Tuesday, July 12, 2011

[Kenangan] Rindu Bersukan Untuk Team


Assalamualaikum

Rindu untuk training. Rindu nak lari padang 10 kali. Rindu nak friendly match. Rindu nak berlatih dengan teammate. Rindu nak wakil daerah. Rindu nak naik bas pergi tempat match. Rindu nak jerit bila dapat score. Rindu segala-galanya tentang sukan. Zaman sekolah adalah zaman terbaik untuk main sukan. Dapat merasa jadi wakil rumah sukan, wakil sekolah dan jadi wakil daerah.

Pasukan Hoki masa Form 4

Pasukan Bola Baling masa Form 5

Kini stamina aku tidak seperti dahulu. Baru exercise sikit dah penat. Mungkin sebab terlalu banyak minum air ais. Cuba untuk kurangkan. Orang kata, kalau dulu atlet, jangan stop bersukan secara terus, akan ada kesan buruk. Sekarang ni aku just exercise kat rumah dengan menari. Dapatlah jugak sekurang-kurangnya release tension. Cuma takdelah sampai nak jadi penari. Sangat tak sesuai.

p/s : sesiapa tolong bangkitkan semangat kesukanan aku. Meh jadikan aku salah seorang untuk team korang. Aku rindu semua tu.


No comments:

Post a Comment