Friday, January 28, 2011

[Filem] Teaser - Kuala Lumpur Aku Okay


Assalamualaikum


Malam tu aku terbaca di twitter Mohd Jayzuan tentang "Kuala Lumpur Aku Okay". Aku penggemar lagu-lagu dia dan tiba-tiba dia kata mahu produce satu filem. Filem ini masih tidak cukup perbelanjaan, so aku mohon jasa-jasa kalian untuk terus sebarkan sama ada di blog, twitter mahupun di facebook. Siapa lagi mahu bantu orang-orang kita. Jika bukan bantuan duit sekalipun, hanya menjadi tukang sebar langsung tidak punya masalah.

Jalan cerita yang langsung jujur dan memang menarik. Aku suka dengan genre filem seperti ini yang lagaknya macam filem KAMI langsung tidak terikat atau erti katanya sedikit bebas. Jika benar ingin membantu, selepas ini akan keluar sebuah buku yang akan menerangkan lebih lanjut tentang projek ini dah jangan lupa untuk dapatkan itu semua nanti.

"Kuala Lumpur, Aku Okay" adalah satu kolektif daripada orang-orang biasa yang tiba-tiba mendapat idea untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan perspektif mereka sendiri dalam melihat cinta. Lalu bergerak perlahan-lahan pada malam itu mereka merakamkan kisah cinta yang tidak selalunya kita fahami.

Kolektif ini cuba meyelongkar erti cinta dari mata dan hati mereka sendiri. Filem yang tidak mempunyai bajet ini akan dijangka siap bila mereka cukup kumpul duit.

Sebarang pertolongan dalam bentuk tenaga kerja, duit, nasi, mee goreng, air pepsi, bateri AAA dan sebagainya sangatlah dialukan.

Producer
Sufian Abas, Mohd Jayzuan, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin & Razaisyam Rashid

Layan Teaser "Kuala Lumpur, Aku Okay"




Untuk mengetahui lebih lanjut dan cerita perkembangannya nanti, sila lah like Kuala Lumpur, Aku Okay di facebook anda.

"awak, tapi kenapa hati saya retak?"