Wednesday, September 28, 2011

[Raya] Cerita Raya Pertama

Assalamualaikum

Hey korang! Baru sekarang terasa nak update. Layankan jelah apa yang nak dicerita ni yea. Ada beberapa part yang pastinya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pastinya lokasi beraya kami mestilah di Kedah. Tahun ini di kampung sebelah ayah di Jitra, Kedah. Agak suram tahun ni sebab nenek sakit dan dia terlantar kat atas katil je. Sedih je tengok keadaan dia. Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah, kali ini kami balik kampung naik dua kereta sebabnya dah tak muat. Dah besar rupanya kami adik-beradik ni. Cepatnya masa berlalu.


Kereta kat depan tu, ayah yang drive. Dalam kereta tu, ayah, mak dan abang yang sakit. Kereta sebuah lagi, kami berempat. Tukang drive semestinya abang aku sebab kereta dia. Kami yang lain ni jadi madam besarlah. Seronok sebab takpayah nak drive. Untunglah bak kata orang lain. Kami sampai kampung petang raya. Hujan lebat sepanjang perjalanan kot. Paksa abang berhati-hati sebab kalau tergelincir sikit, habis masuk sawah or longkang besar jawabnya.

anak kucing comel yang dijumpai kat kampung

Maaflah gamba raya pertama kat rumah sebelah ayah terlupa nak snap sebab khusyuk pergi beraya kat jiran-jiran nenek. Almaklumlah pagi-pagi raya kitorang ni memang kelaparan walaupun masa tu kat rumah buat laksa kot tapi pegi beraya dan beramah mesra itu lebih penting. Bila lagi nak kenal rapat kalau bukan hari raya?
Next destination adalah kat rumah nenek sedara kat mana tah. Tiba-tiba terlupa nama tempat. Padahal bukan raya pun mesti singgah. Mungkin blur di pagi hari macam nilah. Untungnya raya pertama tu diorang buat kenduri. Ada nasi tomato, kari daging, kari kambing dan ayam masak merah. Semua tu katering okay. Kat kampung pun sekarang ni susah dah nak cari yang masak sendiri. Rindunya zaman dulu-dulu bertungkus-lumus sama-sama siapkan menu-menu kenduri.

gamba sewaktu kejadian. siap dipaksa snap gamba famili diorang. 


Kalau hari raya, golongan mana yang paling happy? Mestilah budak-budak sebab time nilah diorang nak pau sehabis banyak duit raya. Tahun ni aku dapat paling sikit dalam sejarah. Hanya yang tertentu je yang masih bagi duit raya sebab diorang tahu pelajar U macam aku ni lagi perlu guna duit yang banyak. Thanks lah pada sesiapa yang bagi tu, wa sayang lu lebih lah.


wajah tuan rumah

Dulu waktu aku kecik, boleh dikatakan sangat rapat dengan family sebelah sini. Sekarang bukanlah nak dikatakan tak rapat cuma kadang-kadang agak janggal bila berbual. Mungkin sebab ada sesetengah tu, bila raya je dapat jumpa. Lepas raya, kirim salam jelah. Kalau jumpa tu bertuah sangat. Tapi takpe, sedang memperbaiki ke arah lebih mengenali mereka dengan rapat kembali. Marilah kita yea.

one of my pakcik sedara. he's cool man :)

1 comment:

  1. eh! aten pakai gelang raya la :p
    pastu style mcm ustazah sgt :p

    ReplyDelete