Saturday, July 30, 2011

[Event] Party Costume Filem Tolong! Awek Aku Pontianak [TAAP]


Assalamualaikum


Event yang dianjurkan oleh tuan empunya blog Sensasi Selebriti. Mulanya rasa macam takdapat nak join tapi alhamdulillah dapat jugak sebab abang Budiey cari pembaca last minit. Aku tweet dia tanya nak datang boleh tak, so dia pun kata boleh. Syukurlah aku tak sesat nak ke Menara KL masa tu. Nampaknya ingatan masih kuat dengan jalan-jalan ni walaupun time kecik-kecik dulu last datang. Tema bagi event ini adalah Costume sebab dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP) ada babak Party Costume.

Aku datang dengan tema sukahati. Rasanya bila aku pakai kasut but ikut temalah kot. Senang sikit aku nak tendang hantu-hantu yang buat kacau. Kebanyakan yang datang semua berpakaian hantu. Memang hantu betul lah. Nasib baiklah event ni siang, kalau malam agak berbahaya sikit. Maaflah tiada gamba mereka-mereka yang hantu tu sebab aku takde kamera that day. Aku tumpang kamera orang. First time aku tak keruan sebab takde kamera kat tangan.

Untungnya kat event ni, orang ramai dapat tengok preview 30 minit filem TAAP. Masa tu boleh tengok yang pembaca-pembaca Sensasi Selebriti semua ketawa dan senyum simpul. Tu belum lagi tengok full punya. Yang pastinya bila aku dah tengok sendiri kat panggung, memang kelakar tak ingatlah filem ni. Yang tak sempat tu, apa lagi langganlah kat Astro First. Korang takkan rugi punya. Percayalah.

sesi temubual pelakon TAAP. Sazzy agak lewat datang.

Hanya sebahagian pelakon-pelakon TAAP yang ada. Jadilah dari takde langsung kan? Yang pasti hero dengan heroin kenalah ada. Antara pelakon yang hadir, Zahiril Adzim (Bob), Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed dan Nurul. Selain tu, Bob ada bawa tunang dia, Shera Aiyob siapa lagi. Sangat comel dia berpakaian pari-pari. Sampai selalu jadi mangsa gangguan kami untuk bergambar.


Ada juga artis-artis yang datang nak promosikan single terbaru diorang. Najwa Latif dengan Cinta Mukabuku nya, Farawahida dengan Jangan Tanya Aku Lagi, dan Shylla Amzah dengan Patah Seribu. Farina AF8 aku tak pasti tajuk lagu yang dia nyanyi. Aku jadi tak berapa betul kejap bila dengar suara Farawahida live nyanyi her new song tu. Lagu tu aku memang minat sangat sejak tengok drama Mata Ayer. Terus aku suka kacau dia kat twitter dengan fb sampai sekarang. Hebat betul penangan dengar live ni.


Sebagai pembaca buku pelbagai jenis, sure-sure buku si Bob ada aku beli. Susah betul nak dapatkan that book sebab masa tu takde lagi dijual kat MPH or mana-mana kedai buku. Yang jual hanya online dan aku kurang minat beli macam tu. Nasib baik kat SACC ada pesta buku hari tu. Semangat bawak buku tu dari rumah. So, gunakan peluang yang ada, mintak sign tuan penulis. Tunjuk je kat dia, Alhamdulillah yang first terkeluar dari mulut. Alhamdulillah lah macam tu kan.

jeles tak jeles tak?

Najwa Latif - she's nice person

Liyana Jasmay memang suka posing


Kalau diikutkan, rasanya geng aku lah yang kuat bergambar dengan artis-artis ni sebab takut bila dah habis, dah susah sebab time tu semua orang berebut. Seorang pun dari geng kami tak dapat cabutan bertuah. Maklumlah kami ni jenis yang tak bertuah selalu. Teringin nak handycam Canon tu, takde rezeki nampaknya. Cuba lagi di lain event. InsyaAllah, jika berpeluang dan bernasib baik.


kami asyik kacau dia. dia familiar dengan atenzone. tapi jarang tweet dia pun. T_T

Akhirnya tamatlah sesi beramah mesra dengan mereka-mereka yang punya nama ni. Kami yang tak punya nama hanya ada gamba dengan mereka. Hampir-hampir putus asa tak dapat bergambar dengan Sazzy Falak sebab dia menghilang kejap sampai kami dah turun bawah pun. Tapi nampaknya kami ada jodoh sebab masa dia turun kami tengah bersembang nak balik. Dapat package sekali bergambar dengan her husband. Tabik lah dengan attitude diorang berdua. Ada sebabnya. Siapa kenal diorang, korang akan tahu.
They were an awesome couple

No comments:

Post a Comment