Tuesday, January 31, 2012

[TV] Review Anugerah Juara Lagu 26


Assalamualaikum

Macam mana dengan hari anda lepas AJL? Boleh tak terima result yang menang? Bagi aku, Awan Nano adalah something. Lagu tu memang layak jadi juara. Lirik lagu tu sangat mendalam dan puitis. Tahniah Hafiz, M.Nasir dan Budi Hikayat yang telah menang. Tak sia-sia bila lagu tu menang di APM yang lepas. Sebenarnya malam sebelumnya aku dah layan full rehearsal AJL sebab nak tengok apa yang finalis nak tunjuk. Ada yang stick dengan persembahan rehearsal ada yang simpan gimik mereka.
Tujuan utama nak tengok AJL sangat-sangat tahun ni bukan sebab finalis yang bertanding. Tapi mereka di sebalik pembikinan AJL tu sendiri. Siapa mereka? Biar aku jelah yang tahu. Apa yang penting mereka berjaya dengan jayanya. Tapi masih tidak tahu mereka yang sebenarnya. Kenapakah? Mungkin belum masanya aku tahu. Walau apapun sokongan penuh kepada mereka.

Layankanlah review ringkas persembahan FINALIS sahaja. Sebab itu tujuan utama AJL. Kalau nak review keseluruhan silalah google, dijamin korang akan jumpa. Terima kasih Rentak Artis dan Razin Photography di atas gamba kalian. Makin mantap hari demi hari.



Wanita Seluruh Dunia. Persembahan pertama yang dimulakan dengan Projek Pistol. Bagi aku mereka hanya nak perform dan enjoy di atas stage. Yang menarik hati persembahan montage mereka terdiri daripada wanita-wanita seluruh dunia yang comel-comel belaka. Antara wanita-wanita tu ramai dikenali. Siapa mereka? Biarlah rahsia.



Sedetik Lebih. Jaclyn Victor yang menyanyikan Sedetik Lebih. Nyanyian asal Anuar Zain. Takdapat disangkal lagi, dia cuba menyanyikan lagu ni mengikut cara dia sendiri sehingga ramai terlupa yang lagu ni pernah dinyanyikan Anuar Zain. A big applause to her. Amazing voice. Walaupun membawa koir di atas pentas, ternyata suara dia lebih memukau.



Kekanda Adinda. Lagu ciptaan sepenuhnya Loque. Opening lagu yang sangat fresh.. Dengan bunyi drumline, angklung, ternyata dapat memikat penonton. Membawakan watak Datuk Awang Selamat dan Tun Teja, mereka had fun di atas pentas. Sangat tertarik dengan pakaian Monoloque dan Atilia.


Gadis Semasa. Muzik dimulakan dengan versi darkest. Ingatkan akan datang puting beliung ternyata Yuna tampil berbeza dengan arragement Gadis Semasa. Sekali pandang, macam show di Broadway. Yang pasti aku suka pakaian dia untuk lagu ni.



Kalau Berpacaran. Tak perlu muzik intro yang panjang, tiba-tiba terus masuk vokal Shuhaimi Mior Hassan. Tiada yang menarik hati persembahan trio Ana Raffali, Shuhaimi Mior Hassan dan Altimet dalam membawakan lagu ini kecuali Altimet datang ke stage dengan sebuah motosikal besar. Eh.


Cinta Mukabuku. Boleh tahan comel adik Wawa malam ni. Nampak muka dia sangat nervous. Almaklumlah dia paling muda di pentas tu. Tapi dia all out untuk memberikan yang terbaik. Ternyata vokal dia makin meningkat. Goodluck in the future Wawa.



Karma. Siapalah Faizal Tahir kalau tiada gimik yang diluar jangkaan. Sepatutnya dia nak membakar diri dia tapi tidak dibenarkan. So, hanya piano sajalah yang terbakar. Sayangnya, inilah kali terakhir dia bertanding katanya. Oh pasti akan rindu gimik-gimik hebat dia.


Kisah Hati. Alyah memenangi Persembahan Terbaik malam itu. Menggunakan Along Raja Lawak sebagai badut di awal persembahan seterusnya menjadi patung untuk music box dan diakhiri dengan kedatangan Remy Ishak. Muka dia nampak sangat tidak sihat tapi dia tetap memberi yang terbaik. Memang tak disangkal kenapa dia menang. Tahniah Alyah. Moga akan lebih dikenali lagi nanti.


Sungai Lui. Kata Aizat, Sungai Lui adalah sungai kasih sayang. Sangat tertarik dengan sandman yang dibawa Aizat ketika persembahannya. Aku jamin mereka di stadium dan di rumah pasti terpegun dengan lukisan pasir dia dan terlupa Aizat yang sedang menyanyi. Aizat juga menggunakan Angklung untuk persembahan dia.


Penakut. Sebenarnya persembahan Yuna yang kedua ini sangat menakutkan aku. Bukan sebab tajuk lagunya tapi malam rehearsal dia terbatuk ketika sampaikan lagu ni. Mujur hari kejadian dia dapat menyanyi dengan baik. Tapi boleh nampak dia agak berhati-hati untuk sampaikan lagu ni. Mungkin dia takut terjadi macam malam sebelumnya.


Awan Nano. Hafiz hanya berpakaian serba ringkas untuk sampaikan lagu Awan Nano ni. Tshirt dan sehelai tracksuit dan berkaki ayam. Dia lebih menumpukan aspek vokal. Tak sia-sia dia dinobatkan vokal terbaik dua kali berturut-turut. Watak ayahnya dalam video klip dibawa ke persembahannya. Herman Tino menanti di atas pangkin buluh dan Hafiz memeluk ayahnya itu dan meminta maaf. Good job Hafiz.


Beribu Sesalan. Trio tiga orang yang dinanti-nanti. Tapi sayangnya ada sesuatu yang kurang dalam persembahan mereka malam itu. Aku pernah tengok persembahan mereka yang lebih baik sebelum ni. Tidak menggunakan apa-apa props dan hanya bersandarkan vokal mereka semata-mata tetap membuatkan peminat mereka berteriak cuma aku harap ada something different lepas ni. Please do something Sha, Ning and Jac.

Friday, January 13, 2012

[Jalan-Jalan] Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Part 2


Assalamualaikum


Kasut tidak dibenarkan bawa ke dalam kolam. Memanglah tak, kalau bawa masuk dalam tu, sah-sah lah hilang entah ke mana sebab dihanyutkan air tu. Jangan risau, tak hilanglah kasut awak semua tu. Tempat air panas ni tak digalakkan untuk pengunjung yang punya penyakit kronik. Bahaya bagi mereka, so sila elakkan tau. Kalau nak merasa jugak, boleh ke Kolam Air Gunung yang kat bawah ni. Macam kita mandi air sungai je. Seronok.



Kalau bagi mereka yang taknak mandi, jangan risau ada benda lain boleh awak semua buat. Rendamkan kaki di tempat air panas. Ada juga refleksologi untuk kaki anda. Semua ada. Tapi rasanya yang paling menarik dan ramai orang tentunya di tempat merebus telur. Sedap tau telur yang direbus kat sini. Tambah-tambah kalau cicah dengan kicap. Marvelous.




Oh ya, pada yang kelaparan, jangan risau ye sebabnya di sini ada jual macam-macam untuk ditelan. Pilihlah nak makan apa, aiskrim ada, cendol ada, takpun nak yang berat bolehlah ke food court untuk makan. Yang penting silalah bawak duit, kalau takde duit macam mana awak nak bayar? Tak gitu?


Selepas enjoykan diri dengan merehatkan badan di tempat air panas tu, bolehlah kami berkemas untuk balik rumah. Sangat seronok sebab dah lama sangat tak enjoy satu keluarga macam ni. Selalunya mesti ada yang tak cukup. Ada yang tengah belajar, ada yang tengah kerja tapi masa ni semua ada. Alhamdulillah. Moga lepas ni ada perancangan seterusnya bersama-sama.



p/s : maaf gamba sekeluarga tak ada. gamba-gamba ni sebenarnya untuk assignment Photo Essay. silalah ke Sg. Klah ni sebab awak semua takkan rugi.

[Jalan-Jalan] Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Part 1


Assalamualaikum

Seawal jam 9 pagi, kami sekeluarga menggerakkan dua biji kereta Vios dan Suria kerana bilangan ahli keluarga yang semakin membesar dan tidak dapat cukup jika bergerak dengan sebiji kereta. Vios dipacu abang manakala Suria dipacu ayah. 



Sampai di lokasi, terkejut sebentar dengan jumlah kenderaan. Nampaknya memang ramai orang yang punya keinginan yang sama dengan kami sekeluarga. Kami hanya parking di luar sebab kat dalam orang dah ramai parking. Bersyukur walaupun parking di luar, pihak pengurusan sediakan trem untuk mengambil dan menghantar orang-orang di luar ni.




Pertama sekali, beli tiket untuk masuk. Setiap pengunjung perlu memakai tag di tangan. Dewasa Rm12 manakala kanak-kanak Rm6. Sampai di pintu masuk, apa yang penting tengok map dulu. Rasanya sesiapa yang datang sini jarang sekali untuk sesat sebab map ada di merata tempat. Yang penting, sila baca dan faham je.



Terdapat dua tempat utama untuk menukar persalinan. Satu berdekatan dengan kolam air gunung. Satu lagi berdekatan dengan jakuzi persendirian. Kolam air gunung tu selalunya dipenuhi kanak-kanak dengan pelampung kiri kanan sebab nama pun air gunung sahlah airnya tu sejuk. Sesuailah dengan mereka. Sejujurnya sila pakai selipar je datang sini. Takpayah mengada nak pakai Nike ke, Adidas ke, Supra ke. Hilang kasut tu, menangis setahun. Maklumlah jumlah pengunjung bukan seorang dua, beratus-ratus orang.



Thursday, January 12, 2012

[Aku] Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2012. Setelah 12 hari berlalu, baru sempat untuk menulis di sini. Banyak kenangan yang dilalui tahun lepas. Ada yang pahit dan ada juga yang manis. Masih tersimpan rapi dalam ingatan. Bersyukur 2011 merapatkan diri dengan kawan-kawan yang lebih memahami. Tidak lagi yang pandai mencari salah dan hanya mencari tika susah dan dilupakan tika senang. So, let's buka buku yang baru dan simpan buku yang lama. Yang manis dikenang, yang pahit dilupakan.

Selalunya, makin lama kita kenal dengan seseorang tu, makin mudah kita tahu perangai dia. Cuma yang membezakan antara kita nak menerima ataupun menolak. Pada yang ada sifat negatif dalam diri tu, silalah bawak berubah. Tak rugi untuk terima teguran dari kita tak ditegur langsung. Mana satu pilihan awak? 

Sebelum itu, sila doakan kejayaan kami pelajar-pelajar yang masih berjuang untuk final exam. Aku hanya tinggal 3 paper lagi termasuk paper re-sit yang dipaksa ambil semula. Kami REDHA. Oh ya, selepas 15 Januari ni, bolehlah ajak aku untuk ENJOY seketika dan mungkin ada yang lebih baik hati nak tawarkan kerja sambilan? Itu lebih digalakkan. Okay?



Salam Tahun Baru