Thursday, July 21, 2011

[Jalan-Jalan] Pesta Flora Putrajaya 2011


Assalamualaikum

Minggu lepas berlangsungnya Pesta Flora Putrajaya 2011. Setiap tahun pasti ada pesta flora ni. Macam-macam jenis bunga-bungaan ada. Kalau korang jenis gila posing sini-sana, banyak sangat port-port menarik. Aku dengan family pergi first day lagi. Kitorang pergi sana waktu malam. Ayah dengan abang aku yang sakit tu je yang tak pergi,.

we are family. family are we.

Orang yang datang first day ni boleh tahan ramai. Mungkin sebab ramai nak lari dari Kuala Lumpur maklumlah 9 Julai 2011 tu ada Perhimpunan Bersih. Macam-macam ada, wa cakap lu. Malam semestinya lagi cantik sebab ada lampu-lampu bergemerlapan. Then, setiap malam akan ada perarakan bot berhias. Sambil tu, lepas jam 10 malam akan ada percikan bunga api untuk cerahkan langit Putrajaya. Semua tu dari 9 Julai - 17 Julai yang lepas.

kami penunggang basikal, hey basikal tua

set meja makan dan hiasan

Buat pertama kalinya, mak tak beli apa-apa pun pokok kat sini. Musykil dan ajaib. Sangatlah rasa tak percaya tapi itulah kebenarannya. Kitorang adik-beradik langsung tak kisah if mak nak beli tapi mungkin mak tak berkenan di hati dan kebanyakan pokok yang dijual, mak dah ada koleksi. So, tak perlulah kita membazir pada benda yang tak perlu. Renung-renungkan dan selamat beramal. Jumpa lagi di Pesta Flora Putrajaya 2012.

koleksi hiasan bunga-bungaan

antara pokok-pokok yang dijual

1 comment:

  1. gambar yang kelima ,baja untuk orkid yang malas nak berbunga

    ReplyDelete