Friday, May 27, 2011

[Lepak-Lepak] Happy Birthday Amirah Sakhia


Assalamualaikum

Happy birthday to you ~
Happy birthday to you ~
Happy birthday to Amirah Sakhia
Happy birthday to you ~


Akhirnya, setelah penat merancang dengan Kak Leo. Tarikh kami nak celebrate pun kena tukar berapa kali. Ingat nak celebrate awal tapi tak sempat. Aku dengan busy buat Projek Diploma, Kak Leo plak dengan kerja-kerja kat office yang perlu dibereskan. Banyak betul dugaan kami.

Even mulanya banyak masalah, tapi alhamdulillah berjaya juga kami. Tahun ni, rasanya 22 April tulah baru aku berbual dan sembang dengan dia. Jangan kata call dia kat konti, reply or post kat facebook or twitter pun tak. Memang tahun ni busy sangat. Dengar radio pun tak sempat. Tapi still dapat tahu perkembangan dia.




Antara pose-pose istimewa Myra buat korang. Bukan senang tau nak ambil gamba dia sorang. Dah ada masa, pe lagi, suruh dia pose. Lepas suruh, memang merata lah dia nak posing. Tengoklah gamba kat atas tu macam mana. Macam-macam gaya dah dibuatnya. Seronok je snap gamba dia.

Happy birthday to you


Have fun with you. You've make my day. I miss you.

Lastly, just like others said, we'll be happy if we make others people happy. Dont worry tentang apa kata mereka yang lain, "Tak kenal, maka tak cinta". Jangan hanya menilai dari luaran kerana dalaman itu lebih penting. Itulah prinsip yang perlu kita guna.


[Event] Ladies Night MMU Melaka - 20 April 2011


Assalamualaikum

Cerita yang lebih sebulan dah berlalu. Baru aku terasa nak update kat blog yang dah hampir bersawang. Entry pun sekarang sangatlah kurang. Atas ajakan si Nadia Emilia ni, aku terasa nak pergi walaupun aku tahu, esoknya aku ada presentation projek PD kat penilai aku. Sepatutnya pagi 20 April tapi terpaksa ditunda keesokan harinya. Disebabkan dah janji, aku takkan mungkiri. Melainkan ada sebab-sebab yang munasabah.



Dah lama tak jejakkan kaki kat MMU Melaka ni. Aku tak pernah tengok lagi show-show kat sana. Disebabkan aku dah semester last kat Melaka ni, why not aku try pegi that event. Bolehlah aku tengok cara mereka handle event macam mana. Walaupun event ni berbayar, aku tabik pada bilangan mereka yang datang. Macam nilah kiranya untuk support kawan-kawan dan event universiti. Kalau kat utem, event free pun susah nak ajak datang.

Selain nak tengok performance Nad tu yang last aku jumpa tahun lepas, aku jugak taknak lepaskan peluang nak dengar suara Liyana Fizi. Salah seorang artis indie favourite aku. Suara dia sangat sedap. Memang bestlah lagi-lagi versi unplugged. Barulah ada feel nak layan. Crowd bebudak MMU ni sangatlah supportive. Asyik jerit dan tepuk tengan. Kalaulah crowd utem macam tu, memang best tapi sayangnya selalu yang didengar mestilah bunyi booo yang lebih.

Dah namanya Ladies Night, kesemua yang menyanyi adalah wanita. Selain Nad dan Liyana Fizi, artis indie Diandra Arjunaidi turut perform. Then selain tu, student MMU Zette Shazlin, Nur Izzat dan Liyana Samsuddin yang perform. Ada juga sketsa yang dilakonkan student kelab seni mereka yang melibatkan tentang bahaya kanser. Event ini juga bergandingan dengan Makna untuk memberi kesedaran tentang bahaya kanser. 




Diandra Arjunaidi - Her 1st malay single Angkasa sangat easy listening


Thanks kepada Atoi yang pinjamkan aku kamera beliau untuk merakam video dan juga snap gamba. Habis saja kesemua performance, pegi cari si Nad dan tentunya Liyana Fizi untuk snap gamba. Mana boleh lepaskan peluang. Susah sangat nak jumpa mereka dah kalau terlepas. Malam tu cukup untuk buat aku happy seketika. Terima kasih kepada orang yang bawak aku ke sini dan kepada orang yang mengajak. Terima kasih daun keladi, ada jodoh jumpa lagi.

Aku rindu dengan makcik Nad ni

She's awesome. Kawan kata dia macam orang Korea. Betul ke?

Wednesday, May 18, 2011

[Lirik] Patah Seribu - Shylla Amzah



walau, kau tiada di sini
ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu
ohhh

chorus
patah seribu hatiku
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah ku lupa kerna
engkau telah pergi...

biar, pergimu tanpa relamu
namun hatiku tetap rasa
kejamnya kau meninggalkan ku
dengan nota-nota cinta buat kita berdua
bila kan kubisa menerima ketiadaanmu
kanku bakar semua hapuskan semua kenangan

ulang chorus

ohhh
sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
ohhh pergilahhh


Link youtube