Tuesday, April 17, 2012

[Jalan-Jalan] Pulau Aman, Pulau Pinang


Assalamualaikum

Maafkan saya (Nada seakan-akan Zizan Razak). Almaklumlah dah lama tidak bercerita di blog bersawang ni dan hanya post pasal lirik lagu je. Alangkah pemalasnya aku di Sem 2 ni dan mungkin sebenarnya tidak berkesempatan nak update dan mungkin juga disebabkan line internet aku kat Shah Alam ni sangatlah lambat dan lembab. Back to the topic now.



Selamat datang ke Pulau Aman yang kusangkakan aman dan memang aman damai je pulau ni. Jangan tuan-tuan dan puan-puan risau. Cara untuk ke pulau ni hanya menggunakan bot. Anda takkan nampak kereta dan motosikal ye yang nampak cuma basikal sebagai pengangkutan utama kat pulau ni selain bot. Maklumlah perkampungan nelayan yang kini dah jadi pusat perlancongan.


Jeti untuk ke Pulau Aman namanya Jeti Batu Musang. Jalan nak ke sana kitorang lalu Stadium Batu Kawan. Kitorang jugak lalu kat kawasan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pastikan nama Jambatan tu nanti sedap didengar. Nak letak Jambatan Atenzone pun boleh. Eh takde kena mengena plak. Maafkan saya.


Oleh sebab hanya satu-satunya cara nak ke Pulau Aman hanyalah menggunakan bot, oleh itu for sure kita kena beli tiket untuk naik bot. Perjalanan hanya mengambil masa rasanya dalam 10 minit sahaja nak ke sana. Tiket untuk seorang hanyalah RM6 bagi perjalanan pergi dan balik. Kalau feeling-feeling nak duduk sana bolehlah beli sehala. Oh ya, kat sana pun sebenarnya ada chalet bagi sesiapa yang terasa nak stay. No problem.

Antara yang aktiviti yang boleh anda-anda semua buat kat sini mestilah mandi pantai. Ramai je mandi tapi kami tak mandi pun sebab cuaca waktu tu sangat-sangatlah buat kitorang membakar diri sendiri. Hanya sempat melepak je. Selain tu ada jugak orang berkhemah dan tapak perkhemahan disediakan berdekatan dengan Telaga Emas. Selain tu boleh cari siput. Boleh juga memancing dan tentunya boleh sewa basikal dan jalan-jalan sekitar Pulau Aman. 


Pada yang kelaparan, jangan risau. Ada banyak je kedai makan kat sana. Kedai runcit pun ada. Pada yang teringin nak merasa ikan bakar pun ada. Jangan risau cuma yang perlu risau pasal duit je. Oh ya, ada juga masjid untuk korang berjemaah. Ada juga klinik kesihatan kalau korang sakit. Kat sini sekolah kebangsaan pun ada. Macam-macamlah ada. Maklumlah Pulau Aman ni perkampungan nelayan. Kecil tapi hebat. Sini juga kadangkala jadi lokasi pengambaran. Terbaru hari tu telemovie Feri Terakhir lakonan Eira Syazira dan Azad Jasmin.


Macam biasa akan ada gambar perasan si Atenzone. Gila kamera betul budak tu kan? Puas melepak dekat Pulau Aman, kami sekeluarga kena naik bot dengan kadar segera sebab masa tu cuaca tiba-tiba bertukar. Kilat dan guruh tiba-tiba. Dahlah kat seberang, nak naik bot lagi memang bahayalah. Sampai je kat Jeti Batu Musang balik, singgah makan kat kedai koperasi. Makan Ais kacang. Taknak tinggi lagilah dia buat ais kacang tu. Tapi sedap tak rugi. Kat situ jugak ada orang jual cenderahati. Rantai, gelang and so on. Ayah beli fridge magnet je sebab lain dari lain sikit sebab berbentuk binatang. Tak salah dijual 3 keping RM10. Beli jangan tak beli untuk kenangan yea. 


No comments:

Post a Comment