Thursday, July 28, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Muzium Kucing (Cat Museum)


Assalamualaikum


Muzium Kucing adalah salah satu landmark di Kuching yang sangat senang dikenali. Ia terletak di sebelah Petra Jaya (seberang sungai Sarawak). Dari jauh lagi korang boleh nampak mercu tanda seperti sebuah kubah masjid di atas bukit. Kadang-kadang ada yang menyangka itu adalah Masjid Negeri Sarawak yang ada berdekatan.

Ini muzium kedua yang dilawat selepas Chinese History Museum. Mula-mula kami nak ke sini sebab rasakan yang muzium ni akan ada kucing hidup yang comel-comel. Maklumlah kami sekeluarga ni memang jenis sayangkan kucing dan gilakan kucing tapi harapanku hancur berkecai. Yang ada hanyalah replika kucing dan gamba-gamba kucing. Harap lepas ni tolonglah bawa seekor dua kucing hidup jadilah, barulah kena dengan nama Muzium Kucing.

Walaubagaimanapun masuk adalah percuma bagi pengunjung. Yang perlu bayar jika korang nak tangkap gamba ataupun merekod video dalam muzium ni. So, RM3 telah dibayar. Boleh je kalau aku nak seludup masuk tapi bukan itu caranya. Layanlah gamba-gamba kami ni yang gila kamera.




Replika kucing ni sangat comel. Rasa macam nak bawak balik je. Kat sini juga ada booth-booth barangan berasaskan kucing dijual. Ada keychain, ada beg, ada dompet dan macam-macam lagi. Tapi jaga-jaga dengan harganya sebab ada yang murah, ada yang mahal. Tapi kami tak beli pun sebab kurang berminat.





sebijik plak muka abang dengan kucing tu. hikhik

calon-calon pelakon CATS akan datang

sape stylo lagi? mestilah minah berbaju purple tu kan?

Selesai menjelajah muzium tu, aku, kakak dan abang suka dengan tempat di luarnya. Lagi layan dari dalam muzium tu sendiri. Bagi kami yang suka bergambar bagai nak gila tu, tempat kat luar ni memang tertarik dan terbaik. Sampai ada pasangan pengantin pun shoot kat sekitar ni. Scenery sangat best dan saya suka sangat.

bertapa pun boleh

kakak dengan abang relaks je tapi adik diorang dah macam miss world tak laku


Last but not least, Muzium Kucing ni kalau korang taksempat melawat pun takpe, no hal tapi kalau nak bergambar, tempat ni paling sesuai. Digalakkan sangat datang dan posinglah anda sampai tak larat.

No comments:

Post a Comment