Assalamualaikum
Kawan membawa seribu erti bagi setiap manusia dan kawan ialah orang yang kita percaya. Ada juga yang memanggil kawan itu dengan menggunakan teman, sahabat, geng, membe dan juga rakan. Setiap panggilan sebenarnya sama dan membezakannya hanyalah jenis kawan kita itu. Setiap orang daripada kita perlukan seseorang untuk berhubung, bergurau-senda, bertukar-tukar pendapat, atau pun hanya untuk cuba meluahkan apa yang terpendam? Tapi apakah sebenarnya erti kawan itu? Adakah hanya teman-teman seperjuangan, membe-membe lepak, rakan-rakan sekolah, ataupun kawan-kawan sepermainan di waktu kecil dahulu?
Kawan seharuslah tidak harus ada pertandingan, persaingan, prajudis, mahupun perbezaan sesama sendiri. Kita harus membuka mata dan sedar bahawa dunia luar itu tidak seindah yang kita gambarkan dan juga tidak terdiri dari hitam dan juga putih. Kita mudah mencari kawan untuk bergembira tetapi apabila kesedihan, amat susah dan jarang untuk ditemui.Kenal atau tidak kenal belakang kira kerana sebuah persahabatan itu merupakan sebuah pengembaraan bagi kita.
Aku suka apabila mendapat kawan yang baru. Tidak kiralah seusia denganku mahupun lebih tua ataupun lebih muda dariku. Aku pasti setiap di luar sana tentulah sayangkan kawan-kawan anda. Aku paling benci apabila dikhianati kawan sendiri. Dikhianati bererti seperti sebuah kepercayaan yang diberikan ditiup oleh angin yang menghembus laju. Kadangkala aku berasa sangat kesepian berasakan jiwa aku kosong. Kosong seperti sebuah kapal yang belayar tanpa anak kapalnya.
Aku pasti setiap kali kita berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak kiralah sama ada berpindah tempat tinggal, sekolah mahupun berpindah ke satu fasa yang baru, iaitu dari sekolah ke universiti pasti ada antara kita akan kelihatan seperti kera sumbang. Maklumlah kita tidak mempunyai orang yang dikenali dan juga bagi sesetengah orang, amat sukar untuk memulakan sebuah perkenalan. Mungkin orang itu akan digelar sombong. Namun apabila sudah mula mengenali, barulah orang akan merasakan mereka itu tidak seperti yang dibayangkan sebelum ini.
Seperti kata orang, jangan mudah untuk menilai seseorang itu dari rupa luarannya, nilailah melalui dalamannya. Lebih mudah, janganlah terlalu cepat menilai seseorang itu sombong jika hanya melihat dia tidak senyum kembali kepada kita yang senyum kepadanya, mungkin dia tidak sedar kita senyum kepada dia ataupun dia mempunyai masalah yang tidak kita ketahui.
Aku mempunyai seorang kawan yang seringkali akan digelar sombong oleh orang yang tidak mengenali dia. Ada juga yang takutkan dia kerana raut wajahnya yang garang. Aku boleh katakan yang dia merupakan seorang yang sangat menghargai kawannya. Dia akan menyesal jika tidak dapat berhubung dengan kawannya. Jika terjumpa di pertengahan jalan dan terserempak dengan kawan yang dikenali, pasti dia akan menegur dan jika tidak sempat untuk menegur, pasti dia akan merasa sesal sama sekali.
Cukuplah tidak jumpa walaupun merindui. Janganlah berjumpa jika mampu melihat dari jauh. Dia sering ungkapkan kata-kata itu.Walaupun dia hanya mengenali seseorang itu hanya untuk sesaat, dia pasti tidak akan mudah melupakannya. Dia akan cuba untuk pastikan dia tidak akan terputus dengan kawan barunya itu dengan apa-apa cara sekalipun.
Kita hanya memerlukan seminit untuk mendapat sahabat yang baik, sejam untuk kita menghargainya, sehari untuk kita menyayanginya, tetapi sepanjang hidup kita perlukan untuk cuba melupakannya. Kata-kata ini seringkali kita gunakan untuk memberitahu diri kita tentang betapa mudahnya mencari kawan tetapi untuk melupakan kenangan antara kita dan juga kawan adalah susah sama sakali.
Thanks 4 being my friends..Aku sayang kamu ( " ,)
No comments:
Post a Comment