Assalamualaikum


Hi, ada macam wartawan tv tak? Nampak sangat tak sebab mic tu atas sangat. Aku ni tak suka sangat nak duduk depan tv, lebih suka di belakang tabir je tapi untuk subjek minor broadcasting ni, kami kena buat semua, dari jadi wartawan lokasi sampailah ke jadi Floor Manager, Switcher, Studio Director, Pembaca Berita dan sebagainya. Ala-ala kami ni buat berita tv untuk tv9 tu tapi kami hanya kena buat 22 minit berita termasuk iklan 2 minit. Errr.


Sekarang aku bajet aku yang setup kamera tu. Saiz taknak besar lagi dari aku plak.Tapi memang everything kami kena buat dari A to Z dan group aku sempat practice pagi tu dan malam tu recording, sahlah banyak salah dan silap. Takpelah, kata budak baru belajar. Mana ada orang belajar terus pandai kan? Tak gitu?



Tugas sebenar aku sebagai switcher. Satu tugas yang agak susah nak handle. Tangan kena cepat bertindak switch button. Akulah orang yang tukarkan kamera dari VT ke pembaca, pembaca ke VT. Semua kena dengar arahan dari Studio Director sama Assistant dia. Kalau diorang salah timing, habislah. Skrin akan blank dan cepat-cepat kena tukar. Banyak kali jadi waktu recording hari tu. Sedih. Satu lagi masalah, tangan kena bagus tukar sebab if salah, skrin pun akan tukar hijau sikit-sikit. Susah oh susah.


Keadaan dalam bilik technical room. Ramai kan? Ini baru studio tv uitm, kalau studio tv kat stesen tv, sahlah aku tak tahu macam mana keadaan dia. Tapi lecturer cakap, kebanyakan studio tv banyak dah guna automation. Studio kami ni banyak manual lagi. Nak tukar pun lambat sebab harga dia faham-faham jelah. Kami ni tak sempat merasa, mungkin junior akan lebih merasa.

krew Buletin Bora dengan Encik Faisal

Tamat sudah satu assignment yang menyesakkan jiwa dan raga kami. Sedangkan course aku pun takde banyak keje sebanyak broadcasting ni. Tapi jujurnya, aku memang suka kerja melibatkan kamera dan kerja luar. Manalah nak practical nanti ye? Ada cadangan? Swasta ke kerajaan? Corporate ke Broadcasting ke Advertising?


Assalamualaikum

Masuk Part 4, pelajar-pelajar yang mengambil subjek Strategic Communication ditugaskan untuk mengadakan satu event. Semasa mencadangkan event ni, uitm ada beberapa garis panduan yang perlu kami ikut disebabkan masa tu, kita busy menunggu pilihanraya. Takut terasa. Nasib baiklah yang tarikh kami pilih tak kacau pilihanraya. Fit 4 Life telah pun selamat diadakan pada 19 Mei yang lepas.


Event yang bermula pukul 8 pagi dimulakan dengan Walkathon di sekitar Taman Tasik Titiwangsa. MC yang ditugaskan Dae dan Hafiz berjaya dengan tugas mereka mengajak orang ramai join. Setiap pengunjung yang join dengan membayar RM15 akan mendapat sehelai tshirt dan satu goodie bag berisi barangan sponsor dari Mamee, Karangkraf dan Sime Darby. Breakfast pada hari kejadian dibekalkan oleh Gardenia.



Yang best, Redbull datang dengan kereta mini cooper comel. Setiap pengunjung dengan crew dapat free satu tin redbull. Untunglah. Kata event kecergasan, haruslah kan? Lepas event walkathon tu, terus ada mini game yang aku handle. Dapat lagi goodie bag pada yang main game tu. kaya dengan hadiah sebenarnya event kami ni. Rugi siapa yang tak join.


Petang tu, sebagai pengakhiran, acara paling ditunggu, masa untuk menari, Zumba! Oh oh yeah. Ada lagu Selamat Pagi Sayang, Gangnam Style dan lain-lain. Instructor yang kami bawa khas adalah dari sebelah fac kami je pun, dari Fakulti Sukan dan Rekreasi. Aku tak join benda tu sebab dalam masa yang sama, aku kena merakam dan tangkap gambar suasana Zumba tu.


Alhamdulillah, setelah sebelum ni bertungkus lumus kami menyiapkan segalanya untuk event ni, bersyukur yang semuanya berjalan lancar. Selain sponsor yang disebut, ada jugak sponsor dari orang perseorangan. Aku jugak berjaya pau orang sponsor hadiah cabutan bertuah, yang best event kami ni hadiah cabutan bertuah perfume original lacoste essential tu. Tahniah pada yang berjaya menang. Jumpa lagi di event akan datang.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home