Sunday, September 9, 2012

[Event] Masscom 40th Anniversary


Assalamualaikum

1 September 2012. Hari yang ditunggu-tunggu exstudent Masscom UiTM Shah Alam. Majlis makan malam diadakan untuk meraikan mereka. MasscomMight Returns katanya. 40 tahun sudah usia Fakulti Masscom dari 1972 hingga 2012. Ramai sangat yang berjaya. Tak kiralah dalam bidang politik, hiburan, perniagaan. Semuanya lah. Tak terkira. Tahniah student Masscom!

barisan crew Explorace yang bertugas

Tapi aku tak terlibat untuk majlis grand dinner gilang gemilang tu. Aku hanya menjadi crew untuk acara Explorace yang diadakan siangnya. Membantu lecturer Sociology aku sem lepas, menjaga checkpoint. Yang penting dapat tshirt walaupun saiz L, aku peduli apa. Lagi satu, katanya kami bakal dapat sijil sekali. Hopefully.

suasana sekitar acara penutup Explorace

peserta sedang khusyuk siapkan Jigsaw Puzzle

Aku ditugaskan jaga checkpoint ke 6 dari 9 checkpoint yang ada. Checkpoint aku adalah sesi mereka siapkan Jigsaw Puzzle. Susah kot sebab tak sama dan pening. Kesian diorang. Aku hanya boleh tengok diorang selesaikan, nak tolong pun aku pening. Peserta yang terlibat kebanyakan student Masscom dulu, sekarang, lecturer dan ada jugak staff fac Masscom. Lama jugaklah mereka ambil masa nak siapkan puzzle tu.

kami warga CMP sangat awesome

Habis je checkpoint aku, terus aku lari ke kawasan dataran Menara. Maklumlah keseorangan kat dataran HEP walaupun ada student yang tengah study kat situ. Maksud lari aku tu bukan betul-betul lari lah, jalan je sebenarnya. Janganlah salah faham. ('-____-)

Oh ya, usai semua habis, peserta dan crew dijemput untuk makan tengahari. Makan free sape yang taknak kan? Habis je makan tengahari, ada sesi cabutan bertuah dan sesi penyampaian hadiah. Sambil tu diselitkan dengan ucapan Dekan Fac Masscom, Prof Adnan. Hadiah cabutan bertuah ada dari Panasonic tau. Jangan main-main. Hadiah untuk explorace ni pun boleh tahan, hadiah first, RM700. Untunglah. Yang lainnya aku tak ingat tapi ada jugaklah hadiah voucher Jusco. 

peserta dan crew Explorace

Habis je semuanya. Sesi bergambarlah apa lagi. Memang semua orang gila kamera. Maklumlah zaman-zaman semua orang ada kamera. Eh tiba-tiba plak. Oh ya, ada jugak acara untuk kanak-kanak. Hadiahnya hamper okay. Kanak-kanak agak ramai yang mereka bawak. Comel je. Rasa macam nak culik sorang. Rasa jelah yang mampu.

crew yang terlibat

Sebab ada lebihan hamper, so crew yang takdapat nombor cabutan bertuah, terus ada sesi cabutan bertuah untuk crew. Tak silap ada lebih kurang 10 hamper yang lebih. Aku masa tu dapat nombor 056. Lepas satu nombor, satu nombor disebut. Langsung tak disebut nombor aku. Masa tu dah pasrah. Tapi sampai je ke hamper terakhir, tiba-tiba nombor aku disebut. Masih ada bertuah tu kat aku. Alhamdulillah. 

hamper yang bertuahkan aku

p/s : gamba ramai-ramai dari A.Aziz Azizam


No comments:

Post a Comment