Assalamualaikum


Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Assalamualaikum

25 Ogos 2012. Aku kembali ke kota kesibukan, Kuala Lumpur. Kembali dengan bas. Ya, dengan bas sebab abang dah balik awal, dia kerja awal. So, aku dengan kakak terpaksalah naik bas. Tiket bas kami jam 12 malam. Malam senang sebab boleh tidur. Err, kalau siang pun sama jugak aku tidur. Salah konsep di situ nampaknya.


Memang langsung aku tak boleh nak tidur. Walaupun seat tu besar ke apa, mungkin aircond bas Konsortium terlalu sejuk. Menggigil aku sepanjang perjalanan. Macam mana nak travel g oversea macam ni? Sejuk aircond pun tak tahan. Itu lain kan? Mana ada sama. Takde. Takde.


Sampai seawal pukul 4 pagi lebih sikit. Awal gila. Tren pun tak start operasi lagi. Terpaksalah merelakan diri lepak kat KFC. Ramai je lepak situ. Semua terlena atas meja KFC tu. Aku? Masih tak berjaya tidur tapi muka dah cukup mamai, macam baru dapat dadah. Eh tahu ke aku muka baru dapat dadah macam mana? Tu perumpamaan je okay. Jangan salah anggap. Dadah pun aku tak pernah tengok. 


Tren start operasi pukul 6 pagi. Dalam pukul 5.45, aku dengan kakak dah gerak ke Plaza Rakyat. Ramai betul orang tunggu sepanjang laluan Puduraya ke Plaza Rakyat tu. Kiri kanan sampai ke pagar Plaza Rakyat. Kami terus gerak ke depan sebab bila pagar dah bukak, surelah nak beli token beratur panjang. Nasib baik elok je kat depan, pagar pun bukak. 

muka dah macam apa, tak tidur semalaman

Sampai je Bandar Tasik Selatan, singgah sebentar kat surau ERL untuk Subuh. Sunyi je pagi-pagi tapi suasana sangat nyaman. Rasa macam kat oversea. Mungkin sebab anasir-anasir jahat tak muncul pagi-pagi. Aman jadi rakyat Malaysia. Tiba-tiba.


Sampai je Putrajaya Sentral, tunggu plak abang ambil kami. Yelah, kalau bukan dia ambil sape lagi? Nasib baiklah lepas tu dia bawak makan. Sedap jugaklah Nasi Lemak kat Presint 8 punya foodcourt. Murah pun murah. Sebab tu ramai mungkin. Kalau nasi lemak biasa, RM1 je. Mana nak cari harga macam tu dah? Kat Putrajaya plak tu. Sampai je rumah, petang baru dapat tidur. Sungguhlah badan ni pelik ya amat.

nasi kakak. aku berlaukkan telur goreng je


Assalamualaikum

Masih lagi entry mood raya tapi dah bertukar ke entry Jalan-Jalan. Raya keenam tak silap, aku dengan kakak-kakak aku sengaja nak jalan-jalan sekitar Georgetown. Tapi kami tak naik kereta, kami naik bas. Seronok sikit sebab takpayah nak pikir parking mahal ke tak, berapa lama ke tak. Cuma yang tak bestnya nak menunggu bas tulah. Ada yang cepat, ada yang lambat nau. Redha.


Kami naik bas dari Balik Pulau. Then berhenti kejap kat Stesen Bas Sg Nibong sebab nak beli tiket balik Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur. Then teruskan ke destinasi Komtar. Sekitar situ ada 3 shopping mall, 1st Avenue, Prangin Mall dan Komtar sendiri. Jalanlah korang sampai lenguh kaki dalam mall tu.


Dah bosan jalan dalam mall? Korang bolehlah jalan kaki ke Bazar Chowrasta. Kat sekitar jalan tu, banyak kedai jual cenderahati Penang. Tak kisahlah keychain ke, baju ke. Semua ada. Macam tempat-tempat pelancongan yang lain jual tu. Kat sini nampaklah cenderahati tulis Penang. Barulah betul dari Penang. Tak gitu?


Yang femes kat Penang ni, tentulah Jeruk. Manis dan sedap. Selalunya yang tak pandai nak pilih jeruk apa nak makan, diorang akan pilih jeruk campur. Jeruk campur tu semualah diorang letak, jeruk pelam, betik, umbra, pala, ceri dan beberapa jenis lagi. Selalunya setengah kilo hanya RM5. Murah-murah, so nanti jangan lupa borong banyak.


Oh ya. Sebenarnya restoran Nasi Kandar Line Clear letaknya dekat je dengan bazar Chowrasta tapi kena rajin jalan sikitlah. Masa ni sebenarnya time solat Jumaat. Selalunya kedai-kedai Mamak ke apa ke, memang ditutup kejap. Yelah mereka nak solat Jumaat. Lebih afdal. Kalau tengah tutup dah ramai macam atas, memang taklah nak beratur. Digalakkan datang malam sebab selalunya kalau malam yang selalu aku datang, memang tak ramai sangat. Rasa tetap sama ye kawan-kawan.


Sebab kebanyakan kedai makan tutup. Terpaksalah menghabiskan masa jalan-jalan kejap. Yang kat atas ni Bazar Penang. Selalunya tempat ni jadi tumpuan nak beli keperluan raya. Kalau tengok rupa sekarang, dah tak berapa nak ada orang. Almaklumlah orang dah raya, nak borong apalah sangat kat sini. Jalan-jalan cuci mata sudah.


Oh ya. Satu lokasi untuk makan cucur udang yang sangat sedap juga terletak dekat kawasan bazar. Kedai tu kat lorong dalam bazar. Depan ada orang jual T-shirt Penang semua. Kalau dari bazar, ada jalan kecik, nanti korang nampaklah. Takpun tanya orang kedai cucur udang, tahulah diorang kedai tu kat mana. Memang sedap terutama kuah dia. Manis je rasa.


Lepas makan. Teruskan berjalan. Dapat jugaklah minum cendol. Ingatkan sedap tapi memang tak berapa sangat. Manis terlebih. Sebabkan dahaga kita redah je lah minum asalkan dapat hilang dahaga tu. Tak gitu? Berhadapan kedai cendol, ada jual buah berangan. Agak femes buah berangan Cina tu. Selalu jugaklah masuk paper, masuk tv. Bolehlah membeli pada yang suka.

Then kami tunggu bas shuttle free depan 7eleven. Saja nak round-round tengok Georgetown dengan bas. Ramai je orang dalam bas ni. Maklumlah bas free, sape yang taknak naik kan? Bas tu nama dia CAT Shuttle. Bas ni lalu Masjid Kapitan Keling, Jeti, Muzium Pulau Pinang, Padang Kota dan macam-macam lagilah. Tak silap ada 19 stesen. Boleh tengok CAT Shuttle untuk info. After satu pusingan kami pun turun kat Komtar.


Sebabkan dah habis round by bus, kami agak kelaparan nasi. So, next destinasi Restoran Nasi Kandar jugak. Restoran Wawasan Mutiara. Kedai ni terletak dekat depan Pejabat Pos Komtar. Boleh dikatakan dulu, memang kedai favourite aku beli makanan zaman duduk Penang dulu. Tak kiralah untuk sarapan or lunch. Sedap je. Aku suka makan Daging masak Hitam kedai ni. Makan dengan satu lauk tu je dah buat aku  kenyang. Takperlu yang lain.

nasi kakak. daging hitam tu yang dimaksudkan. kuah dia sedap.



Assalamualaikum

Mai, rapat-rapat. Cheq nak habaq satu kedai Char Kuey Teow yang boleh tahan sedaplah jugak. Kedai ni kat area Tokong Ular tu. Dulu-dulu zaman cheq duduk Penang, memang selalu cheq mai makan tang sini or dulu cawangan dia ada dekat depan USM tapi sekarang cheq rasa dah tukaq owner sebab lalu hari tu nama lain yang depan USM tu.


Tengoklah muka-muka kelaparan semua kat atas tunggu Char Kuey Teow. Sepinggan tak silap harga dia RM3. Ada udang, ada kerang. Standard orang cakap. Kalau special tak pulak order. Aku makan tak cukup sepinggan kalau Sany ni, tambah sepinggan lagi tapi share dengan kakak aku yang baju merah tu. Jangan risau pada yang tak makan Char Kuey Teow, kat sini ada makanan tomyam yang lain, boleh je order. Hari tu siap ada jual Nasi Tomato lagi.

Sany Char Kuey Teow 

Walaupun tak sesedap dulu, dulu lagi sedap kot! Terbayang-bayang. Tapi boleh dikatakan, Char Kuey Teow ni sedap dibandingkan dengan yang aku dok makan kat Selangor ni. Rasa ala kadar je. Asal berkuah jadilah. Sungguhlah. Ada cadangan Char Kuey Teow yang sedap kat tempat korang? Bolehlah gtau aku. Aku suka try. Pastikan yang sedap. Jangan ala kadar tau.




Assalamualaikum

kucing ni tengah berehat, tapi lemau je aku tengok, tak cukup zat aku rasa

Raya ketiga kami langsung tak keluar kemana-mana. Berehat di rumah saja. Yelah penat beraya sambil pas kad kawen abang bulan November nanti. Yang dapat jemputan tu, silalah block date awal-awal. Jangan kata lambat bagitau, 3 bulan awal tu dijemput. Taktahu awal macam mana lagi dah tu.

Raya keempat kami beraya ke Kulim. Rumah mak sedara. Aku ni pantang dua je benda. Pantang tengok kucing comel dengan pantang tengok budak kecik. Memang pantanglah tengok. Dah tengok lama tu, aku kacaulah ketenteraman. Okay kan?

model Honda lama, tertarik kejap tengok

Untuk kelainan, kata tuan rumah, dia sediakan spagheti. Kemain western kali ni. Takpelah, jemu jugak makan rendang, mee rebus, laksa semua tu. Ada dua jenis kuah dia buat. Satu yang bersos tomato tu, satu lagi apa tah namanya tapi kuah dia putih. Aku ni kalau makanan western fail sikit, eh bukan sikit dah, rasa banyak kot! Tapi sedaplah. Menjilat garfu sebab makan dengan garfu kan. Kalau dengan tangan, iyalah menjilat jari tu.


Gamba kat atas, budak kecik yang aku pantang tengok. Memang pantang kalau dengan si kecik ni. Sepatutnya dia tengah tidur, tapi ada ke abang dia angkat dia keluar bagi jaga sebab kitorang nak kacau dia. Nasiblah dia jenis tak meragam. Budak kecik macam ni lah seronok main. Kalau tak, kirim salam jelah. 


Assalamualaikum


Mulakan entry kembali dengan muka sendiri. Tidak sah hari raya tanpa bergambar di bendang. Itu trademark orang Kedah. Hangpa semua kena tau. Mana tau nanti nak kawen dengan orang Kedah, tak tau bendang tu apa, bendang tu sawah padi okay. Seperti kawasan model di atas bergambar. Eh.


Hari kedua kami beraya lagi. Hari ni beraya ke kawasan sedara mak. Sebelum beraya, kami ziarah kubur arwah Tokwan Ramli dengan arwah Toknek Ya. Sorang tu ayah kepada mak, sorang lagi, datuk kepada mak. Masjid ni agak lama jugak kat area sini. Yang pasti ada beduk lagi kat masjid ni tapi tak rasa diguna sangat sebab ada je pembesar suara kat sini.

keluarga Ramli raya kedua

Raya kedua ni banyak habiskan masa beraya ke rumah ibu sedara dan bapa sedara kepada mak. Ramai dah aku tak berapa nak kenal. Kalau yang tua-tua tu ingatlah jugak tapi kalau anak-anak diorang, cucu-cucu diorang tu peninglah beb. Iyalah jumpa pun kadang-kadang setahun sekali, kadang-kadang bertahun sekali, macam mana tu? Hari raya kedua ni kami terus balik Penang terus. Katanya raya ketiga hari berehat di rumah. Mungkin. 




Assalamualaikum

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


Dimulakan dengan gambar ayah dengan mak eden ni hah. Saja. Asyik muka eden je first, letaklah muka orang lain plak. Tak gitu? Tahun ni first time eden beraya Aidilfitri kat tempat lain selain negeri Kedah. Kali ni kami beraya kat Pulau Pinang. Cuma pagi raya sajalah. Lepas tu, tetap pulang ke kampung tercinta, Kedah yang Aman. 


Macam tahun lepas jugak, tahun ni beraya dengan dua biji kereta. Almaklumlah, semua badan dah besar, tak muat nak diisi dengan satu kereta. Destinasi pertama tentunya Bukit Choras, kampung mak. Kemudian ke Batu 5, rumah Toksu, rumah mak sedara mak eden. Lepas tu ke kampung belah ayah eden plak, kat Jitra. Semua sedara ayah duduk area dekat-dekat sana. 

Sambil beraya tu, tak lupa singgah Masjid Gurindam melawat kubur To' Timah, mak kepada ayah eden. Baru je meninggal bulan Januari lepas. Rindu eden kat arwah tok eden tu. Kat situ jugak kubur ayah kepada ayah eden, tokwan Omar yang meninggal beberapa tahun lepas. Semoga semuanya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

sebahagian kaum kerabat keluarga Ramli, Bukit Choras

Lepas dah beraya sampai ke malam, hampir tak berapa nak ingat dunia sampai 8 rumah hari pertama raya ni, kami patah balik ke Bukit Choras dan tidur kat sana. Rasanya lepas hampar ke tilam, semua kaum kerabat terus tidur sampai ke esoknya. Yelah, penat kot travel dan beraya. Tapi seronok. Yang pasti, masih ada lagi yang bagi duit raya kat eden ni. Terima kasih. Bolehlah eden guna nanti untuk masuk belajar semester depan.

sebahagian gambar raya hari pertama


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home