Thursday, August 30, 2012

[Jalan-Jalan] Georgetown dengan Bas


Assalamualaikum

Masih lagi entry mood raya tapi dah bertukar ke entry Jalan-Jalan. Raya keenam tak silap, aku dengan kakak-kakak aku sengaja nak jalan-jalan sekitar Georgetown. Tapi kami tak naik kereta, kami naik bas. Seronok sikit sebab takpayah nak pikir parking mahal ke tak, berapa lama ke tak. Cuma yang tak bestnya nak menunggu bas tulah. Ada yang cepat, ada yang lambat nau. Redha.


Kami naik bas dari Balik Pulau. Then berhenti kejap kat Stesen Bas Sg Nibong sebab nak beli tiket balik Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur. Then teruskan ke destinasi Komtar. Sekitar situ ada 3 shopping mall, 1st Avenue, Prangin Mall dan Komtar sendiri. Jalanlah korang sampai lenguh kaki dalam mall tu.


Dah bosan jalan dalam mall? Korang bolehlah jalan kaki ke Bazar Chowrasta. Kat sekitar jalan tu, banyak kedai jual cenderahati Penang. Tak kisahlah keychain ke, baju ke. Semua ada. Macam tempat-tempat pelancongan yang lain jual tu. Kat sini nampaklah cenderahati tulis Penang. Barulah betul dari Penang. Tak gitu?


Yang femes kat Penang ni, tentulah Jeruk. Manis dan sedap. Selalunya yang tak pandai nak pilih jeruk apa nak makan, diorang akan pilih jeruk campur. Jeruk campur tu semualah diorang letak, jeruk pelam, betik, umbra, pala, ceri dan beberapa jenis lagi. Selalunya setengah kilo hanya RM5. Murah-murah, so nanti jangan lupa borong banyak.


Oh ya. Sebenarnya restoran Nasi Kandar Line Clear letaknya dekat je dengan bazar Chowrasta tapi kena rajin jalan sikitlah. Masa ni sebenarnya time solat Jumaat. Selalunya kedai-kedai Mamak ke apa ke, memang ditutup kejap. Yelah mereka nak solat Jumaat. Lebih afdal. Kalau tengah tutup dah ramai macam atas, memang taklah nak beratur. Digalakkan datang malam sebab selalunya kalau malam yang selalu aku datang, memang tak ramai sangat. Rasa tetap sama ye kawan-kawan.


Sebab kebanyakan kedai makan tutup. Terpaksalah menghabiskan masa jalan-jalan kejap. Yang kat atas ni Bazar Penang. Selalunya tempat ni jadi tumpuan nak beli keperluan raya. Kalau tengok rupa sekarang, dah tak berapa nak ada orang. Almaklumlah orang dah raya, nak borong apalah sangat kat sini. Jalan-jalan cuci mata sudah.


Oh ya. Satu lokasi untuk makan cucur udang yang sangat sedap juga terletak dekat kawasan bazar. Kedai tu kat lorong dalam bazar. Depan ada orang jual T-shirt Penang semua. Kalau dari bazar, ada jalan kecik, nanti korang nampaklah. Takpun tanya orang kedai cucur udang, tahulah diorang kedai tu kat mana. Memang sedap terutama kuah dia. Manis je rasa.


Lepas makan. Teruskan berjalan. Dapat jugaklah minum cendol. Ingatkan sedap tapi memang tak berapa sangat. Manis terlebih. Sebabkan dahaga kita redah je lah minum asalkan dapat hilang dahaga tu. Tak gitu? Berhadapan kedai cendol, ada jual buah berangan. Agak femes buah berangan Cina tu. Selalu jugaklah masuk paper, masuk tv. Bolehlah membeli pada yang suka.

Then kami tunggu bas shuttle free depan 7eleven. Saja nak round-round tengok Georgetown dengan bas. Ramai je orang dalam bas ni. Maklumlah bas free, sape yang taknak naik kan? Bas tu nama dia CAT Shuttle. Bas ni lalu Masjid Kapitan Keling, Jeti, Muzium Pulau Pinang, Padang Kota dan macam-macam lagilah. Tak silap ada 19 stesen. Boleh tengok CAT Shuttle untuk info. After satu pusingan kami pun turun kat Komtar.


Sebabkan dah habis round by bus, kami agak kelaparan nasi. So, next destinasi Restoran Nasi Kandar jugak. Restoran Wawasan Mutiara. Kedai ni terletak dekat depan Pejabat Pos Komtar. Boleh dikatakan dulu, memang kedai favourite aku beli makanan zaman duduk Penang dulu. Tak kiralah untuk sarapan or lunch. Sedap je. Aku suka makan Daging masak Hitam kedai ni. Makan dengan satu lauk tu je dah buat aku  kenyang. Takperlu yang lain.

nasi kakak. daging hitam tu yang dimaksudkan. kuah dia sedap.


No comments:

Post a Comment