Friday, February 11, 2011

[Kenali] Siapakah Anwar Hadi?

Assalamualaikum

Kebelakangan ni kita boleh lihat yang channel youtube banyak melahirkan bintang-bintang yang menarik, best, kelakar dan sebagainya. Ramai pulak orang Malaysia yang mula popular melalui channel youtube ni. Ada yang menyanyi, miming dan kini adalah vlog. Orang seterusnya yang bakal popular tak lain dan tak bukan, Noor Anwar Hadi.


Mamat yang menggelarkan diri dia sebagai Anwar Hadi ini merupakan pelajar jurusan TESL dan baru je menerbangkan diri ke Sdyney, Australia untuk sambung belajar di sana. Mamat ini juga adalah merupakan anak jati negeri Jelapang Padi, iaitu negeri Kedah.

Kebanyakan video-video dia berkenaan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita dan diolah dengan sangat baik oleh dia. Editing video dia pun boleh tahan, dan tak adalah carca merba, semuanya macam smooth gitu. Memang syiok layan semua video-video dia.

1#- Iklan Youtube



video khas untuk dia expresikan sebab dan kenapa dia start nak buat video-video

Next, korang boleh layan video-video yang memang kena dengan apa yang berlaku di sekeliling kita semua. Ada antara video dia dah pun mencecah ke ratusan ribu viewers cuma dalam beberapa hari saja. Dia dah cipta fenomena baru dunia youtube sekarang. Sampaikan, cik Lisa Surihani kita pun penah tweet pasal dia.



#2- Beruang Duit



apa yang dia cakap pasal cara kita belanjakan duit ni sangat betul dan buat diri ni terasa seketika. sama-samalah kita berfikir yea kawan-kawan


#6- Ewww



bahasa rempit yang sangat popular di kalangan budak-budak muda. menyampah dan euwwww.


Pendapat aku pasal Anwar Hadi?

Dia seorang yang sangat kreatif. Apa yang dia vlog kan memang kena dengan orang-orang kita. English dia tak payah cakaplah sebab memang marvelous, maklumlah student TESL. Dah tu plak aku suka tengok dia guna fully slang Kedah. Mana lagi nak pi cari orang lagu tu? Cakap bahasa ibunda tanpa segan silu. Budak-budak lain plak, jangan nak mengaku negeri, cakap nak slang KL je.

We wait for your next video to be uploaded live from Sydney. Selamat Maju dan Jaya.

Channel Youtube

Facebook Fanpage

Twitter

10 comments:

  1. dia agak cool lah. hehe siap dedicate entry camni peminatt ni :D

    ReplyDelete
  2. terbaik

    nasihat dalam lakonan..

    hehe

    thanks for share d info

    ReplyDelete
  3. he's so cool with his own stlye speaking...! salute...

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pon pasal die ni...tp lepas baca entri kamu...tgk skali video die..best2!!! (jgn kutuk saya katak bwh tempurung...nanti sy sentap!!! hehehe)

    ReplyDelete
  5. sebelum g australia,persediaan kat mana?

    ReplyDelete
  6. lain kali kepilkan je link video , jgn bubuh kod video kat dalam post , sebab nnti nuffnang leh detect dan block duit dalam blog anda . tak percaya ,lihat rules nuffnang, terima kasih

    ReplyDelete
  7. die dari ipg pulau penang

    ReplyDelete
  8. oh tahu dia dari ipg pulau pinang sebab dia sekelas dengan membe. sama-sama fly kat australia. :)

    ReplyDelete