Wednesday, July 27, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Pasar Satok


Assalamualaikum

Pasar Satok adalah salah satu lagi tarikan pelancong. Pasar ini dibuka hanya pada Sabtu dan Ahad. Hari Ahad pula hanya sehingga tengah hari. Selalunya orang ke Satok ni nak beli ikan masin kat pasarnya. Kalau Sabtu dan Ahad memang ramai lah peniaga buka kedai, ala-ala pasar malam gitu, tapi bezanya dia dibuka dari sianglah. Binatang pun ada dijual kat sini. Siap ada jual anjing dengan kucing.

obor-obor pun ada jual T_T

korang boleh try rasa sebelum beli

cendawan dan barang-barang yang selalunya orang buat sup


aku panggil telinga monyet

kecomelan anak kucing ni terserlah. teringat kucing kat Chinese History Museum

anjing sebelah kucing. nasib diorang ngam

antara jenis pokok yang dijual

Lepas dah round beberapa kali kat Pasar Satok ni, kami jalan-jalan sekitar rumah kedai. Mulanya nak masuk satu kedai ni nak rasa aircond sebab cuaca panas sangat. Boleh terasa kehangatannya. Alih-alih mak tertarik nak beli blouse kat kedai tu. Cuba, cuba dan cuba yang berkenan di hati. Ada yang besar di badan. Ada yang kecik di badan. Last-last dapatlah yang sesuai dan bolehlah balik dengan hati gembira. Hikhik.

penat tunggu mak try baju, posing depan cermin besar kedai tu pun jadi

No comments:

Post a Comment