Assalamualaikum


Beberapa minit sahaja lagi tamatlah tahun 2009 yang meninggalkan aku banyak kenangan. Tidak kiralah kenangan itu indah mahupun kenangan itu menyakitkan. Ramai kawan baru yang aku mula kenali. Aku mula bergiat sedikit aktif dalam menyokong beberapa artis di dalam karier mereka. Siapa mereka, mungkin ada yang tahu. Masih lagi di carta pertama aku, Fara Fauzana. Tidak mungkin akan berubah. Pencapaian dia pada tahun ini sangat membanggakan. Aku dan juga Fun Corner sentiasa akan terus menyokong karier dia.

Pada tahun ini juga aku mula mempelajari apa itu sebenarnya yang dikaitkan seni dalam Fotografi. Seni itu mula menarik minat aku untuk mengetahui fungsi-fungsi pelbagai jenis kamera DSLR yang terdapat di pasaran. Hanya jenama dari Nikon, Canon dan Sony yang menarik minat aku dan mencairkan hati aku. Aku juga sedang cuba mempelajari cara-cara menangkap gamba dengan cantik dan menarik minat orang ramai untuk melihat hasil kerja aku. Tapi masih lagi di peringkat percubaan. Terima kasih kepada Lightroom, Picasa dan Photoshop.

Pada tahun ini juga, kali terakhir aku berusia belasan tahun sebelum usialu mencecah ke angka dua puluhan. Baru sahaja beberapa hari lepas menyambut usia 19 dan kini masuk tahun 2010 akan terus dikaitkan dengan tambahan setahun menjadikan usia 20 tahun. Terima kasih kepada sesiapa yang sempat mengingati tarikh hari lahirku tidak kiralah di kalangan rakan sekolah, rakan kampus, rakan facebook dan juga rakan fan club. Sayang dengan kamu semua.

"Biarkanlah perkara yang menyakitkan itu pergi dengan sendirinya, kerana yang mengembirakan pasti akan datang bila tiba waktunya.."

Alhamdulillah,
SELAMAT TAHUN BARU 2010



Assalamualaikum

Bercakap tentang filem terbaru Sang Pemimpi. Filem ni diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata yang juga novel kedua selepas Laskar Pelangi. Novel-novel karya Andrea Hirata ni buat aku tertarik bila baca. Dah masuk buku keempat yang aku baca karya dia. Antaranya, Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov yang merupakan karya terakhir dalam tetralogi Laskar Pelangi. Memang terbaik tulisan kisah benar tentang kehidupannya, keluarganya, rakan-rakannya, pengalamannya dan suasana di Belitong, kampung halamannya.

Babak-babak di dalam filem Sang Pemimpi


Filem ini baru ditayangkan di pawagam Indonesia pada 17 Disember lepas. Maksudnya masih baru lagi. So, tak tahulah bila akan sampai Malaysia dan aku dapat menonton filem ini. Kepada peminat Ariel Peterpan, korang akan lihat dia berlakon sebagai Arai dewasa dalam filem ini. Arai adalah merupakan watak penting dalam filem ini selepas watak Ikal. Jangan lepaskan peluang menonton buat pertama kalinya Ariel di layar perak. Korang juga boleh ke laman facebook Sang Pemimpi untuk maklumat lebih lanjut mahupun ke laman web rasmi Sang Pemimpi.

wajah Ariel yang melakonkan watak sebagai Arai dewasa

Trailer filem Sang Pemimpi


p/s : tahniah kepada filem Laskar Pelangi kerana telah berjaya memenangi Filem Terbaik Asia Pasifik baru-baru ini di Kaohsiung, Taiwan.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home