Thursday, July 28, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Kek Lapis Sarawak


Assalamualaikum

 

Kek Lapis Sarawak paling digemari dan menjadi pilihan pengunjung dan pelancong negeri Bumi Kenyalang ni. Kalau korang jalan-jalan kat mana-mana tempat, for sure korang akan jumpa kek lapis dijual di mana-mana. Cuma bezanya sedap dan tidak. Selalunya yang harganya RM10 dibuat dengan butter manakala lebih mahal antara RM20 hingga RM25 dibuat dari mentega. Ia merupakan harga bagi 1/5 saiza sebenar.

Kek Lapis Sarawak dari Dayang Salhah merupakan jenama kek lapis sarawak paling popular. Kedai ni boleh dikatakan menjadi pilihan pelancong. Kat kedai ni ada tergantung gambar-gambar selebriti yang pernah datang. Terlalu ramai sampaikan tak cukup tempat nak letak. Kedai ni kiranya paling hujung sekali dari jeti Kampung Boyan. Selamat berjalan-jalan.


jenis kek-kek lapis sarawak yang boleh dirasa

tak rugi korang boleh rasa semua jenis sampai kenyang.


Di kedai ni juga ada kilang mereka tersendiri. Korang just cakap kat pekerja Dayang Salhah, korang boleh masuk tengok cara-cara mereka buat kek. Tanyalah pape yang korang nak tahu kat diorang tapi macam pekerja dalam dapur ni kurang mesra sikit. Maybe sebab penat buat berlapis-lapis kek dalam sehari. Takpe, korang dimaafkan sebab aku bukanlah jenis yang kekwat ye.





Kedai ni bagi aku pandai dari segi promosi. Boleh dikatakan yang kalau ditanya kedai mana nak membeli kek, pasti yang pertama dijawab adalah Dayang Salhah. Tapi selama beberapa hari aku duduk kat Kuching, rasanya kurang sedikit mungkin sebab sekali mereka hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Selain kedai ni, korang boleh try Afifi Kek Lapis dan Mira Kek Lapis. Pandai-pandailah buat pilihan sebab pilihannya sangat banyak. Happy shopping Kek Lapis Sarawak. Korang wajib beli ok.

No comments:

Post a Comment