Assalamualaikum

Tinggal beberapa minit saja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2012. Tahun yang mana aku kehilangan ramai orang yang disayangi. Mereka orang-orang yang paling aku sayang. Tapi ternyata Allah lebih sayangkan To' Timah, Tokteh, Abang Apai, Abang Apeng beserta Abang Botak. Aku doakan roh mereka semua dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tahun 2012 pula di mana aku mendapat kakak ipar. Abang aku berkahwin pada 11 November 2012 dengan Kak Izza di Kuala Rompin, Pahang. Kenduri sebelah lelaki pun dah selamat diadakan pada 24 November 2012 di Jenderam Hilir. Semoga ikatan perkahwinan di antara abang aku dan kakak ipar aku berkekalan hingga ke akhir hayat.

Moga kenangan pahit dan manis yang terjadi di tahun 2012 dapat menguatkan aku untuk menghadapi tahun 2013 menjadi lebih kuat, rajin, baik dan cergas hendaknya. Amin.



Assalamualaikum


muka budak kelas tapi ada budak kelas lain jugak. tapi semestinya semua masscom

Maaf maaf maaf sebab baru nak update. Sengaja nak penuhkan entry 2012 yang sedikit ni. Almaklumlah, tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menginjak ke tahun 2013. Seperti biasa, separuh akhir muzik-muzik macam dah jadi acara wajib yang kena pergi. Mungkin sebab yang utama, tempat dia sangatlah dekat dengan uitm tu. Macam last year, kali ni pun pergi dengan budak kelas. Tapi ada jugak budak kelas lain join. Sorang advert, sorang Journ. Ada yang last year datang jugak, ada yang baru first time. Tugas aku bawak dioranglah apa lagi.

Faiz dan Chad

Tahun ni pengacara dia bertukar tangan ke Faiz dan Chad. Sorang memang dah lama jadi pengacara. Rasanya dia banyak mengacara TV9 si Faiz ni dan sorang lagi penyampai radio HotFM Zone, si Chad. Sebabkan mereka ni baru lagi, dimaafkanlah kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan mereka sepanjang mengacara. So, tahun depan if jadi lagi, sila improve tau. Jaga-jaga ada yang memerhati. bak kata Kiah Propa gitteww.



Hafiz dan Adira mendendangkan lagu siulan ramai tahun lepas, Ombak Rindu. Pendatang baru Amir Jahari mendendangkan lagu Tanpamu. Suki yang katanya kawan aku pipi macam pau tu menyanyikan lagu dia Terlalu Mencintaimu. Sedap macam selalu dia nyanyi, next single please Suki. Nera yang mengantikan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin melalui lagu Begini Caranya tu, dia nyanyi lagu Hatiku Milikmu. Bolehlah suara dia kali ni dibandingkan masa kat AF.



Next orang yang paling ramai penyokong malam tu, Sleeq dengan Ramlah Ram membawakan lagu Sesaat Kau Datang. Diandra Arjunaidi, malam tu nyanyian dia agak tak sampai sebab dia tak ada suara sangat. Patut rasa macam lain je sebab selalunya dia tak menghampakan. Lagu siulan ramai, Anak Kampung dibawakan oleh One Nation Emcess dengan Jimmy Palikat. Yuna macam biasa, mestilah awesome dengan lagu Terukir di Bintang dia.



Aku rindu Spider. Tapi Bagaimana lagu mereka malam tu. Bo Amir Iqram, dengan Lagu. Versi akustik okay malam semifinal tu. Sangat sangat awesomelah. Memang semua layan sangat bila dia nyanyi. Lagu tu pun sebenarnya lagu tema aku dengan kawan baik aku. Rindunya kat dia. Jaclyn Victor dengan lagu semangat dia, Separuh Jiwaku. Artis jemputan untuk malam tu, Meet Uncle Hussein dengan Fauziah Gambus. Suara Fauziah Gambus tapau habis artis yang perform malam tu tapi dia nyanyi sikit sangat. Tak puas hati. Nak lagi. Nak lagi.


Gamba atas barisan artis yang mengumpul markah tertinggi malam tu. Untuk AJL akan datang, yang berjaya cuma lagu Anak Kampung, Tanpamu, Ombak Rindu, Lagu dan Terukir di Bintang. Cuma lagu dari Spider tak berjaya meneruskan. Sayang seribu sayang nak tengok Spider perform malam AJL. Kebanyakan yang berjaya ramai cipta lagu sendiri. Sangat awesome lah mereka kan? Good luck.

birthday girl, Syaznim

Lepas habis je Separuh Akhir tu, kitorang pergi makanlah apa lagi. Kelaparan kot. Tapi masa tu aku tak makan sebab perut dah masuk angin cuma makan donut yang birthday girl dapat. Tu je yang boleh telan, okaylah kan, dari tak makan langsung? Yang pasti malam tu memang best dapat releasekan sementara kepala otak kami ni. Cool sangat.




Assalamualaikum


22 Oktober 2012. Ye aku tahu ini cerita lama. Biarlah nak update pun. Rombongan pelajar-pelajar CMP dari semester 3 dan semester 4 diberi peluang untuk ikut rombongan ke MAB dan Parlimen. Rombongan bertolak pukul 8.30 pagi dan sampai dalam pukul 10 pagi selepas mengharungi jalan jem. Biasalah hari kerja dan hari Isnin.


Sampai-sampai je MAB tu terus kami dihidangkan dengan sarapan. Aku minum air je sebab sebelum bertolak dan sarapan dah. Perut tak mampu nak telan lagi.


Lepas sarapan, kami dibawa ke dewan untuk dengar penerangan tentang MAB. Apa tugas-tugas MAB, siapa disebalik MAB dan macam-macam lagi. Siap ada dia ajar macam mana kita nak tegur orang buta. Lepas taklimat tu barulah aku tahu serba sedikit. Selama ni, salah rupanya. Kita kena ada depan orang buta untuk pimpin diorang bukan belakang diorang.


Lepas daripada taklimat kat dewan. Kami dibawa ke Perpustakaan MAB. Kat sinilah ada koleksi buku-buku untuk orang buta baca. Buku dengan gambarajah pun ada. Bagusnya. Yang pasti aku diberitahu yang ada juga mereka terjemahkan novel Ombak Rindu kepada novel bertulisan Braille. Kat sini juga ada sukarelawan yang menulis balik dari buku-buku untuk diterjemahkan. Siapa nak jadi sukarelawan, datang je kat sini. Kamu memang diperlukan.

gamba sekitar lawatan

Semester 3C

Lepas tu kami dijamu dengan makanan lunch plak. Time ni baru rasa kelaparan ya amat. Terima kasih MAB sediakan makanan yang sedap kat kami. Lawatan ke sesi petang parlimen pun bermula. No handphone. Ala, takboleh nak tweet. Kami dibawa lihat sendiri sesi ahli parlimen membahaskan apa yang ingin dibahas kat Dewan Rakyat. Dengar jelah mereka. Ingat ramai wakil rakyat ada sebab hari isnin tapi tak jugak. Mungkin sebab ramai ada kerja lain untuk diselesaikan. Kami dibawa juga untuk melawat Dewan Negara. Gamba ada kat Dewan Negara tu tapi takdapat ditangan lagi. Sedih.


Semester 4C

Apa-apa pun lawatan yang sebenarnya aku taknak pergi ni banyak jugaklah aku belajar. Terima kasih kepada kelab CMaP yang menganjurkannya.

Kelas paling havoc, Semester 3A

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home