Friday, September 30, 2011

[Jalan-Jalan] Bukit Bendera, Pulau Pinang


Assalamualaikum


Bukit Bendera Pulau Pinang terletak 833 meter dari paras laut. Kali terakhir aku naik tak silap masa aku Tingkatan 4, tu pun disebabkan rombongan budak-budak sukan yang sekolah bawak. Kalau dengan family rasanya zaman aku sekolah rendah mungkin. Tak banyak sangat yang berubah. Cuma yang paling penting, dulunya nak naik lebih setengah jam, then kena tukar keretapi tapi sekarang ni, keretapi punya trip tunggu 5 minit je dan takpayah dah nak tukar-tukar. Untunglah =_=

cuba cari perbezaan ketara taknak orang oversea tahu harga tambang pelancong tempatan


Oh ya hampir terlupa info penting. Pada pelancong warga Malaysia, anda diwajibkan mengumpulkan semua IC mengikut jumlah tiket yang korang nak beli sebelum gerak ke kaunter. Orang dewasa jelah, kalau budak-budak rasanya takpayah nak tunjuk MyKid tu. Mungkin sebab pengurusan nak elakkan diorang ditipu sebab faham-faham jelah ada orang luar muka macam kita, orang kita muka macam orang luar. Renung-renungkan dan selamat membawa MyKad.




Digalakkan janganlah datang masa cuti umum cam kami ni. Ingatkan naik masa orang takde sangat, kat atas tu okaylah. Tapi rupanya bila kami sampai kat atas, tengok orang yang nak turun tu, masyaAllah ramai sangat-sangat. Serabut serabut. Nasib baiklah kami baru sampai atas tu. So, kami abaikan diorang yang beratur tu, buat tak tahu je jenguk pemandangan indah negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiaraku.


semua bajet teropong padahal nak guna kena bayar kot

Lepas sejam lebih berjalan-jalan kat atas ni, beli apa-apa yang patut, kami terus pikir nak balik cepat sebab malamnya kami nak balik Selangor terus. Tapi malangnya line nak turun bawah tu masih lagi ramai macam kami sampai tu. Rasanya kami tunggu nak turun bawah lagi lama dari kami jalan-jalan kat atas ni. Dengan Pak Arab potong-potong line sukahati. Nasib baik diorang kat belakang, kalau kat depan memang kenalah. Penat kita beratur, sesuka hati je diorang nak buat-buat selit. I'm sorry lah.



No comments:

Post a Comment