[TV] Review Anugerah Juara Lagu 27

1 comment

Assalamualaikum

Rasanya semua dah tahu siapa yang menang AJL 27 ni. Siapa lagi kalau bukan Yuna dengan lagu dia, Terukir di Bintang yang dinyanyikan Aizat. Tempat kedua lagu Idola nyanyian kumpulan Azlan & The Typewriter, ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Azlan dan tempat ketiga Hafiz dengan lagu Ku Akui ciptaan dari Ajai. Vokal terbaik masih lagi dimenangi Hafiz untuk tahun ketiga berturut-turut melalui lagu Ku Akui dan persembahan terbaik merangkap persembahan popular sebab guna undian sms melalui lagu Teman Pengganti, nyanyian Black dan RJ.

Sebenarnya aku dah tengok full rehearsal AJL sama macam tahun lepas dan aku dapat rasanya finalis lebih all out waktu tu dibandingkan dengan waktu AJL tu sendiri. Dengar cerita ramai tak dengar monitor waktu tu, mungkin sebab tulah ramai tergelincir. Sayang seribu sayang. Next time sound kasi cantik lagi tau. Visual opening paling best walaupun ala-ala Beyonce punya performance kat Billboard tahun 2011 tak silap. Kira okaylah Malaysia ada iniasiatif nak try macam tu. Jadilah jugak kan? Kan?


First performance malam kejadian adalah lagu Ombak Rindu. Dengar kata ada 800 bunga tu atas pentas. Kemain tau sediakan banyak sangat kenapa? Nak buat konsep tamanlah tu. Penat krew nak pasang, nak buang. Suara Hafiz macam biasa, tak payah cakaplah sangat sedap telinga mendengar. Suara Adira agak tergelincir dan lain macam, kenapa ye Adira? Nervous lagi mungkin walaupun ni bukan her first AJL sebab Ku Ada Kamu yang konsep buaian tu first dia. Comel tau dia time tu.



Shila Amzah yang mula menarik peminat lepas lagu Patah Seribu dia. Lagu tu menang untuk AIM tapi sayang kalah di AJL. Biasalah juri lain-lain taste kan? Dia mulakan dengan monolog. Kurang sampai sedikit sebab sebutan dia dah jadi dia macam dari China dah. Maybe dah bertutur bahasa Cina lepas asyik ulang alik Shanghai lepas menang Asian Wave tu. Mungkin jelah. Aku baru nak tengok yang baru dari dia tapi still sama je just menyanyi sorang-sorang. Ala, pasni nak tengok yang lain tau Sha? Okay?


Simetri. Gandingan pelajar dan pengetua dia. Hazama dan Amy Search. Aku tak pernah faham lagu ni konsep dia apa. Kalau sebut Simetri mestilah pasal bentuk or Matematik kan? Tapi persembahan untuk AJL konsep dia pasal group. Pastu diorang bergaduh. Pastu ada api. Pastu jadilah Simetri. Pastu aku pun tak faham.



Idola. Feewit tengok gitaris yang diimport khas dari band Couple yang bergaun tu. Excited aku tengok. Antara lagu yang aku kata kuat jugak untuk menang dan mereka berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah. Lagipun lagu ni tribute untuk arwah Sudirman. Haruslah melekat di minda. Lirik pun kena. Suara Lan tu tak payah cakaplah, memang melekat.


Pelangi Senja. Aku suka lagu ni. Stacy yang tak menari lincah lebih seronok tengok. Tapi sejujurnya tak perlulah buat jeti tiruan ni. Nak pasangnya pun penat. Konsep air kat bawah jeti tu tak berapa menjadi gara-gara ada penari kat bawah tu. Spoil lah. Stacy ni tengok makin berisi. Selalu orang berisi dia makin happy. Mesti sebab anak angkat dia yang buat dia happy tu. Kan?



Lagu. Cool. Comel. Simple. Ohoi, kenapalah Bo ni suka menyanyi sambil tersenyum. Sengaja kan? Masa full rehearsal tu, dia sengaja betul lalu depan aku banyak kali. Nak snap gamba, memanglah tak sebab aku kan seorang yang pemalu. Tak gitu? Lagu ni kakak ngokngek selalu nyanyi kat aku. Okay, dah rindu dia. Nak kakak ngokngek sekarang boleh?


Tanpamu. Konsep Acapella untuk intro. Lagu ni sangat santai. Pandai jugaklah si Amir Jahari ni buat lagu. Kalau tengok kawan-kawan dia kat AF9 tu, mana entah diorang. Memang taknampak langsunglah kat industri sekarang. Nak kata takde single, ada je tapi hilang tanpa khabar. Yang aku nampak Kay masa ni. Dia jadi backup vokal untuk Amir ni. Ohsem ke tidak?


Teman Pengganti. Lagu ni sedih. Aku teringat kawan-kawan yang dah pergi tinggalkan aku. Aku rindu diorang. Lagu ni hanya berjaya dapat Persembahan Terbaik. Lirik dia sangat indah. Thanks Malique buatkan lagu ni dan pilih Black untuk menyanyikan lagu ni. RJ yang menggantikan Malique boleh dikatakan not bad walaupun tempo rap di slowkan. Iyalah, kang apa pun tak faham. Malique, please muncul balik kat stage dan menyanyikan lagu awak tu. Janganlah hanya muncul dengan lagu-lagu saja.



Terukir di Bintang. Lagu terbaik untuk AJL. Lagu yang mencetuskan kontroversi beberapa hari sebelum bertanding. Walau apa pun lagu ni muziknya ala zaman dulu-dulu dan Aizat tak mengecewakan. Menyanyi sambil pegang cawan, misai P.Ramlee dan tema Europe tu membuatkan juri tertawan. Good job Aizat dan ramai teringatkan Sean Ghazi. Congrats Yuna untuk lagu ni dan berjaya menjadi artis di bawah label David Foster. Sila produce good music for us.



Lagu Ku Akui. Penyesalan seorang lelaki setelah ditinggalkan wanita. Lagu ni ramai kata yang ada kena-mengena dengan si pencipta. Mungkin juga kalau tengok pada liriknya. Tapi lagu ni memang sangat indah melodi dan liriknya. Sebab tulah dapat tempat ketiga. Cool. 



Andaiku Bercinta Lagi. Gandingan Mojo dan Marsha. Rupanya suara wanita dalam lagu ni suara Marsha. Baru tahu. Malam AJL tu suara Aweera macam ada problem walaupun dia over menjerit. Tapi aku yang dah tengok full rehearsal rasa yang time tu lagi best walaupun dia tak menjerit sangat. Kita salahkan monitorlah. Boleh tak? Eh.



Persembahan terakhir dari Jimmy Palikat dan One Nation Emcess. Keduanya pertama kali di pentas AJL. Paling ramailah yang dia bawak. Sabah bah. Teringat Noraniza Idris. Malam tu mic Mimie kurang berfungsi. Ada problem mungkin. Sayang sangat. Sayang seribu sayang. Tapi sebenarnya original song lebih best dan tak serabut. Tapi trend artis Malaysia sekarang, semua lagu yang dibuat, mesti nak selit rap tu. Arghhhh, stress kejap.

Overall, AJL tahun lepas lebih menawan hati dari tahun ni. Sejujurnya aku teringat mereka yang terlibat tahun lepas. Hanya doa yang mampu dikirimkan. Rindu mereka. Angle kamera tahun lepas lebih worth watching sebab kali ni sangat-sangat teruk. Rugilah. Props dan moment best terlepas macam tu je. Kesian orang yang tengok kat rumah. Next year sila improve. Tak rugi. Thanks gambar dari Rentak Artis


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. rentak artis tu en. H punya...ish3..meletop- letop ngan Siti Saleha...kan teng? Ko xnak meletop gak ker?

    ReplyDelete