Friday, January 13, 2012

[Jalan-Jalan] Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Part 1


Assalamualaikum

Seawal jam 9 pagi, kami sekeluarga menggerakkan dua biji kereta Vios dan Suria kerana bilangan ahli keluarga yang semakin membesar dan tidak dapat cukup jika bergerak dengan sebiji kereta. Vios dipacu abang manakala Suria dipacu ayah. 



Sampai di lokasi, terkejut sebentar dengan jumlah kenderaan. Nampaknya memang ramai orang yang punya keinginan yang sama dengan kami sekeluarga. Kami hanya parking di luar sebab kat dalam orang dah ramai parking. Bersyukur walaupun parking di luar, pihak pengurusan sediakan trem untuk mengambil dan menghantar orang-orang di luar ni.




Pertama sekali, beli tiket untuk masuk. Setiap pengunjung perlu memakai tag di tangan. Dewasa Rm12 manakala kanak-kanak Rm6. Sampai di pintu masuk, apa yang penting tengok map dulu. Rasanya sesiapa yang datang sini jarang sekali untuk sesat sebab map ada di merata tempat. Yang penting, sila baca dan faham je.



Terdapat dua tempat utama untuk menukar persalinan. Satu berdekatan dengan kolam air gunung. Satu lagi berdekatan dengan jakuzi persendirian. Kolam air gunung tu selalunya dipenuhi kanak-kanak dengan pelampung kiri kanan sebab nama pun air gunung sahlah airnya tu sejuk. Sesuailah dengan mereka. Sejujurnya sila pakai selipar je datang sini. Takpayah mengada nak pakai Nike ke, Adidas ke, Supra ke. Hilang kasut tu, menangis setahun. Maklumlah jumlah pengunjung bukan seorang dua, beratus-ratus orang.



No comments:

Post a Comment