Assalamualaikum



Perjalanan jauh tak kurasa kerna hatiku melonjak sama. Err, ternyanyi lagu Balik Kampung plak yang padahal takde kena mengena langsung pun. Percutian aku dengan kakak berdua ke Melaka je pun. Rindu aku dengan Melaka ni. Dulu belajar 3 tahun kat sini. Banyak kenangannya kot. 


Abaikan muka berkerut kat atas tu. Sebenarnya agak stress dengan cuaca yang sangat panas kat Melaka that time. Nak bergambar pun takde mood. Kesian kat kakak aku yang nak bergambar tu. Maafkanlah ye. Nanti esok lusa kita datang lagi tau. 


Makanan wajib yang patut pelancong rasa kat Melaka ni ada dua je. Asam Pedas kat Kota Laksamana dengan Cendol kat depan Jam Besar Melaka ni. Harga berpatutan dan for sure sedaplah. Kalau tak sedap, taklah teman rekomen kat korang. Cuba tau nanti. Pastu cakap kat teman okay ke tidak yea.



Walaupun cuaca panas dan terik, aku dengan kakak still berjalan-jalan kat sekitar Bandar Hilir sebab nak tengoklah apa yang terbaru. Sama je teman tengok. Cubalah tambah pembaharuan sikit. Kalau tak banyak, sikit je pun teman terima. Tapi takpelah, teman faham, Melaka bandar bersejarah, mestilah takboleh nak ubah sukahati kan?


Sebenarnya, aku dengan kakak lalu Jongker Walk dengan harapan nak cari guest house or hotel yang boleh kami tidurkan diri. Kami takdelah nak booking dulu sebab ingat tak ramai. Rupanya semua hotel-hotel bajet kat area Jongker semua penuh. Penat jugaklah berjalan-jalan cari hotel ni. Tapi time nak jalan-jalan ni lah buat kami jumpa bangunan-bangunan yang tak pernah lalu. Kalau lalu dengan kereta, mungkin sesat sebab banyak jalan one way.

sekitar Jongker Walk



Oh ya, baru aku tahu, sebenarnya ada hari yang boleh kita tengok pekerja KFC pakai baju kebangsaan kita, Baju Kurung dengan Baju Melayu. Antara harinya mestilah Hari Raya kan? Selain Hari Raya, rupanya masa Hari Malaysia pun diorang pakai jugak. Baguslah macam ni. Barulah Malaysia. Tak gitu? Next time nak datang Melaka lagilah. Nak melawat kawan-kawan sediploma dulu. 

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home