Thursday, September 29, 2011

[Raya] Cerita Raya Kedua


Assalamualaikum

Raya, raya oh raya. Raya kedua hari tu ada kenduri doa selamat kat kampung ayah. Kat sini masih lagi dengan tradisi bergotong-royong. Tak mainlah order-order ni. Tugas budak muda cam aku ni jadi tukang potong-potong je sebab tak layak lagi nak menandingi tukang masak yang advance macam mak-mak sedara sama sepupu sepapat aku ni. Teruk tak? T_T


Tengah semua orang dok busy masak memasak ni, kitorang semua disajikan dengan show panjat pokok kelapa dari anak sedara aku ni. Rasa macam jarang tengok orang yang boleh panjat pokok kelapa dah. Semua sekarang pakai galah rasanya. Suka hati aku je kan cakap camtu. Mungkin sebab itu rutin dia, so memang cepatlah dia dapat sampai atas tu. Teruja kejap tengok.


Selepas settle semuanya, settle bacaan doa selamat, settle makan-makan semua. Kitorang kemas beg sebab nak gerak ke kampung sebelah mak kat Pendang. Sepanjang perjalanan nak ke sana, jalan semua jem. Sampaikan jalan yang tak pernah jem pun turut sama jem. Contoh macam kat bawah ni, kitorang tengok jelah. Nasib baiklah jalan kitorang smooth je. So, untuk buktinya, kitorang pun snap gamba jalan jem ni. tak pernah kot jem sampai camni.


Actually family sebelah mak ni diorang rancang nak buat makan-makan sikit. Untuk sedara sama jiran-jiran kat sekitar rumah ni. Kat sini tak sempat tolong banyak, cuma abang jelah tolong bakar sate yang penghabisan. Yang tak buat kerja pape, kitorang sembang-sembang kat depan tv. Tu jelah yang mampu kami buat.


Sambil-sambil dok makan nasi tomato sama ayam masak merah yang sangat menyelerakan tu, bapa sedara aku sorang ni tanya nak tengok wayang pacak ke tak? Aku kata takde masalah, pasanglah bolehlah layan. So, dia pun pasang dan dia pasang filem KL Gangster. Aku tak bape nak layan sebab dah pernah tengok sebelum ni. Ada yang layan, yang tak layan diorang khusyuk main bunga api dengan mercun. Aku pun join gak tapi bunga api jelah mampu. Korang yang lain jangan main tau, bahaya. Main bunga api cam aku takpe. Hikhik


Sesudah selesai majlis makan-makan ni, kami sekeluarga terus balik Penang. Tak tidur sini sebab esoknya ada agenda nak mendaki Bukit Bendera walaupun hari dah lewat sangat. Nasiblah Kedah dengan Penang tu tak jauh sangat. Gaya macam aku yang drive kan? Yang pastinya, lepas masuk je dalam kereta that time, aku terus tertido sampailah dah sampai Penang. Gila kejam tak teman abang aku drive. Itulah jadinya kalau penat. Memang tak ingat dunialah.

sepupu aku yang senget. tapi dah pandai cover macho. T_T

No comments:

Post a Comment