Tuesday, November 29, 2011

[Aku] Konvokesyen UTeM ke-7


Assalamualaikum


Seperti yang dijanjikan, cerita kali ni tentang cerita konvokesyen pertama aku. Waktu tadika tidak dikira yang pertama sebab aku pun tak pandai apa-apa lagi time tu. Masih lagi seorang budak mentah yang pandai cakap tapi tak berfikir dahulu. Eh melalut cerita pasal tadika. Maaflah tersasar jauh dari tajuk.

Okay, back to tajuk, tahniah untuk diri sendiri sebab menjaya mendapat segulung Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka 23 Oktober yang lalu. Rupanya dah lama majlis tu berlalu. Baru ada kesempatan nak menulis ni.


Comel tak aku di tengah-tengah mak dan ayah aku? Sesi masuk bakul angkat sendiri jadi macam nilah. Sejujurnya, time ni aku takde rasa langsung nak majlis konvo walhal kawan-kawan sediploma aku dulu dok pum pang pum pang sembang pasal bajulah, pasal gamba studio lah apa lah. Aku hanya jadi pemerhati bebas je. Baju untuk aku konvo ni pun baju lama. Zaman-zaman aku sekolah menengah. Bayangkan? Nampak sangat saiz aku tak pernah berubah.


Sebab ramai sangat yang nak aku pakai ayulah apalah. Aku pun pilih baju kebaya di atas tu. Walaupun baju tu dah berzaman, dia tetap nampak cantik. Tengoklah pada orang yang memakainya. O_o. Oh ya, gamba aku kat Kota Santiago tu pun kakak aku yang ajak pergi. Teruknya rasa diri ini yang takde rasa langsung nak konvo. Boleh dikatakan ramai yang marah aku. Kata aku ni teruklah, susah payah belajarlah, macam-macam lagi. Entahlah. ('-_-)

Ayah dan Mak kesayangan 

Sesi pelajar Diploma semuanya pada hari Ahad. Sesi pagi okay. Seawal jam 6 pagi dah kena bangun. Mata dah rabak sangat sebab Sabtu tulah kami terjah Dataran Pahlawan cari selendang untuk baju kebaya. Nampak tak? Nampak sangat tak bersemangat. Last minute baru nak cari. Nasib baiklah ada, syukur. Then, time tulah kami buat sesi photoshoot sebentar kat Kota Santiago tu. Terima kasih kat kakak-kakak aku yang menemani adik bongsu mereka tangkap gamba.


Alhamdulillah, syukur selesai jugak. Yang paling aku takut sekali, takut tersadung atas pentas. Nasiblah semuanya smooth je. Sidang kami keluar dewan dalam jam 12 tengah hari. Panasnya hanya tuhan saja yang tahu. Hanya sempat bergamba dengan beberapa orang je. Ada yang langsung tak sempat jumpa. Senior degree tak payah ceritalah sebab yang rapat semuanya sidang hari Sabtu. Nak menangis je rasa di hati. Memang tahun bila lagi dapat jumpa tu tak tahulah. Entah-entah langsung dah hilang khabar.


Oh sempatlah jumpa senior lelaki ni. Dia agak rapatlah dengan aku. Selalu tolong aku yang selalu dalam kesusahan. Dulunya dia MPP UTeM, sahlah kena bantu student ye tak? Thanks Abang Fitri atas segala bantuan. Entah bila agaknya dapat jumpa lagi. Then bergamba dengan kawan sekelas lelaki yang agak rapat masa awal-awal dulu. Sekarang ni dah biasa-biasa je. Then dengan kawan sebilik dan serumah masa tahun 3. Sekarang dia dah keje. Tak tahulah nanti dia sambung belajar ke tak. Katanya nak sambung UiTM. Hopefully dapatlah jumpa lagi tau Iera.


Pada yang lain, maaflah if tak sempat jumpa korang, aku rushing kena balik awal. Ada rezeki, ada jodoh, insyaAllah dapatlah kita ketemu lagi. Thanks kakak untuk bunga yang dibawa khas dari Petaling Street. Paling suka bunga tu sebab ada Chipmunk je. Ucapan tahniah untuk diri sendiri. Sekarang ni concentrate untuk genggam Ijazah UiTM pulak. InsyaAllah.



1 comment:

  1. akak,susah tak study dip. teknologi mklumt & komunikasi ni?

    ReplyDelete