[UiTM] Fit 4 Life - Strategic Communication

Leave a Comment

Assalamualaikum

Masuk Part 4, pelajar-pelajar yang mengambil subjek Strategic Communication ditugaskan untuk mengadakan satu event. Semasa mencadangkan event ni, uitm ada beberapa garis panduan yang perlu kami ikut disebabkan masa tu, kita busy menunggu pilihanraya. Takut terasa. Nasib baiklah yang tarikh kami pilih tak kacau pilihanraya. Fit 4 Life telah pun selamat diadakan pada 19 Mei yang lepas.


Event yang bermula pukul 8 pagi dimulakan dengan Walkathon di sekitar Taman Tasik Titiwangsa. MC yang ditugaskan Dae dan Hafiz berjaya dengan tugas mereka mengajak orang ramai join. Setiap pengunjung yang join dengan membayar RM15 akan mendapat sehelai tshirt dan satu goodie bag berisi barangan sponsor dari Mamee, Karangkraf dan Sime Darby. Breakfast pada hari kejadian dibekalkan oleh Gardenia.



Yang best, Redbull datang dengan kereta mini cooper comel. Setiap pengunjung dengan crew dapat free satu tin redbull. Untunglah. Kata event kecergasan, haruslah kan? Lepas event walkathon tu, terus ada mini game yang aku handle. Dapat lagi goodie bag pada yang main game tu. kaya dengan hadiah sebenarnya event kami ni. Rugi siapa yang tak join.


Petang tu, sebagai pengakhiran, acara paling ditunggu, masa untuk menari, Zumba! Oh oh yeah. Ada lagu Selamat Pagi Sayang, Gangnam Style dan lain-lain. Instructor yang kami bawa khas adalah dari sebelah fac kami je pun, dari Fakulti Sukan dan Rekreasi. Aku tak join benda tu sebab dalam masa yang sama, aku kena merakam dan tangkap gambar suasana Zumba tu.


Alhamdulillah, setelah sebelum ni bertungkus lumus kami menyiapkan segalanya untuk event ni, bersyukur yang semuanya berjalan lancar. Selain sponsor yang disebut, ada jugak sponsor dari orang perseorangan. Aku jugak berjaya pau orang sponsor hadiah cabutan bertuah, yang best event kami ni hadiah cabutan bertuah perfume original lacoste essential tu. Tahniah pada yang berjaya menang. Jumpa lagi di event akan datang.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen-komen:

Post a Comment