Assalamualaikum
Macam mana dengan hari anda lepas AJL? Boleh tak terima result yang menang? Bagi aku, Awan Nano adalah something. Lagu tu memang layak jadi juara. Lirik lagu tu sangat mendalam dan puitis. Tahniah Hafiz, M.Nasir dan Budi Hikayat yang telah menang. Tak sia-sia bila lagu tu menang di APM yang lepas. Sebenarnya malam sebelumnya aku dah layan full rehearsal AJL sebab nak tengok apa yang finalis nak tunjuk. Ada yang stick dengan persembahan rehearsal ada yang simpan gimik mereka.
Tujuan utama nak tengok AJL sangat-sangat tahun ni bukan sebab finalis yang bertanding. Tapi mereka di sebalik pembikinan AJL tu sendiri. Siapa mereka? Biar aku jelah yang tahu. Apa yang penting mereka berjaya dengan jayanya. Tapi masih tidak tahu mereka yang sebenarnya. Kenapakah? Mungkin belum masanya aku tahu. Walau apapun sokongan penuh kepada mereka.
Layankanlah review ringkas persembahan FINALIS sahaja. Sebab itu tujuan utama AJL. Kalau nak review keseluruhan silalah google, dijamin korang akan jumpa. Terima kasih Rentak Artis dan Razin Photography di atas gamba kalian. Makin mantap hari demi hari.
Tujuan utama nak tengok AJL sangat-sangat tahun ni bukan sebab finalis yang bertanding. Tapi mereka di sebalik pembikinan AJL tu sendiri. Siapa mereka? Biar aku jelah yang tahu. Apa yang penting mereka berjaya dengan jayanya. Tapi masih tidak tahu mereka yang sebenarnya. Kenapakah? Mungkin belum masanya aku tahu. Walau apapun sokongan penuh kepada mereka.
Layankanlah review ringkas persembahan FINALIS sahaja. Sebab itu tujuan utama AJL. Kalau nak review keseluruhan silalah google, dijamin korang akan jumpa. Terima kasih Rentak Artis dan Razin Photography di atas gamba kalian. Makin mantap hari demi hari.
Wanita Seluruh Dunia. Persembahan pertama yang dimulakan dengan Projek Pistol. Bagi aku mereka hanya nak perform dan enjoy di atas stage. Yang menarik hati persembahan montage mereka terdiri daripada wanita-wanita seluruh dunia yang comel-comel belaka. Antara wanita-wanita tu ramai dikenali. Siapa mereka? Biarlah rahsia.
Sedetik Lebih. Jaclyn Victor yang menyanyikan Sedetik Lebih. Nyanyian asal Anuar Zain. Takdapat disangkal lagi, dia cuba menyanyikan lagu ni mengikut cara dia sendiri sehingga ramai terlupa yang lagu ni pernah dinyanyikan Anuar Zain. A big applause to her. Amazing voice. Walaupun membawa koir di atas pentas, ternyata suara dia lebih memukau.
Kekanda Adinda. Lagu ciptaan sepenuhnya Loque. Opening lagu yang sangat fresh.. Dengan bunyi drumline, angklung, ternyata dapat memikat penonton. Membawakan watak Datuk Awang Selamat dan Tun Teja, mereka had fun di atas pentas. Sangat tertarik dengan pakaian Monoloque dan Atilia.
Gadis Semasa. Muzik dimulakan dengan versi darkest. Ingatkan akan datang puting beliung ternyata Yuna tampil berbeza dengan arragement Gadis Semasa. Sekali pandang, macam show di Broadway. Yang pasti aku suka pakaian dia untuk lagu ni.
Kalau Berpacaran. Tak perlu muzik intro yang panjang, tiba-tiba terus masuk vokal Shuhaimi Mior Hassan. Tiada yang menarik hati persembahan trio Ana Raffali, Shuhaimi Mior Hassan dan Altimet dalam membawakan lagu ini kecuali Altimet datang ke stage dengan sebuah motosikal besar. Eh.
Cinta Mukabuku. Boleh tahan comel adik Wawa malam ni. Nampak muka dia sangat nervous. Almaklumlah dia paling muda di pentas tu. Tapi dia all out untuk memberikan yang terbaik. Ternyata vokal dia makin meningkat. Goodluck in the future Wawa.
Karma. Siapalah Faizal Tahir kalau tiada gimik yang diluar jangkaan. Sepatutnya dia nak membakar diri dia tapi tidak dibenarkan. So, hanya piano sajalah yang terbakar. Sayangnya, inilah kali terakhir dia bertanding katanya. Oh pasti akan rindu gimik-gimik hebat dia.
Kisah Hati. Alyah memenangi Persembahan Terbaik malam itu. Menggunakan Along Raja Lawak sebagai badut di awal persembahan seterusnya menjadi patung untuk music box dan diakhiri dengan kedatangan Remy Ishak. Muka dia nampak sangat tidak sihat tapi dia tetap memberi yang terbaik. Memang tak disangkal kenapa dia menang. Tahniah Alyah. Moga akan lebih dikenali lagi nanti.
Sungai Lui. Kata Aizat, Sungai Lui adalah sungai kasih sayang. Sangat tertarik dengan sandman yang dibawa Aizat ketika persembahannya. Aku jamin mereka di stadium dan di rumah pasti terpegun dengan lukisan pasir dia dan terlupa Aizat yang sedang menyanyi. Aizat juga menggunakan Angklung untuk persembahan dia.
Penakut. Sebenarnya persembahan Yuna yang kedua ini sangat menakutkan aku. Bukan sebab tajuk lagunya tapi malam rehearsal dia terbatuk ketika sampaikan lagu ni. Mujur hari kejadian dia dapat menyanyi dengan baik. Tapi boleh nampak dia agak berhati-hati untuk sampaikan lagu ni. Mungkin dia takut terjadi macam malam sebelumnya.
Awan Nano. Hafiz hanya berpakaian serba ringkas untuk sampaikan lagu Awan Nano ni. Tshirt dan sehelai tracksuit dan berkaki ayam. Dia lebih menumpukan aspek vokal. Tak sia-sia dia dinobatkan vokal terbaik dua kali berturut-turut. Watak ayahnya dalam video klip dibawa ke persembahannya. Herman Tino menanti di atas pangkin buluh dan Hafiz memeluk ayahnya itu dan meminta maaf. Good job Hafiz.
Beribu Sesalan. Trio tiga orang yang dinanti-nanti. Tapi sayangnya ada sesuatu yang kurang dalam persembahan mereka malam itu. Aku pernah tengok persembahan mereka yang lebih baik sebelum ni. Tidak menggunakan apa-apa props dan hanya bersandarkan vokal mereka semata-mata tetap membuatkan peminat mereka berteriak cuma aku harap ada something different lepas ni. Please do something Sha, Ning and Jac.
No comments:
Post a Comment