Friday, November 4, 2011

[Sukan] Jog di Tasik Shah Alam


Assalamualaikum

Bila sampai kat sini, semangat plak aku nak jalan, jog, main itulah, main inilah. Semangat bersukan dah kembali. Itu sangat menyeronokkan untuk buat apa yang kita suka buat dulu-dulu. So, bila cik Fara Fauzana ni mengajak di twitter untuk jog sama-sama, apa lagi "Get Set and Go". Sangat bersemangat cuma spoilnya aku pakai jeans sama selipar. Tapi best okay. (0_o)


Aku antara yang terawal sampai kat Tasik Shah Alam ni. Sempatlah aku dah pusing satu taman barulah nampak kelibat wanita bercermin mata dan bertopi pakai sweater warna pink. Senang je nak cam dia. Almaklumlah peminat dia sejak dulu. For sure dia pakai pape pun boleh cam punya lah. Nada berlagak pulak kat situ. Maafkanlah teman yea. 

dia sangat natural bila senyum. aku suka.


Lepas kitorang dah pusing sekali lagi satu tasik, baru nampak geng Fun Corner yang lain. Kali ni tak ramai pun. Ada big bro Jumaat, Adeqbun, Kak Arie dan Kak Eza yang dah siap sedia tunggu kat garisan penamat. Seronok tau jog dengan kak Fara, rugilah pada sesiapa yang terlepas. Dia dah ajak kat twitter tapi korang taknak join, so melepaslah saat-saat gembira tu. Hikhik.

adegan melompat si katak lompat kami \(0_o)/

Terima kasih kat Kak Fara sebab ajak aku join benda-benda sihat cam berjogging ni. Lama dah takde orang ajak aku macam ni. I rindu okay. Oh ya, congrate untuk Kak Fara dan Buddynya yang berjaya kalahkan AG dan FBI dalam Nike Run tu. Tak sia-sia dia jog pagi, petang dan malam. Tahniah again kak. We proud of you again and again and for sure we love you always.


Update : video from FF



3 comments:

  1. hai,kalo kak aten ni takde kena mengena dgn artis mmg tak sah la kan?
    (still remember me?fasha here)

    ReplyDelete
  2. hehe. ingatlah dik.
    sebenarnya bermula dengan dia baru dengan yang lain. dialah yang pertama dan paling disayangi. :D

    ReplyDelete
  3. terharu nye sbb akk msh ingt kat kte.haha
    oo,fafau paling di sygi rupenye. hehe. :)

    ReplyDelete