Friday, October 28, 2011

[Aku] Oktober, UITM Shah Alam


Assalamualaikum

Dah masuk penghujung bulan Oktober rupanya. Maaflah sudah jarang mengupdate sekarang. Maklumlah aku dah kembali bergelar pelajar sepenuh masa. Cuma kini dah bertukar course, tempat dan universiti. Pada yang tak tahu, sekarang ni aku di UITM Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Pengurusan & Polisi) untuk 3 tahun. Selamat tinggal Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan programming. Tapi aku tetap rindu tentang coding-coding. ('-_-)

UITM Di Hatiku tapi UTeM Terbilang. :)


Rasanya aku sorang je terlepas kat uitm ni. Boleh dikatakan rata-rata kawan sediploma aku masih setia di UTeM cuma mereka berbeza bidang. Ada yang ambil database, softwareartificial intelligent, networking dan majoriti memilih multimedia. Doakanlah kejayaan aku di sini ye kawan-kawan dan aku sayang korang. Budak kelas aku kat sini mengenangkan aku dengan korang sebab diorang sesewel korang semua. 

Tujuan utama aku ambil course ini bukanlah untuk bekerja di bidang penyiaran tetapi untuk powerkan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan. Wahhh, ayat takboleh blah kan? Tapi aku bersyukur aku tak salah pilih sebab penggunaan English yang ketara kat sini. Aku yang gagap-gagap ni pun terpaksa sedaya upaya guna English. Haraplah lepas ni English aku akan superb. Doa jelah yang mampu. Oh ya, nanti akan di update tentang konvo diploma aku ye. Nantikan (0_o)

Saturday, August 6, 2011

[Kenangan] Produksi Filem Arwah Yasmin


Assalamualaikum


Orang cakap tak baik keluarkan gamba orang yang dah meninggal dunia. Tapi tiba-tiba semalam ingatan terimbas kenangan. Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah. 

Al-fatihah.


Wednesday, July 27, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Makanan Minuman


Assalamualaikum

Perkara paling best kat Kuching ni tentulah pasal makanannya. Antara makanan femes kat sini yang dijamin korang suka makan tentulah Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet dan Laksa Sarawak. Nasi Ayam Penyet yang sangat sedap korang kena naik sampan ke Kampung Boyan dan makan kat food court sana. Selalunya orang ke sini hanya untuk makan dan juga tentulah untuk borong Kek Lapis Sarawak. Tu kalau orang yang ada sekitar sini lah. Tapi dont worry tempat lain pun ada dan kami dah try dah. Akan ada seterusnya dijamin. 

Foodcourt Kampung Boyan

Mee Kolok

Mee Jawa yang sempat dirasa

Minuman yang femes kat Sarawak plak tentunya Teh C Special. Kakak aku boleh addicted plak dengan minuman ni. Kalau kat Semenanjung orang panggil Teh 3 Layer tapi rasanya kat Sarawak ni jugaklah yang sedap. Ada juga kami order Teh Dangdut sebab tertarik dengan nama dia. Air kat sini rasa dia sedap sangat. Terutama air teh dia, memang sedap dan layan. Terbaik wokk!

Teh Dangdut

Teh C Special

Air Isabella sesedap namanya

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Penginapan


Assalamualaikum

Kali ni aku nak story pasal penginapan. Kami satu family tak kisah sangat tentang tempat tidur. Asalkan tempat tu selesa sudah memadai. Kitorang memilih Pinnacles Lodge untuk hari pertama dan hari terakhir. Yang untungnya kat sini, bawah je Pinnacles ni ada 7Eleven kalau tiba-tiba kelaparan tiba-tiba ke tak sempat beli pape. Sampai mamat 7E ni dah kenal aku dengan kakak aku sebab kitorang asyik borong mineral water.


gamba bilik yang diambil dari pinnacles web

Kat pinnacles ni jugak, setiap pagi akan ada breakfast roti bakar dan korang boleh buat air panas sendiri. Semuanya self service. Jangan risau, korang dijamin puas hati kat lodge ni. Kalau orang yang tak sempat nak tempah kereta sewa, hotel ni ada no-no yang boleh dihubungi korang. Korang boleh view detail kat Pinnacles Kuching. Lodge macam ni selalunya menjadi pilihan backpackers untuk menginap. Family pun sebenarnya takde masalah.

Dua malam yang lainnya, kami memilih untuk menginap kat Harbour View Kuching sebab boleh dikatakan ia antara hotel rate paling murah kat Waterfront Kuching ni. Kalau korang yang nak shopping sekitar sini, takpun nak ke India Street, China Street dan feeling-feeling bulan madu kat Waterfront, Harbour View paling tepat pilihan korang. Pada pekerja kerajaan, korang akan dapat special price. Untunglah.


view dari bilik hotel kami

Sunday, July 24, 2011

[Aku] Si kucing Oren - Ciku


Assalamualaikum

Di pagi yang mulia ni. Teringat sama kucing kesayangan yang macam dah jadi si kucing liar. Balik nak makan je kerja dia. Pastu dah dapat makanan, bising meowww meoww nak keluar. Takpelah layankan jelah si kecik yang dah gemuk tu. Sebusuk-busuk, secomot-comot, berdarah ke, siap peluk-peluk, cium bagai. Jiwa penyayang nak buat camne. Layanlah gamba si Ciku. Nama panjang dia Chikungunya. Nama demam tu. Baru rare. Tapi kadang-kadang nama dia jadi Ciko. Nak senang panggil C je. 


Ciku masa mula-mula jumpa. Sekeping cam tuan dia 



ni port dia zaman rumah lama. pantang nampak bantal.

muka bajet comel camnilah. nak jugak pakai topi tapi kepala kecik.

siap pandai kelip-kelip mata, dah masalah ni.

apa pandang-pandang? jeles tengok aku tidur atas bantal lah tu - kata Ciku dalam hati

Kucing aku ni sebenarnya suka tidur atas lantai je. Yang korang tengok dia dengan bantal tu. Ada budak suka kacau dia tidur pastu letak atas bantal. Budak tu si atenzone lah sape lagi. Tapi sekarang dah tak sebab dia asyik keluar, balik-balik je comot sangat, takut dia bawak virus-virus beserta kuman. Nanti berpenyakit seisi rumah if buat macam tu lagi. Tambah-tambah sekarang dia asyik gigit plus cakar, bahaya kan? Perlu berhati-hati nak main dengan dia sekarang ni. So, terimalah if one day kena lepaskan dia selama-lamanya. Meowwwwwww.



Friday, July 22, 2011

[Album] Najwa - Innocent Soul


Assalamualaikum


Antara favourite album aku tahun ni. Thanks pada orang yang tolong belikan album ni by hand dan rasa terkilan sangat takdapat nak tengok showcase Najwa bulan Mac lepas. Album ini diterbitkan bersama Widi Puradiredja dari Indonesia. Kebanyakan lagu-lagu dari album ini telah diterbitkan di Jakarta bersama pemuzik-pemuzik handalan yang lain dan ia menjanjikan yang album ini akan menjadi sebuah album harus dimiliki untuk tahun 2011.

Track Lagu-Lagu Najwa - Innocent Soul
Got To Go
Sweet October
Go 'Head
Jealousy
I've Got The...
Monday Blues
How Long Must I Wait
Ain't That A Shame
Innocent Soul
Your Love '05

Walaupun albumnya kesemua adalah English song tetapi berbaloi jika korang dapatkan. Antara track kegemaran aku mestilah Got To Go dan Your Love '05. Hopefully lepas ni dia akan terbitkan album Melayu pula. Tak kisahlah sama ada dia nak collaborate mahupun solo. Lagu dia dengan Malique, Senyum tu sangat meletup. So keep it up Najwa.


Wednesday, May 18, 2011

[Lirik] Patah Seribu - Shylla Amzah



walau, kau tiada di sini
ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu
ohhh

chorus
patah seribu hatiku
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah ku lupa kerna
engkau telah pergi...

biar, pergimu tanpa relamu
namun hatiku tetap rasa
kejamnya kau meninggalkan ku
dengan nota-nota cinta buat kita berdua
bila kan kubisa menerima ketiadaanmu
kanku bakar semua hapuskan semua kenangan

ulang chorus

ohhh
sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
ohhh pergilahhh


Link youtube


Sunday, February 20, 2011

[Kenali] Siapa Mat Luthfi?


Assalamualaikum


Mai rapat-rapat, mai baca entry baru ni. Sorang lagi bintang youtube yang juga duduk kat oversea belajar. Bezanya dia ni belajar di Perth, Australia di Curtin University. Tapi dia ni sama dengan en Anwar Hadi tu sebab dia pun asalnya dari negeri Jelapang Padi, Kedah. Kedahnya plak tang Sungai Petani tu.

Tapi mamat ni lebih dulu popular dari en Anwar Hadi ni. Dah lebih 2 tahun dia buat video-video ni. Cuma takdelah sekerap Anwar Hadi tu. Mesti ada antara korang semua dah tengok kan yang video dia dedicate khas tuk ibu tersayang dia tu. Siap dia kena katok dengan hanger suruh bangun dari tidur. Tu part paling best kot. Nah layan this video pada yang tak pernah tengok. Aku gerenti mesti korang akan ketawa dengan aksi dia.

Selamat Hari Ibu 2010



video first yang mengenalkan aku dengan lawak mamat dari kedah ni. (teringat mak aku)


nama pun sampah




video yang sangat sengal. siap cakap pasal cleaner makan gaji butalah kalau kita tak buang sampah merata (ni bukan sebab dia sokong buang sampah ye)


typical local film/drama scenes



video ni paling tak boleh blah sebab apa yang dia cakap memang berlaku. sikit-sikit cerita pasal korporat dengan adegan yang sama perlu ada dalam drama kita. so producer out there, please think deeply about this issues. 

Amacam video-video dia? Boleh tak buat korang ketawa terbahak-bahak or senyum simpul lepas tengok? Dia ni pun tak hilang langsung slang Kedah dia even dah merantau jauh. Pada yang nak tengok lagi bolehlah ke youtube channel dia dan jadi subscriber dia. Tak rugi wooo. Sebabnya korang boleh hilang stress asignment kejap tengok lawak berinfo dia. 

Fanpage

Channel Youtube

p/s : orang Kedah la ni hebat no sekarang dok buat video-video berinfo lagu ni. Pastu tak pernah nak lupa diri. Bangga plak cek jadi orang Kedah. :)

Friday, February 11, 2011

[Kenali] Siapakah Anwar Hadi?

Assalamualaikum

Kebelakangan ni kita boleh lihat yang channel youtube banyak melahirkan bintang-bintang yang menarik, best, kelakar dan sebagainya. Ramai pulak orang Malaysia yang mula popular melalui channel youtube ni. Ada yang menyanyi, miming dan kini adalah vlog. Orang seterusnya yang bakal popular tak lain dan tak bukan, Noor Anwar Hadi.


Mamat yang menggelarkan diri dia sebagai Anwar Hadi ini merupakan pelajar jurusan TESL dan baru je menerbangkan diri ke Sdyney, Australia untuk sambung belajar di sana. Mamat ini juga adalah merupakan anak jati negeri Jelapang Padi, iaitu negeri Kedah.

Kebanyakan video-video dia berkenaan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita dan diolah dengan sangat baik oleh dia. Editing video dia pun boleh tahan, dan tak adalah carca merba, semuanya macam smooth gitu. Memang syiok layan semua video-video dia.

1#- Iklan Youtube



video khas untuk dia expresikan sebab dan kenapa dia start nak buat video-video

Next, korang boleh layan video-video yang memang kena dengan apa yang berlaku di sekeliling kita semua. Ada antara video dia dah pun mencecah ke ratusan ribu viewers cuma dalam beberapa hari saja. Dia dah cipta fenomena baru dunia youtube sekarang. Sampaikan, cik Lisa Surihani kita pun penah tweet pasal dia.



#2- Beruang Duit



apa yang dia cakap pasal cara kita belanjakan duit ni sangat betul dan buat diri ni terasa seketika. sama-samalah kita berfikir yea kawan-kawan


#6- Ewww



bahasa rempit yang sangat popular di kalangan budak-budak muda. menyampah dan euwwww.


Pendapat aku pasal Anwar Hadi?

Dia seorang yang sangat kreatif. Apa yang dia vlog kan memang kena dengan orang-orang kita. English dia tak payah cakaplah sebab memang marvelous, maklumlah student TESL. Dah tu plak aku suka tengok dia guna fully slang Kedah. Mana lagi nak pi cari orang lagu tu? Cakap bahasa ibunda tanpa segan silu. Budak-budak lain plak, jangan nak mengaku negeri, cakap nak slang KL je.

We wait for your next video to be uploaded live from Sydney. Selamat Maju dan Jaya.

Channel Youtube

Facebook Fanpage

Twitter

Friday, January 28, 2011

[Filem] Teaser - Kuala Lumpur Aku Okay


Assalamualaikum


Malam tu aku terbaca di twitter Mohd Jayzuan tentang "Kuala Lumpur Aku Okay". Aku penggemar lagu-lagu dia dan tiba-tiba dia kata mahu produce satu filem. Filem ini masih tidak cukup perbelanjaan, so aku mohon jasa-jasa kalian untuk terus sebarkan sama ada di blog, twitter mahupun di facebook. Siapa lagi mahu bantu orang-orang kita. Jika bukan bantuan duit sekalipun, hanya menjadi tukang sebar langsung tidak punya masalah.

Jalan cerita yang langsung jujur dan memang menarik. Aku suka dengan genre filem seperti ini yang lagaknya macam filem KAMI langsung tidak terikat atau erti katanya sedikit bebas. Jika benar ingin membantu, selepas ini akan keluar sebuah buku yang akan menerangkan lebih lanjut tentang projek ini dah jangan lupa untuk dapatkan itu semua nanti.

"Kuala Lumpur, Aku Okay" adalah satu kolektif daripada orang-orang biasa yang tiba-tiba mendapat idea untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan perspektif mereka sendiri dalam melihat cinta. Lalu bergerak perlahan-lahan pada malam itu mereka merakamkan kisah cinta yang tidak selalunya kita fahami.

Kolektif ini cuba meyelongkar erti cinta dari mata dan hati mereka sendiri. Filem yang tidak mempunyai bajet ini akan dijangka siap bila mereka cukup kumpul duit.

Sebarang pertolongan dalam bentuk tenaga kerja, duit, nasi, mee goreng, air pepsi, bateri AAA dan sebagainya sangatlah dialukan.

Producer
Sufian Abas, Mohd Jayzuan, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin & Razaisyam Rashid

Layan Teaser "Kuala Lumpur, Aku Okay"




Untuk mengetahui lebih lanjut dan cerita perkembangannya nanti, sila lah like Kuala Lumpur, Aku Okay di facebook anda.

"awak, tapi kenapa hati saya retak?"