Friday, October 28, 2011

[Aku] Oktober, UITM Shah Alam


Assalamualaikum

Dah masuk penghujung bulan Oktober rupanya. Maaflah sudah jarang mengupdate sekarang. Maklumlah aku dah kembali bergelar pelajar sepenuh masa. Cuma kini dah bertukar course, tempat dan universiti. Pada yang tak tahu, sekarang ni aku di UITM Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Pengurusan & Polisi) untuk 3 tahun. Selamat tinggal Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan programming. Tapi aku tetap rindu tentang coding-coding. ('-_-)

UITM Di Hatiku tapi UTeM Terbilang. :)


Rasanya aku sorang je terlepas kat uitm ni. Boleh dikatakan rata-rata kawan sediploma aku masih setia di UTeM cuma mereka berbeza bidang. Ada yang ambil database, softwareartificial intelligent, networking dan majoriti memilih multimedia. Doakanlah kejayaan aku di sini ye kawan-kawan dan aku sayang korang. Budak kelas aku kat sini mengenangkan aku dengan korang sebab diorang sesewel korang semua. 

Tujuan utama aku ambil course ini bukanlah untuk bekerja di bidang penyiaran tetapi untuk powerkan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan. Wahhh, ayat takboleh blah kan? Tapi aku bersyukur aku tak salah pilih sebab penggunaan English yang ketara kat sini. Aku yang gagap-gagap ni pun terpaksa sedaya upaya guna English. Haraplah lepas ni English aku akan superb. Doa jelah yang mampu. Oh ya, nanti akan di update tentang konvo diploma aku ye. Nantikan (0_o)

No comments:

Post a Comment