Friday, October 23, 2020

[Aku] I'm back in 2020

Assalamualaikum

Tahun 2020 nampaknya bukanlah tahun yang ramai anggap tahun di mana ada kereta terbang, teknologi angkasa dan bermacam lagi. Rupanya tahun ni adalah di mana ekonomi negara dunia yang lain merosot, tiada cuti-cuti luar negara dan kebanyakan terpaksa berkurung di rumah kerana pandemik Covid19 yang sangat memberi impak terhadap dunia.

Siapa sangka? Sepatutnya 2020 adalah tahun Olimpik di Tokyo. Temasya 4 tahun sekali yang sangat dinantikan peminat sukan dunia sayangnya terpaksa ditunda ke 2021. Sebagai peminat badminton, kejohanan All England di bulan Mac merupakan kejohanan terakhir sebelum pandemik benar-benar menyerang dunia.

Banyak kejohanan terpaksa dibatalkan dan ditunda termasuklah kejohanan berpasukan berprestij Piala Thomas Dan Uber. Mujurlah Denmark mencuba anjurkan Terbuka Denmark walaupun kejohanan itu cuma dihadiri beberapa pemain ternama sahaja tapi cukuplah mengubat rindu selama 7 bulan. 

Kalau nak cerita pasal badminton ni, cerita Aku takkan pernah habis. Cuma sama-samalah kita berdoa semoga pandemik ini ada penawarnya dan buku merah kita kembali dapat digunakan terutamanya untuk ke Mekah menunaikan Rukun Islam kelima juga menunaikan umrah. Aku rindu nak tengok lapangan terbang setiap negara kembali sibuk dan industri penerbangan kembali meriah.


No comments:

Post a Comment