Monday, June 18, 2012

[UiTM] Majlis Anugerah Dekan Masscom 2012


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Tu yang pertama aku sebut. Semester pertama di UiTM Shah Alam ni. Aku sangat berterima kasih pada yang tak putus-putus paksa aku belajar. Mereka orang yang aku sayang. Aku takkan pernah lupa nasihat mereka. Harap semester-semester akan datang aku masih mampu.



Majlis yang bertemakan "Men In Black, Women In Red". Dekan Masscom sendiri yang rasmi, Prof Adnan. Yang handle pulak, lecturer Graphic aku sem ni, Miss Nana. Ramai sangat yang pakai lawa-lawa. Aku hanya mampu pakai baju kurung warna merah aku tu. Peduli apa aku. Aku kan orang yang simple. Kan Kan?

sebelah kiri tu Miss Nana, lecturer Graphic kami

Budak kelas CMP yang berjaya dapat, 4 orang termasuk aku. Yang budak laki sorang tu kami baru tahu lepas dia sibuk call tanya pergi ke tak. Sangatlah mengada tak mengaku dia dapat. Takpelah ko dimaafkan ye Cheng.

our name

senior CMP

Kami duduk semeja dengan senior part 4. Antara mereka tiga ni, paling aku kenal, yang sebelah kanan. Nama dia Ayu. Sebab kenal, pernah main Futsal sama-sama. Dia cantik kan? Ramai adore dia.

sebelah kanan tu Madam Elena, advicer kami

Yang pasti, makanan malam tu sedap. Aku yang kelaparan sangat time tu, memang sangat berterima kasih. Berterima kasih sebab jimat duit untuk makan malam. Terbaik.

kami dan budak Instructional


kami dengan budak Interpersonal

Masa majlis ambil sijil tu, kami diselitkan dengan persembahan-persembahan budak Masscom sendiri. Mereka sangat berbakat dan suara mereka memang sedap.

Aku, Jem, Cheng dan Dee

After selesai majlis makan malam dan persembahan semua. Macam biasa, budak-budak Masscom ni gila gambar. Errr. Aku ni budak apa? ('-____-) Aku sebenarnya takde mood untuk bergambar sangat that day. Majlis ni pun sebenarnya aku taknak datang tapi ramai sangat marah if aku tak datang.

Terus aku paksa diri tukar takde mood ke mood happy. Berjayalah tukar walau tak seratus peratus sebab sebenarnya aku banyak pikir benda-benda lain. Entahlah. Tapi berjaya juga aku pergi. Semua tak jadi marah aku kan? Apa-apa pun, aku sayang sangat-sangat orang yang sayangkan aku. Thanks for everything.


Lastly, kami bergambar dengan budak-budak Public Relations. Batch kami, mereka paling ramai. Tahniah korang. Terus teringat Fara Fauzana. Eh.

1 comment: