Saturday, June 16, 2012

[Event] Jomheboh Putrajaya 2012


Assalamualaikum

Every year, aku mesti jenguk Hari Belia kat Putrajaya. Tapi tahun ni, aku takdapat nak jenguk macam biasa sebab masa tu aku terlibat jadi crew untuk Jomheboh Putrajaya. Memang sangat tak sempat nak kemana-mana pun. Sedih kan? But it's okay.


Untuk Hari Belia, aku selalunya akan ke Lorong Seni. Memang wajib singgah. Aku sempat melawat sana kejap je. Jumpa kejap dengan Kak Faz yang sangat penat. Dah lama tak jumpa dia. Sembang kejap-kejap. Sempatlah aku tengok dua short film. Takdapat nak habiskan sebab kena balik that time tapi memang enjoy tengok tapi rasa tak best sebab takdapat habiskan. Terima sajalah.



Sebabkan masa tu UiTM akan cuti seminggu, aku ambil peluang ajak kawan-kawan kelas untuk join sekali. Aku ajak Dee, Jem dengan Syaznim. Kalau event MyTV3 mesti aku ajak diorang. Selalunya aku menyibuk, tapi kali ni aku involve. Tapi memang best walaupun penat.


Aku ditugaskan untuk jaga booth Bananana iaitu booth khas tuk kanak-kanak. Ada BoboiBoy okay. Maskot dia jelah. Aku kurang tangkap gamba sebab takde kamera kat tangan. Tu pun hari last, aku pinjam handphone kakak aku, if not memang takdapat langsunglah aku snap gamba.

Setiap booth ada artis yang terlibat. Untuk booth Bananana ni, yang terlibat Talha Harith, Mimie Harris, Illa Damia, Danny X-Factor, Amran Ismail, dan E-One. Ada yang ada untuk sehari, ada yang ada untuk dua hari sekaligus.

Talha Harith

Memang best jaga diorang ni, tak sangka Talha Harith ni sangat sengal gila-gila. Tapi memang aku suka dia berlakon dari awal. Teruslah support dia okay. Pada yang tak kenal dia, bolehlah layan Tanah Kubur kat Asro Oasis. Dia jadi penggali kubur. Eh marah dia aku cakap camtu. Kira dalam tu, dia jadi pembantu Nassier Bilal Khan. Layan tau.

Deen HotFM dengan Ash

Aku sempat larikan diri kejap ke booth HotFM nak jumpa si DJ ni. Err. Agak lama tak jumpa dengan dia sebenarnya. Nak sembang sangat tak sempat. Lepas say Hi, terus lari balik ke booth Bananana aku tu. Takboleh nak tinggal sangat.

Shana Razman

Shana Razman. Dia banyak terlibat kat Putrajaya time ni. Tak kiralah untuk promote filem Hoore! Hoore! yang mana dia berlakon jadi Lana, boleh tahan kelakar jugaklah watak dia or perform untuk Iqa Mentor. Iqa sekarang ada band The Thundergirls. Goodluck untuk girl band tu tau. I'll support you guys. 


Paling best, mestilah jumpa budak kecik comel ni. Eyka Farhana. Susah nak jumpa budak SPM ni. Dia sangat comel dan baik. Aku harap dia tak dipermainkan dan tertipu dengan senang. Aku agak risau sebab dia muda lagi. Jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat tau dik. I'll support you adik. Awak berlakon sangat real. Goodluck tau adik. 

No comments:

Post a Comment