Sunday, February 20, 2011

[Kenali] Siapa Mat Luthfi?


Assalamualaikum


Mai rapat-rapat, mai baca entry baru ni. Sorang lagi bintang youtube yang juga duduk kat oversea belajar. Bezanya dia ni belajar di Perth, Australia di Curtin University. Tapi dia ni sama dengan en Anwar Hadi tu sebab dia pun asalnya dari negeri Jelapang Padi, Kedah. Kedahnya plak tang Sungai Petani tu.

Tapi mamat ni lebih dulu popular dari en Anwar Hadi ni. Dah lebih 2 tahun dia buat video-video ni. Cuma takdelah sekerap Anwar Hadi tu. Mesti ada antara korang semua dah tengok kan yang video dia dedicate khas tuk ibu tersayang dia tu. Siap dia kena katok dengan hanger suruh bangun dari tidur. Tu part paling best kot. Nah layan this video pada yang tak pernah tengok. Aku gerenti mesti korang akan ketawa dengan aksi dia.

Selamat Hari Ibu 2010



video first yang mengenalkan aku dengan lawak mamat dari kedah ni. (teringat mak aku)


nama pun sampah




video yang sangat sengal. siap cakap pasal cleaner makan gaji butalah kalau kita tak buang sampah merata (ni bukan sebab dia sokong buang sampah ye)


typical local film/drama scenes



video ni paling tak boleh blah sebab apa yang dia cakap memang berlaku. sikit-sikit cerita pasal korporat dengan adegan yang sama perlu ada dalam drama kita. so producer out there, please think deeply about this issues. 

Amacam video-video dia? Boleh tak buat korang ketawa terbahak-bahak or senyum simpul lepas tengok? Dia ni pun tak hilang langsung slang Kedah dia even dah merantau jauh. Pada yang nak tengok lagi bolehlah ke youtube channel dia dan jadi subscriber dia. Tak rugi wooo. Sebabnya korang boleh hilang stress asignment kejap tengok lawak berinfo dia. 

Fanpage

Channel Youtube

p/s : orang Kedah la ni hebat no sekarang dok buat video-video berinfo lagu ni. Pastu tak pernah nak lupa diri. Bangga plak cek jadi orang Kedah. :)

Friday, February 11, 2011

[Kenali] Siapakah Anwar Hadi?

Assalamualaikum

Kebelakangan ni kita boleh lihat yang channel youtube banyak melahirkan bintang-bintang yang menarik, best, kelakar dan sebagainya. Ramai pulak orang Malaysia yang mula popular melalui channel youtube ni. Ada yang menyanyi, miming dan kini adalah vlog. Orang seterusnya yang bakal popular tak lain dan tak bukan, Noor Anwar Hadi.


Mamat yang menggelarkan diri dia sebagai Anwar Hadi ini merupakan pelajar jurusan TESL dan baru je menerbangkan diri ke Sdyney, Australia untuk sambung belajar di sana. Mamat ini juga adalah merupakan anak jati negeri Jelapang Padi, iaitu negeri Kedah.

Kebanyakan video-video dia berkenaan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita dan diolah dengan sangat baik oleh dia. Editing video dia pun boleh tahan, dan tak adalah carca merba, semuanya macam smooth gitu. Memang syiok layan semua video-video dia.

1#- Iklan Youtube



video khas untuk dia expresikan sebab dan kenapa dia start nak buat video-video

Next, korang boleh layan video-video yang memang kena dengan apa yang berlaku di sekeliling kita semua. Ada antara video dia dah pun mencecah ke ratusan ribu viewers cuma dalam beberapa hari saja. Dia dah cipta fenomena baru dunia youtube sekarang. Sampaikan, cik Lisa Surihani kita pun penah tweet pasal dia.



#2- Beruang Duit



apa yang dia cakap pasal cara kita belanjakan duit ni sangat betul dan buat diri ni terasa seketika. sama-samalah kita berfikir yea kawan-kawan


#6- Ewww



bahasa rempit yang sangat popular di kalangan budak-budak muda. menyampah dan euwwww.


Pendapat aku pasal Anwar Hadi?

Dia seorang yang sangat kreatif. Apa yang dia vlog kan memang kena dengan orang-orang kita. English dia tak payah cakaplah sebab memang marvelous, maklumlah student TESL. Dah tu plak aku suka tengok dia guna fully slang Kedah. Mana lagi nak pi cari orang lagu tu? Cakap bahasa ibunda tanpa segan silu. Budak-budak lain plak, jangan nak mengaku negeri, cakap nak slang KL je.

We wait for your next video to be uploaded live from Sydney. Selamat Maju dan Jaya.

Channel Youtube

Facebook Fanpage

Twitter