Thursday, April 19, 2012

[Jalan-Jalan] Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011


Assalamualaikum

Genting. Genting Highland.  Tahun 2012 baru berkesempatan menjejakkan diri dan kaki ke sana semata-mata untuk ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Anugerah yang rasanya antara anugerah yang menggabungkan penyanyi, pelakon, dan pengacara. Selalunya akan ada specifik anugerah untuk penyanyi sahaja mahupun pelakon sahaja.

Terima kasih untuk orang yang sediakan breakfast sebelum bertolak, orang yang kasi tiket, orang yang menumpangkan kereta dan orang yang bertungkus-lumus untuk bilik. Terima kasih kakak-kakak dan abang Fun Corner. Semuanya demi sokongan berterusan kepada Mama kami siapa lagi cik Fara Fauzana lah.

Sebelum bertolak ke Genting, breakfast dulu di rumah Kak Dayah.

Kami ke sana konvoi tiga biji kereta. Alhamdulillah cuaca agak baik ketika naik puncak. Kereta pun tak banyak masa naik cuma bila dah naik tu, pening jugaklah tengok kereta dan orang. Alah sedikit dengan orang ramai tapi aku masih mampu berada di sana. Sangat ohsem juga walaupun waktu yang sama aku demam, batuk dan selsema. Boleh bayangkan macam mana.

muka-muka excited dah sampai puncak

Sebelum majlis start dan sebelum kami mula beratur, kami lepak sebentar kat bilik. Adalah yang sempat tidur. Aku nak tidur memang takdapat walaupun dah makan ubat. Ubat siap tulis Awas! Ubat ini mengantuk. Elakkan diri membawa kenderaan, Blablabla. Tapi takde effect langsung pun kat aku. Why why?

Lebih kurang pukul 4 petang, kami dah start beratur. Fun Corner waktu tu bergabung kejap dengan TZRFC. Macam-macam gelagat boleh tengok. Seronok sangat. Rupanya ada cara senang nak masuk awal tanpa berebut guna Fan Club dan khabarkan kat mereka anda dari Fan Club mana. Baiklah next year kami dah tahu. Tapi masih pergi ke next year? Itu kita tak tahu yea.

sebahagian dari Fun Corner dalam Arena

Kami masuk dengan cara berhemah dan berjaya dapat port baik punya untuk layan ABP ni. Excited semua menanti acara start. Selalunya paling meriah untuk award show semestinya acara red carpet. Time nilah nak tengok selebriti mana yang pakai lawa, yang seksi, yang smart, yang stylo, yang hensem. Aku tak terkecuali tapi kejap je sebab tak seronok kali ni aku tak bawak kamera. This is not cool man. 


Masa aku ulang keluar masuk dalam arena. Ternampak geng peminat Faizal Tahir. Tercari-cari kakak hot Dyana Samsuddin. Orang yang comel kat gambar atas ni. Dia antara yang selalu ngokngek jugalah. Tak larat nak layan kadang-kadang. Akhirnya ada jugak gambar kita dua kan? Ohsem.

Tahniah untuk Fara Fauzana. Masih lagi dapat memegang trofi Pengacara Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular untuk tahun ni. Kami agak takut jika terlepas ke tangan orang lain sebab kebanyakan pemegang trofi adalah muka-muka baru walaupun dapat agak. Tapi alhamdulillah, kami bersyukur dia masih menang dan jangan risau, sokongan untuk awak akan berterusan, InsyaAllah.


Selepas award tamat, hajat di hati nak bergambar dengan Mama kami tapi sebenarnya dia terpaksa balik awal sebab sedikit penat. Takpelah takde rezeki tahun ni nak jumpa mama depan-depan. Oh ya, award yang aku pegang kat atas tu milik Artis Baru Wanita Popular, Tasha Shilla. Thanks akak Tasha pinjamkan award anda untuk Adik. Dia yang panggil adik okay. Tak tipu langsung. 


After that, kami buat dating dengan minah ni. Seorang pelakon yang sangat sengal kalau lepak dengan dia. Penat jugak cari hotel dekat Genting ni. Almaklumlah semua hotel dekat-dekat sampai keliru jugaklah yang mana satu tempat sebenar. Tapi dapat jumpa jugak dia. Agak lama tak jumpa. Last jumpa waktu buka puasa dengan dia tahun lepas. Boleh bayangkan tak berapa lama tak jumpa? Dia masih dia. Sangat ngokngek. Thanks cik Ramona Zamzam.

simple but nice dia punya baju for red carpet

Memang banyak pengalaman suka dan duka untuk aku. Terima kasih untuk semua yang bagi kenangan untuk aku time ni. Kawan-kawan Fun Corner semestinya. Anda semua best. Tahun depan ada jodoh, ada rezeki adalah kita kat sana lagi kan? Memang bestlah walaupun badan tak sihat. Lepas balik dari Genting ni, memang terbarai aku kat tilam rumah sewa ni. Sangatlah penat dan bertambah-tambah virus tapi alhamdulillah, sekarang dah sihat sepenuhnya. Ohsem.

Kami juga bukan je keluar kat tv tapi kat paper. Okay kami segan sekarang.

p/s : Gamba dari kak dayah, mama, adeqbun dan abang Jumaat. Thanks.

No comments:

Post a Comment