Monday, February 6, 2012

[Kenangan] Happy 6th Anniversary


Assalamualaikum

6 Februari 2012, ulangtahun keenam batch kedua Sekolah Menengah Teknik Sepang. Sekolah yang benar-benar telah mengajar aku banyak tentang kehidupan. Tak mungkin aku lupa. Kata mereka, aku ni mudah cari kawan. Aku boleh berkawan dengan senior, aku boleh berkawan dengan teman sebaya, aku juga boleh berkawan dengan junior. Aku bukanlah jenis berpuak-puak sedari awal. Aku senang begitu.

Paling dirindui, tentunya tentang sukan. Berilah sukan apa pun waktu itu, semua aku nak mencuba. Bola baling, permainan yang sejak zaman sekolah rendah lagi. Hoki, permainan yang suka tengok dan berjaya terpilih sebagai wakil sekolah. Sangat-sangat rindu untuk bertanding. Banyak kenangan sangat dua sukan tu.

baju hijau tu bersungguh-sungguh main dan boleh nampak keadaan baju dia

Teringat waktu Form 5, terpilih jadi biro sukan untuk perempuan. Sangat susah sebenarnya. Setiap ahad pagi, kami dikehendaki mengumpulkan satu asrama perempuan untuk senamrobik seawal jam 8 pagi, semua mesti dah turun. Suara comel aku akan berkumandang menjerit suruh turun. Mesti ramai rindu suara aku? Ok, sedang perasan. Paling diingat, berjaya mengatur step-step untuk senamrobik Hari Puteri dengan jayanya dan mereka enjoy. Cuma sound system masa tu yang sangat tidak bekerjasama.

biro sukan paling happening diketuai si senget yang duduk tu

Sempena tahun keenam kita kenal satu sama lain ni, aku harap kita takkan pernah lupa asal usul kita. Dengar cerita ada yang dah kawen, ada yang tengah tunggu anak pertama, ada yang dah bertunang, ramai yang bercinta dan ramai sebenarnya yang masih single. Eh. Aku sangat rindu dengan kenangan itu. Happy 6th Anniversary second batch Septech! 

No comments:

Post a Comment