[Teater] Teater Tun Siti Hasmah

Leave a Comment

Assalamualaikum

Hi. 3 Disember 2012. Saya excited bila dapat tahu UiTM kasi tiket free nak tengok Teater Tun Siti Hasmah kat Istana Budaya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku kasilah nama sebab bukan saja tiket tapi bas pun disediakan. Sapa je yang taknak pegi kan kalau gitu? Peluang yang ada harus di grab sebaiknya. Yang bestnya jugak, teater tu dipentaskan kali kedua dan hari yang kami nak pegi ni hari terakhir, so mestilah pelakon-pelakon dia akan all out. 


Aku sebenarnya kurang minat dengan teater muzikal kat Malaysia ni sebabnya pelakon dia miming walaupun yang tu sebenarnya suara mereka. Ohoi, rugi rasanya. Mungkin susah sedikit pelakon nak berlakon, menyanyi dan menari dalam satu masa. Takpelah, asalkan lakonan mereka ni best dan menawan hati. Yang bestnya, untuk edisi kedua ni, Lisa Surihani sebenarnya digantikan dengan Miera Liyana tapi entah kenapa hari last ni, dia ada. Comel okay watak Tun Siti Hasmah waktu muda tu.

excited tengok Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah kat stage

Nazim Othman patut lebih manly untuk watak Tun Mahathir waktu muda. Tapi kira okaylah sebab ni percubaan pertama dia dalam teater. Esma Daniel tak perlu disangkal lagi watak Tun Mahathir waktu tua sebab dulu untuk teater Tun Mahathir, dia yang pegang watak tu. Mungkin dah sebati dengan dia. Eja untuk watak Tun Siti Hasmah waktu tua memang boleh dibanggakan. Sangat. 

corat-coret Teater Tun Siti Hasmah

Untuk pelakon lain, mereka buat sehabis baik watak yang diberikan. Ada kelakar, ada sedih, ada segalanya. Anne Abdullah, Dira Abu Zahar, Radhi Khalid, Shanie dan yang lain-lain, a big applause. We had fun watching this theater because of you. Kejutan paling best untuk malam terakhir tu, rupanya Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah datang untuk tonton. Dapat tengok dari jauh pun dah rasa best. Dah lama tak nampak sebenarnya Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sejak dia bersara jadi Perdana Menteri kita. Sangat terharu tengok mereka.

sesi mengambarkan diri

Sejujurnya tak rugi untuk tengok teater ni. Pada yang buta sejarah tu, bolehlah tahu serba sedikit perjuangan pemimpin kita walaupun infonya sedikit sahaja untuk teater ni. Tapi yang best kita boleh membayangkan waktu pemimpin kita belajar dulu, masa jadi doktor, masa bukak klinik kat Alor Setar, masa Tun Mahathir sertai politik, masa Tun Mahathir sakit jantung dulu dan masa Tun Mahathir buat ucapan nak bersara dari jadi Perdana Menteri. Semua diceritakan even serba sedikit. Apa-apa pun saya bangga jadi orang Kedah. Peace.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen-komen:

Post a Comment