Monday, December 31, 2012

[TV] Separuh Akhir Muzik-Muzik 2 2012


Assalamualaikum


muka budak kelas tapi ada budak kelas lain jugak. tapi semestinya semua masscom

Maaf maaf maaf sebab baru nak update. Sengaja nak penuhkan entry 2012 yang sedikit ni. Almaklumlah, tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menginjak ke tahun 2013. Seperti biasa, separuh akhir muzik-muzik macam dah jadi acara wajib yang kena pergi. Mungkin sebab yang utama, tempat dia sangatlah dekat dengan uitm tu. Macam last year, kali ni pun pergi dengan budak kelas. Tapi ada jugak budak kelas lain join. Sorang advert, sorang Journ. Ada yang last year datang jugak, ada yang baru first time. Tugas aku bawak dioranglah apa lagi.

Faiz dan Chad

Tahun ni pengacara dia bertukar tangan ke Faiz dan Chad. Sorang memang dah lama jadi pengacara. Rasanya dia banyak mengacara TV9 si Faiz ni dan sorang lagi penyampai radio HotFM Zone, si Chad. Sebabkan mereka ni baru lagi, dimaafkanlah kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan mereka sepanjang mengacara. So, tahun depan if jadi lagi, sila improve tau. Jaga-jaga ada yang memerhati. bak kata Kiah Propa gitteww.



Hafiz dan Adira mendendangkan lagu siulan ramai tahun lepas, Ombak Rindu. Pendatang baru Amir Jahari mendendangkan lagu Tanpamu. Suki yang katanya kawan aku pipi macam pau tu menyanyikan lagu dia Terlalu Mencintaimu. Sedap macam selalu dia nyanyi, next single please Suki. Nera yang mengantikan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin melalui lagu Begini Caranya tu, dia nyanyi lagu Hatiku Milikmu. Bolehlah suara dia kali ni dibandingkan masa kat AF.



Next orang yang paling ramai penyokong malam tu, Sleeq dengan Ramlah Ram membawakan lagu Sesaat Kau Datang. Diandra Arjunaidi, malam tu nyanyian dia agak tak sampai sebab dia tak ada suara sangat. Patut rasa macam lain je sebab selalunya dia tak menghampakan. Lagu siulan ramai, Anak Kampung dibawakan oleh One Nation Emcess dengan Jimmy Palikat. Yuna macam biasa, mestilah awesome dengan lagu Terukir di Bintang dia.



Aku rindu Spider. Tapi Bagaimana lagu mereka malam tu. Bo Amir Iqram, dengan Lagu. Versi akustik okay malam semifinal tu. Sangat sangat awesomelah. Memang semua layan sangat bila dia nyanyi. Lagu tu pun sebenarnya lagu tema aku dengan kawan baik aku. Rindunya kat dia. Jaclyn Victor dengan lagu semangat dia, Separuh Jiwaku. Artis jemputan untuk malam tu, Meet Uncle Hussein dengan Fauziah Gambus. Suara Fauziah Gambus tapau habis artis yang perform malam tu tapi dia nyanyi sikit sangat. Tak puas hati. Nak lagi. Nak lagi.


Gamba atas barisan artis yang mengumpul markah tertinggi malam tu. Untuk AJL akan datang, yang berjaya cuma lagu Anak Kampung, Tanpamu, Ombak Rindu, Lagu dan Terukir di Bintang. Cuma lagu dari Spider tak berjaya meneruskan. Sayang seribu sayang nak tengok Spider perform malam AJL. Kebanyakan yang berjaya ramai cipta lagu sendiri. Sangat awesome lah mereka kan? Good luck.

birthday girl, Syaznim

Lepas habis je Separuh Akhir tu, kitorang pergi makanlah apa lagi. Kelaparan kot. Tapi masa tu aku tak makan sebab perut dah masuk angin cuma makan donut yang birthday girl dapat. Tu je yang boleh telan, okaylah kan, dari tak makan langsung? Yang pasti malam tu memang best dapat releasekan sementara kepala otak kami ni. Cool sangat.



No comments:

Post a Comment