Thursday, December 13, 2012

[Field Trip] Malaysian Association for the Blind (MAB) dan Parlimen


Assalamualaikum


22 Oktober 2012. Ye aku tahu ini cerita lama. Biarlah nak update pun. Rombongan pelajar-pelajar CMP dari semester 3 dan semester 4 diberi peluang untuk ikut rombongan ke MAB dan Parlimen. Rombongan bertolak pukul 8.30 pagi dan sampai dalam pukul 10 pagi selepas mengharungi jalan jem. Biasalah hari kerja dan hari Isnin.


Sampai-sampai je MAB tu terus kami dihidangkan dengan sarapan. Aku minum air je sebab sebelum bertolak dan sarapan dah. Perut tak mampu nak telan lagi.


Lepas sarapan, kami dibawa ke dewan untuk dengar penerangan tentang MAB. Apa tugas-tugas MAB, siapa disebalik MAB dan macam-macam lagi. Siap ada dia ajar macam mana kita nak tegur orang buta. Lepas taklimat tu barulah aku tahu serba sedikit. Selama ni, salah rupanya. Kita kena ada depan orang buta untuk pimpin diorang bukan belakang diorang.


Lepas daripada taklimat kat dewan. Kami dibawa ke Perpustakaan MAB. Kat sinilah ada koleksi buku-buku untuk orang buta baca. Buku dengan gambarajah pun ada. Bagusnya. Yang pasti aku diberitahu yang ada juga mereka terjemahkan novel Ombak Rindu kepada novel bertulisan Braille. Kat sini juga ada sukarelawan yang menulis balik dari buku-buku untuk diterjemahkan. Siapa nak jadi sukarelawan, datang je kat sini. Kamu memang diperlukan.

gamba sekitar lawatan

Semester 3C

Lepas tu kami dijamu dengan makanan lunch plak. Time ni baru rasa kelaparan ya amat. Terima kasih MAB sediakan makanan yang sedap kat kami. Lawatan ke sesi petang parlimen pun bermula. No handphone. Ala, takboleh nak tweet. Kami dibawa lihat sendiri sesi ahli parlimen membahaskan apa yang ingin dibahas kat Dewan Rakyat. Dengar jelah mereka. Ingat ramai wakil rakyat ada sebab hari isnin tapi tak jugak. Mungkin sebab ramai ada kerja lain untuk diselesaikan. Kami dibawa juga untuk melawat Dewan Negara. Gamba ada kat Dewan Negara tu tapi takdapat ditangan lagi. Sedih.


Semester 4C

Apa-apa pun lawatan yang sebenarnya aku taknak pergi ni banyak jugaklah aku belajar. Terima kasih kepada kelab CMaP yang menganjurkannya.

Kelas paling havoc, Semester 3A

No comments:

Post a Comment