Saturday, September 10, 2011

[Lepak-Lepak] Berbuka Puasa with Mona


Assalamualaikum

Actually tengok tajuk pun tahu kan? Sahlah berbuka puasa ni time bulan Ramadan yang lepas. Rasanya minggu terakhir puasa hari tu. Dua kali je berbuka kat luar. Satu dengan geng sawan. Satu lagi dengan pelakon baru ni. Sebelum ni asyik kacau dia kat fanpage je. Nasib baiklah dia on je bila aku dengan kak leo ajak dia berbuka sekali.

Kitorang pilih PappaRich The Gardens sebab kalau kat sini, takdelah crowded sangat macam Midvalley. Mahu sakit jiwa aku tengok orang yang ramai sangat ni. Bulan puasa memang boleh dikatakan memang port terbaiklah diorang kalau nak berbuka. Sebab takut kot-kot penuh, kitorang tempah. Alih sampai-sampai memang tak ramai sangat kat sini. Terbaik.

satu kat PappaRich The Gardens, satu lagi kat Pancake Midvalley

Tak cukup lepak kat The Gardens, kitorang gerak ke Midvalley cari dessert sebab si artis nak makan. Pusing dari bawah ke atas, last-last ternampak kedai Pancake. Macam best je plus tempat duduk dia menarik hati nak snap gamba. Rupanya cik Mona kita ni suka sangat dengan kamera. Memang kerja dia asyik pose jelah. Aku macam biasa tukang snap jelah yang mampu.

nilah jadinya kalau suruh dia pose. 

Kat Pancake ni makin keluar kesewelan kitorang. Adalah geng meja sebelah ni asyik pandang-pandang je kitorang macam tak pernah tengok orang je. Mungkin salah kitorang lah kot bising tak ingat dunia. Apa kisah, bila lagi kitorang nak jumpa si artis ni lagi. Sebab lepas raya ni dia start kuliah balik. Aku plak sambung belajar. Takpelah nanti boleh berhubung by twitter dengan facebook. Thanks Kak Leo belanja kat PappaRich dan Mona belanja kat Pancake. Nanti turn Aten plak belanja korang.


Oh ya, drama terbaru lakonan dia boleh ditonton kat TV9, setiap hari Khamis, 8.30 malam dalam slot Aurora, Kali Kedua. Watak dia katanya, dia jadi gedik dan jahat. Untuk 1st episod, boleh tahan muka tak puas hati dia. Kita tunggu episod seterusnya nextweek plak. Rasanya Kali Kedua ni boleh tahan best ceritanya. Yang penting, kita tunggu dan komen sama-sama if korang pun tengok tau.

No comments:

Post a Comment