Tuesday, July 10, 2012

[UiTM] Teater Dendam - Drama


Assalamualaikum


"Teater Dendam mengisahkan rungkaian kisah pembunuhan bermotifkan dendam seorang lelaki bernama Rafiq. Penceritaannya bermula apabila perkenalan Rafiq dengan Erika seorang gadis ayu, bijak dan digilai ramai yang telah membawa mereka ke alam percintaan dan seterusnya membawa Rafiq ‘bertemu’ dengan Elena. Kes bunuh sudah dirungkai, namun siapa menyimpan dendam masih menjadi tanda tanya."


Teater Dendam. Sebenarnya semua ni pasal aku gatal tangan nak join ambil kokurikulum Drama. Rupa-rupanya drama tu belajar pasal teater sebenarnya. Aku tak kisah sebab aku suka je. Cuma untuk ini, terpaksa korbankan masa untuk berlatih sebab kami kena perform akhir semester.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Kami pilih 15 Jun 2012, 8.30 malam untuk tarikh persembahan. Malam tu ada 2 teater, satu Delivery Untuk Ana dan satu lagi Dendam. Aku terlibat untuk teater Dendam. Dah lama tak berlakon depan orang ramai. Last masa zaman sekolah. ('-____-)


Watak aku jadi Pengkid nama Jay. Dia suka dengan watak utama perempuan, nama Erika. Agak susah sebab dahlah bertudung kena bawak watak perempuan suka perempuan. Dah kenapa? Takpelah kita ikut tuntutan watak. Wah, gitu.

Yang tak boleh blah, pengkid pun still kena mekap. Redha dan terima muka dimekapkan. Terima kasih pada yang datang sokong kami. Penuh jugaklah Dewan Recital sampaikan ramai terpaksa berdiri. Nampak tak impak kami? Okay, perasan.

Maafkan salah silap kalau anda tak dengar suara aku yang duduk belakang. Maafkan aku kalau korang tak nampak aku dari belakang sebab cik Mus, jurulatih kami kata aku lari dari lampu. Err, mungkin sebab silau ya amat so aku tak perasan. Maaf sangat-sangat.


Terima kasih pada yang promote. Terima kasih pada pengarah Dendam, Anas. Pelakon-pelakon Dendam sebab tak sia-sia kita practice sampai awal pagi dan ramai yang suka cerita kita. Pada yang tegur aku kata aku berlakon menjadi, err rasanya tak sebab suara aku tak sesuai kan jadi pengkid? Tapi tetap terima kasih sebab sudi datang. Lain kali, datanglah lagi.

Pada yang datang harap korang faham jalan cerita ni. Siapa Rafiq? Erika? Elena? Siapa sebenarnya Zee, Jay, Doktor Farid, Kak Ram, Orang Gaji, Haikal dan Qila? Kalau tak faham, jangan segan silu, tinggalkan komen. Err, macam yang datang tu baca blog aku kan? Lantaklah. Selamat berkomentar. 

No comments:

Post a Comment