Thursday, January 12, 2012

[Aku] Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2012. Setelah 12 hari berlalu, baru sempat untuk menulis di sini. Banyak kenangan yang dilalui tahun lepas. Ada yang pahit dan ada juga yang manis. Masih tersimpan rapi dalam ingatan. Bersyukur 2011 merapatkan diri dengan kawan-kawan yang lebih memahami. Tidak lagi yang pandai mencari salah dan hanya mencari tika susah dan dilupakan tika senang. So, let's buka buku yang baru dan simpan buku yang lama. Yang manis dikenang, yang pahit dilupakan.

Selalunya, makin lama kita kenal dengan seseorang tu, makin mudah kita tahu perangai dia. Cuma yang membezakan antara kita nak menerima ataupun menolak. Pada yang ada sifat negatif dalam diri tu, silalah bawak berubah. Tak rugi untuk terima teguran dari kita tak ditegur langsung. Mana satu pilihan awak? 

Sebelum itu, sila doakan kejayaan kami pelajar-pelajar yang masih berjuang untuk final exam. Aku hanya tinggal 3 paper lagi termasuk paper re-sit yang dipaksa ambil semula. Kami REDHA. Oh ya, selepas 15 Januari ni, bolehlah ajak aku untuk ENJOY seketika dan mungkin ada yang lebih baik hati nak tawarkan kerja sambilan? Itu lebih digalakkan. Okay?



Salam Tahun Baru

No comments:

Post a Comment