Thursday, September 27, 2012

[Event] Art For Grabs - Annexe Central Market


Assalamualaikum

Event Art For Grabs baru je berlangsung kat Central Market hujung minggu lepas. Hari Sabtu dan Ahad. Event tu menghimpunkan acara launching buku-buku, filem mahupun apa yang berkenaan Art untuk dikhabarkan kepada peminat-peminat alternatif. Aku pilih untuk datang hari Sabtu.

Tujuan aku yang utama nak tengok tayangan filem Kontradiksi dan jumpa dengan mereka yang lama tak jumpa. Tapi sayangnya kesemua mereka busy hari tu takdapat datang. Sedih. Launching DVD filem alternatif  Kontradiksi yang dijual syarikat buku Fixi dan tayangan filem tu diarahkan Aloy Paradoks dan Nazri M Annuar dijangka start pukul 6 petang.

Namron dan Amani

Amani melayan peminat

Sebelum event Kontradiksi tu, ada pelancaran buku terbaru Namron iaitu, Laut Lebih Indah Dari Bulan. Buku dijual dengan harga RM15 sebuah yang menghimpunkan skrip-skrip teater dari Namron sendiri yang diedarkan oleh Merpati Jingga. Tambah istimewa, Sharifah Amani buat penampilan istimewa membacakan salah satu skrip teater dari Namron bertajuk Aku Nak Jadi Bintang. Aku suka cara Amani baca. Awesome sangat.

Laut Lebih Indah Dari Bulan


Sebenarnya, sebelum pelancaran buku Namron, rupanya ada tayangan kesemua Astro Hometown Short Films. Tak silap ada 14 cerita dan Amani salah seorang pengarah. Kesemua diterbitkan oleh Red Films. Sebenarnya aku tak tahu pun cuma bila jejak kaki kat Annexe dengan Kak Ina, nampaklah muka-muka dikenali. Ada Iedil Putra, Sherry Abdullah dan lain-lain. Tapi tak dekat dengan diorang pun sebab tak kenal. Lepas tu menyesal. Padan muka kat diri sendiri sekarang.


Berbalik pada Kontradiksi, filem alternatif yang berdurasi selama sejam lima minit ni ada dua cerita dalamnya. Antara pelakonnya, Fazleena Hishamuddin, Fynn Jamal, Amar Amir, Aman Nassim dan beberapa pelakon alternatif yang lain. Selalunya kalau ada tayangan filem, mestilah ada pelakon utama tapi sayangnya waktu tu, semua pelakon utama ada hal. Jadi mereka bawak pelakon tambahan Fasyali Fadzly dan Pyan Habib. Nampak kan kelainan di situ? Pengarah plak, Aloy saja dapat datang sebabnya Nazri ada di New York.


Ramai rasanya memilih story kedua dari story pertama sebab story kedua lebih ringan untuk difahami manakala story pertama lebih berat. Story pertama cerita pasal kecurangan kekasih hati dan salah memilih jalan sebab terpengaruh dengan kawan-kawan. Story kedua cerita pula pasal keberanian diri meluahkan rasa cinta kepada orang yang disukai. Untuk tahu ending kedua-dua story, bolehlah dapatkan DVD Kontradiksi di kedai Buku Fixi kepunyaan Amir Muhammad ataupun boleh order online di Buku Fixi.

Fasyali Fadzly, Aloy Paradoks, Pyan Habib