia dah meninggal. Sedih kot, sebab aku nampak ramai keliling dia time kejadian. Sangat menakutkan.



Pengangkutan utama aku setiap kali mestilah bas ekspress. Bas yang terlibat ni pula selalu di laluan utama aku, Kuala Lumpur-Melaka, Melaka-Kuala Lumpur. Sekarang buat aku takut nak naik bas ekspress. Tapi aku tak nafikan yang bas yang aku naik selalunya mana pernah nak bawak slow-slow. Selalu je kat lorong kanan nak memotong. Ya Allah, selamatkan lah kami-kami ni yang naik bas dari ditimpa kemalangan. 

Waktu aku melihat keadaan bas-bas dan kereta-kereta yang remuk teruk tu, aku bersyukur sebab terlewat bertolak hanya beberapa minit. Mujur Ain lewat keluar dari rumah nak ambil aku. Aku dapat juga membantu mangsa-mangsa nahas tu yang menjerit kesakitan. Tabik pada doktor dan jururawat yang pantas membantu mereka. Tangan hancur, patah sini, patah sana. MasyaAllah.
keadaan mangsa-mangsa

ain yang kebosanan waktu tak tahu apa yang jadi

Darah mangsa bertaburan di atas jalan raya. Memang tragedi ni buat aku takkan lupa sampai bila-bila. Itulah yang aku cakap, apa ada pada tarikh dan jangan seronok sangat, pasti akan ada kesedihan selepas itu. Al-fatihah untuk semua keluarga mangsa. Moga kejadian ini dapat memberi peringatan kepada semua agar berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang.

Peringatan jugak untuk aku sendiri. Sila jangan bawa laju-laju. Kalau nak bawa laju, biar sorang-sorang, jangan libatkan orang lain. Please, please. Then bila dah sampai Melaka, aku dapat tahu, ada seorang meninggal lagi, penunggang motosikal yang suka cilok-cilok ni. Bertembung plak dengan lori/treler sampai melambung. MasyaAllah.

p/s : pernah termimpi accident banyak kali. :(


Sunday, October 10, 2010

[Aku] Tarikh 10.10.10


Assalamualaikum

Apsal semua orang excited kalau dengan tarikh 10.10.2010 ni? takpun dengan tarikh 20.10.2010? Semua orang suka dengan benda yang cantik, perfect dan macam-macam lagi. Semua taknak kalah dalam hal ni. Itu semua persepsi orang. Lain orang, lain persepsi.

Tarikh ni jugak jadi pilihan untuk akad nikah, dan tunang. Hari ni hari cari duit bagi wedding planner, catering, khemah dan wedding photo. Mesti banyak tempahan yang dapat sampai tak cukup tangan nak handle.

Angkasawan kita salah seorang yang pilih nak kawen hari ni. Sambil tu, genaplah 3 tahun dia ke angkasa. Tak gitu? Orang cakap, wedding of the year. Tema plak Persandingan Ala Kayangan. Terbaek. Aku suka tengok gamba pre-wedding diorang berdua.

Tabik untuk KB dan Saiful Nang. Mereka tu idola aku dalam bidang fotografi. Cantik kan gamba-gamba mereka dan editing mereka? Hajat di hati nak masuk Academy mereka bila dah ada duit. Memang worth it sebab dari zero ke pro.

Wedding of the year, angkasawan dan Dr Halina

Kalaulah aku ni tergolong dalam tangan seni, kan bagus? Buat apa-apapun mesti cantik dan lawa hasilnya. Aku nak try sehabis-habisnya hasilkan karya terbaik. Aku akan pastikan degree nanti aku tak tersalah lagi pilih course dan bukan lagi paksaan dari sesiapa.

By the way, Selamat Pangantin Baru untuk sesiapa yang pilih tarikh ni yea. Harap berkekalan hendaknya. Jangan hanya bertahan 10 bulan. Doa aku untuk perkahwinan kalian. Aminn.


Thursday, September 16, 2010

[Raya] Kad Raya


Assalamualaikum

Untuk pertama kali, aku dapat kad raya dari stesen radio berbahasa melayu yang keempat paling popular. Mesti tak boleh lari dari tema warna Oren. Nice saja gamba penyampai-penyampai SuriaFM berbaju raya. Tahun ni takdapat kad raya dari HotFM. Takpelah, asalkan dapat jugak kad raya dari "dia" even bukan dia balas guna kad raya HotFM tahun ni. Thanks kak Fara.

Pengirim kad raya warna oren ni, tak lain tak bukan, semestinya dari kakak "harimau", kak Myra. Siap dia tulis nama panggilan aku dengan full name aku. Susah-susah jea. I like lah kad raya ni. Simpan jangan tak simpan yea aten. Kenangan tu. Fuhh. Thanks Kak Myra.

Manalah kad raya dari orang lain ni? Kata dah hantar tapi macam tak dapat pun lagi. Even kali ni sikit tapi at least lebih dari tahun lepas yang aku dapat. So, siapa kata orang sekarang dah tak hantar kad raya? Aku hantar, kawan-kawan aku pun hantar jugak. Korang tak hantar pun? Ada aku kisah?

kad raya SuriaFM

Updated : tup-tup, tengok kat mailbox baru-baru ni, alih-alih terperasan kadraya nama aku. tengok-tengok dari Kak Fara lagi skali. Oh, saya tahu kenapa. Yeay, dapat jugak kadraya dari TV3. Cuma ingatkan dari HotFM, baru rasa seronok berganda. Thanks for the kad kak Fara. Mana kad raya orang lain yang saya tunggu-tunggu? hurm.

second kad raya dari FF

Friday, September 3, 2010

[Aku] Bulan September


Assalamualaikum


Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan September. Jangan ada yang pejam tak celik-celik sudah. Hari ini saya akan pulang untuk bercuti selama 2 minggu sempena cuti Raya dan cuti mid semester. Rasa macam this semester saya bercuti lebih banyak dari biasa termasuklah cuti-cuti buatan sendiri. Nice tak? Kalau keputusan exam tak memuaskan, memang salah ANDA jangan salahkan orang lain yea.

Raya dah semakin menghampiri tapi macam tahun ni kurang sangat kemeriahannya. Aku takut nak hadapi perkara itu di hari raya tapi still jugak kena hadapi. Tapi berharap sangat Hari Raya ini dapat merubah mereka menjadi seperti dulu. Amin. Aku rindu saat-saat gembira tahun-tahun terdahulu. Please. Kembalilah menyayangi satu sama lain bukannya membenci.

Seperti kebiasaan sepanjang tahun, aku akan menghantar kad-kad raya kepada insan-insan terpilih. Setem dah naik harga. Takpelah demi kawan-kawan tercinta, aku tak kisah habiskan duit demi mereka. Tahniahlah pada siapa yang berjaya mendapat kad raya dariku. Berlagak macam artis plak. Poyo je kau kan Aten. Fafau pun tak macam ko. Sedar-sedarlah diri tu yea.

Pada kawan-kawan yang dah ada kat rumah atau kawan-kawan yang bakal berada di rumah, bantu-bantulah mak ayah prepare persiapan raya bukannya habiskan duit mak ayah shopping raya jea. Macam cakap kat diri sendiri nampak. Maklumlah, excited nak shopping. Tapi benci sebab sah-sah tempat shopping semuanya penuh sesak dengan lautan manusia termasuklah kawasan favourite Jalan TAR tu.

So, selamat bershopping raya dan selamat berpuasa dan selamat untuk semuanya yea. Renung-renungkan dan selamat beramal.



Sunday, August 15, 2010

[Aku] Ramadhan Datang Lagi


Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana aku masih mampu untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Masih lagi mampu untuk menjalani ibadah berpuasa. Syukur. Tragedi tahun lepas membuatkan aku takut. Sebabnya keadaan aku yang sangat-sangat tidak sihat. Aku bercuti dari kuliah hampir seminggu.

Bulan puasa sering dikaitkan dengan Bazar Ramadhan. Baru-baru ini dikejutkan pula berita sedih yang berlaku di Bazar Ramadhan di Jasin, Melaka. Moga yang terselamat dapat mengambil iktibar apa yang berlaku. Ingatlah dunia ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata.

Entah kenapa kali ni aku kurang gembira melalui hari-hari di bulan puasa ni. Aku berharap Ramadhan kali ni dapat menjadikan aku lebih baik. Aku berharap sangat Ya Allah. Dah masuk hari kelima Ramadhan, masih sempat lagi untuk menginsafi diri sendiri. InsyaAllah, ku memohon kehadrat mu Ya Allah. Aminn.

Salam Ramadhan kepada pembaca blog ini, kawan-kawan dan seluruh umat Islam di serata dunia. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan ibadah kepada Allah di bulan ini. Renung-renungkan wahai sahabat.



Thursday, April 29, 2010

[UTeM] Kisah Aku di Final Exam


Assalamualaikum

Cerita pasal Final Exam yang sudah lepas. Final exam yang paling aku rasa bengap untuk jawabnya. Gara-gara perbuatan diri sendiri yang tidak tidur bagi menjawab paper yang examnya pada waktu pagi. Nak buat camne memang susah nak tido kot. Sila beri cadangan atau cara-cara yang boleh tido dengan cepat di waktu malam.

Sakit kepala yang teramat. Banyak kali terjadi. Terutama masa paper math hari tu. Blanknyer aku nak jawab exam. Padahal soalan sangat direct kot. Haish. Entahlah apa dah jadi dengan aku nie. Tunggu result jelah nampak gayanya. Harap masih ok yea. Target A musnah dalam sekelip mata gara-gara sakit kepala tu.

Next, yang tak boleh blah plak, masa jawab Data Comm, tengah semangat tulis jawapan, boleh plak hidung aku buat hal. Berdarah plak. Sikit takpe, bak kata orang, mencurah-curah. Semua terkejut tengok aku lari keluar. Pastu membe aku asma datang tolong sebab dea dah habis jawab.

Haish, risau jugak aku, tak pernah-pernah jadi camtue. Nak keluar dari tandas, darah tak habis-habis lagi. Lama lepas tu, baru dah ok sikit. Masuk bilik peperiksaan lah balik, sebab nak sambung jawab. Alhamdulillah, boleh jawab lagi dan keluar awal even satu tangan pegang tisu, satu lagi tangan pegang pen.

Last paper, Web Programming, juga aku tak tido terus jawab soalan. Baek punya, pening dengan coding-coding. Jawab je dengan suka hati. Berjaya keluar awal juga dan settle semuanya untuk semester 4 dan bakal bergelar pelajar tahun akhir Diploma. *Rasa tua tiba* Haish.

Kawan-kawan seperjuangan, maaflah tak sempat nak makan ramai-ramai dengan korang sebab aku balik awal sangat. Sorry bebanyak keyh. Selamat menempuhi hari-hari korang sebagai pekerja yea. InsyaAllah, kita jumpa sem depan.

sem yang paling susah aku nak kawal diri aku
sem yang buat aku rasa aku bukan aku
sem yang banyak kali aku sakit
sem yang banyak kali aku balik rumah

*berakhirlah kisah di semester keempat*


Wednesday, April 14, 2010

[UTeM] Final Exam April 2010


Assalamualaikum

Jumaat ni akan start final exam. Aku rasa sangat cuak dan kurang yakin sedikit untuk perform semester ni. Mungkin masalah kepala yang kurang OK serta masalah yang tidak diketahui orang dan bermacam-macam lagi masalah yang melanda. Harap masalah itu tidak menganggu kelancaran Final Exam aku. Harap sangat.

Tapi aku bersyukur kerana aku punya ramai kakak serta abang yang mengambil berat even aku baru mengenali mereka. Aku sayangkan mereka semua. Kamu tahu kamu siapa. Terima kasih juga kerana mendengar bebelan aku yea dan korang benarkan aku menganggu korang walaupun ketika itu korang sibuk. Jasa korang amatlah dihargai. Nanti kita gempurkan event bulan Mei ni yea sebab Aten dah habis Final. Boleh kita bergembira bersama-sama.


Kepada kawan-kawan seperjuangan sekalian, Gudluck untuk this coming exam and hopefully everyone from our class will score keyh. Aminn. Aku sediakan jadual exam kelas aku untuk korang tatap dan kalau nak menganggu aku, silalah ganggu pada waktu aku tiada exam tau. Sekian, terima kasih.

Computer Security
16 Aril 2010
Jumaat - 9 pagi

Probability and Statistic
17 April 2010
Sabtu - 9 pagi

Technical Communication 2
19 April 2010
Isnin -2.15 petang

Data Communication
22 April 2010
Khamis - 9 pagi

Web Programming
23 April 2010
Jumaat - 9 pagi

Untuk sem kali ini, aku pasti sorakan gembira kurang kedengaran selepas kertas terakhir iaitu Web Programming kerana pada 26 April 2010 akan bermula kehidupan kami semua sebagai pekerja sementara atau bahasa universiti pelajar praktikal. Nampak gayanya tiada rehat langsung yang universiti beri kepada kami semua. So, selamat berjuang ye kawan-kawan.


Sunday, March 14, 2010

[Album] Adrenalin dalam Genggaman


Assalamualaikum

Tengok tajuk pasal Album baru Faizal Tahir, Adrenalin. First time kot aku jadi addicted nak beli Album artis macam ni. Cari dari 11 Mac masa Adrenalin release. Cari kat Melaka tapi takde lagi. Alhamdulillah, semalam berjaya dapatkan kat Alamanda. Actually ada 2 cover hitam dan putih. Hajat nak beli kedua-dua tapi duit tak mencukupi bagi pelajar macam aku ni.


Adrenalin special edition

Sangat-sangat tidak rugi okeyh beli album ni. One word, SUPERB gila gandingan FT dengan Audi Mok. Special edition yang sangat menjadi rebutan. Ada stamp dan juga poskad. Faizal Tahir sangat smart sangat dalam album ni. Lagu-lagu boleh dikatakan kesemuanya melekat kat telinga. Muzik dan Hanyut paling aku suka. Tapi boleh dikatakan kesemuanya Best, Best dan Best.

Rockensteiners yang aku sayang

Gamba dua orang kat atas ni lah, yang sedikit sebanyak membawa aku lebih terjebak kepada Faizal Tahir. Korang berdua memang besh. Mereka kipas susah mati sama Faizal Tahir. Sangat-sangat okeyh. Superman sentiasa di hati mereka. Tapi sangat tidak rugi kawan dengan mereka berdua. Sis Dy dan abang Jumaat, LOVE kamu berdua.

Alamak, baru teringat something. Kak Dy ada hutang video lagu dari album FT lah. Aku plak video masa aku jadi perosak acara Karnival Kerjaya tapi tak sempat rakam. Mungkin akan ditukar kepada video SENGAL dari lagu-lagu Adrenalin. Mana jadi pilihan hati ye nak buat untuk Kak Dy ye? Muzik atau Hanyut atau Semesta atau Superhero?


Friday, February 26, 2010

[Aku] Salam Maulidur Rasul 1431 H


Assalamualaikum


Hari ini adalah tarikh keputeraan junjungan mulia kita Nabi Muhammad SWT. Setiap tahun pasti akan ada majlis memperingati keputeraan Baginda. Banyak kelebihan yang akan kita dapat jika kita mengadakan atau menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Baginda.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang mengadakan majlis menyambut Keputeraan Baginda kerana dengan hanya berniat sahaja pun sudah dikira kita mendapat pahala dan dimuliakan. Bernazar melakukan sesuatu yang sangat baik.

Keberkatan bagi mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja akan dapat oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Alhamdulillah.

Salam Maulidur Rasul untuk semua.


Tuesday, February 23, 2010

[Kenangan] Merisik Khabar Salam Terakhir Sudirman


Assalamualaikum


Semalam genaplah 18 tahun pemergian seniman yang paling berpengaruh di Malaysia. Seniman yang mencipta sejarah tersendiri mendapat anugerah Penghibur No 1 di Asia. Dia adalah Sudirman Haji Arshad. Lagu-lagunya menjadi siulan ramai orang. Bukan sahaja lagu-lagunya digemari orang Melayu, tetapi kaum lain juga sangat meminatinya. Memang 1 Malaysia lah. Lagu yang paling aku gemari adalah lagu Salam Terakhir dan lagu Merisik Khabar. Tapi boleh dikatakan kesemua lagunya diminati aku.

Aku selalu ingin jadi sepertinya dalam bidang yang aku mahukan. Dia bukan sahaja berjaya dalam bidang yang dia sukai tetapi dia juga sangat berjaya dalam pelajaran. Penghibur, Pelakon, Penyanyi, dan juga seorang Peguam yang berjaya. Memang dijadikan idola bagi sesiapa yang ingin berjaya. Dia juga seorang kawan yang sangat baik.

salam terakhir dari Sudirman



Friday, January 1, 2010

[Aku] 010109



Assalamualaikum

Tengok pada tarikh tu, ramai orang kata yang tarikhnya sangat unik dan menarik. Tarikh binary okeyh. Bukan senang kita nak tengok tarikh macam tu. Aku dengar ramai jugak yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Tahniah untuk mereka yang terlibat. Moga perkahwinan kamu semua akan dirahmati Allah.

Semoga tahun baru ini akan membawa rahmat kepada kita semua dan apa yang dihajati akan diperolehi dengan usaha sendiri dan bukannya diperolehi dengan cara-cara yang salah. Harap juga di tahun ini aku berjaya untuk dapatkan sesuatu yang amat aku idamkan. Sebuah DSLR yang akan dibeli dengan hasil titik diri sendiri.

Amin.