Saturday, February 13, 2016

[Aku] I'm Back in 2016



Assalamualaikum

Hello 2016!

Aku kini kembali menulis. Menulis tentang rencah kehidupan selepas beberapa tahun menghilang. Macam-macam hal dah berlaku dalam beberapa tahun ni. Aku sudahpun berjaya mendapat segulung ijazah dari Universiti Teknologi Mara tahun 2014. Alhamdulillah.

Sebelum bergelar graduan, macam biasa untuk sesetengah universiti, student-student akan intern di sem terakhir. Seperti target aku sebelum ni, aku teringin nak tengok selok-belok dunia radio dan alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat di Hot FM. Tugasan aku lebih kepada penyusunan lagu-lagu, program-program, menulis skrip dan menjaga announcer-announcer yang ada. 

Nanti aku akan buat entry khas tentang intern di Media Prima walaupun benda tu dah berlalu lebih 2 tahun. Apa ada hal kan? Barulah boleh buat throwback. Takkanlah kat instagram je ada throwback, blog pun kenalah ada, baru rare gitu.

Lepas ni aku akan cuba update semampu yang boleh supaya tak bersarang lagi. Nak asah balik teknik menulis tu, kalau bosan haraplah dimaafkan sebab aku ni skema sikit bab menulis. Lama-lama mungkin hilanglah skema tu kot. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment