Friday, January 13, 2012

[Jalan-Jalan] Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Part 2


Assalamualaikum


Kasut tidak dibenarkan bawa ke dalam kolam. Memanglah tak, kalau bawa masuk dalam tu, sah-sah lah hilang entah ke mana sebab dihanyutkan air tu. Jangan risau, tak hilanglah kasut awak semua tu. Tempat air panas ni tak digalakkan untuk pengunjung yang punya penyakit kronik. Bahaya bagi mereka, so sila elakkan tau. Kalau nak merasa jugak, boleh ke Kolam Air Gunung yang kat bawah ni. Macam kita mandi air sungai je. Seronok.



Kalau bagi mereka yang taknak mandi, jangan risau ada benda lain boleh awak semua buat. Rendamkan kaki di tempat air panas. Ada juga refleksologi untuk kaki anda. Semua ada. Tapi rasanya yang paling menarik dan ramai orang tentunya di tempat merebus telur. Sedap tau telur yang direbus kat sini. Tambah-tambah kalau cicah dengan kicap. Marvelous.




Oh ya, pada yang kelaparan, jangan risau ye sebabnya di sini ada jual macam-macam untuk ditelan. Pilihlah nak makan apa, aiskrim ada, cendol ada, takpun nak yang berat bolehlah ke food court untuk makan. Yang penting silalah bawak duit, kalau takde duit macam mana awak nak bayar? Tak gitu?


Selepas enjoykan diri dengan merehatkan badan di tempat air panas tu, bolehlah kami berkemas untuk balik rumah. Sangat seronok sebab dah lama sangat tak enjoy satu keluarga macam ni. Selalunya mesti ada yang tak cukup. Ada yang tengah belajar, ada yang tengah kerja tapi masa ni semua ada. Alhamdulillah. Moga lepas ni ada perancangan seterusnya bersama-sama.



p/s : maaf gamba sekeluarga tak ada. gamba-gamba ni sebenarnya untuk assignment Photo Essay. silalah ke Sg. Klah ni sebab awak semua takkan rugi.

No comments:

Post a Comment