Thursday, July 28, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Jalan-Jalan Sini Sana


Assalamualaikum

Entry terakhir tentang Kuching. Yang pasti korang takkan pernah rugi terbang sejauh sejam setengah untuk bercuti ke Kuching dari LCCT. Terasa nak datang lagi dan lagi dan lagi. Waterfront Kuching tempat yang sangat wajib korang lepak chill sampai lebam. Kat situ ada muzium, ada bazar, ada kedai cenderahati, ada mall dan macam-macam lagi. Korang digalakkan untuk tidur kat sini sebab nak gerak ke satu tempat ke satu tempat just jalan kaki je. Jimat duit korang tak payah menyewa kereta beberapa hari. 

statue kucing ni wajib, bukti korang kat Kuching

belakang tu Dewan Undangan Negeri Sarawak. tertarik dengan bangunan tu.


India Street tu kalau korang nak feeling rasa kat Campbell Street versi kecik sebab kedainya sangat tak banyak. 

kedai ni korang boleh layan shisha tapi kami taklah




pilih-pilih, fridge magnet 5 untuk RM10

Kuching Waterfront waktu malam

Satu tempat yang korang wajib pergi kat Kuching ni semestinya adalah Sarikin. Tempat ni adalah sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Kalau korang drive ke sana, lebih kurang 45 minit dari bandar Kuching. Kiranya macam Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam, dan Rantau Panjang. Korang kena pandai tawar kaw-kaw punya, sure takkan rugi dan dijamin kiri kanan penuh.


Aku hanya sempat beli ukelele tiruan. Sebab bunyinya dah macam alat muzik tradisional Sarawak. Tapi sila gerak pagi ye sebab kawasan ni panas nak mampus. Sediakan payung ke topi ke. Kalau takde pun takpe sebab kat sini semuanya sudah dijual. Siap nanti bila korang jalan je, akan ada mamat tawarkan, kain lap, kain lap. Don't worry.

Kat sini yang paling banyak borong mestilah mak. Dia borong tikar Sarawak, beberapa helai baju blouse, dan juga telekung. Harga kat sini murah sangat. Kalaulah masa ni aku ada duit lebih, for sure aku akan beli banyak barang. Tapi sayangnya masa ni memang poket aku tengah kosong. Ukelele je yang mampu. One more thing to share dengan korang, kat Sarawak ni, penduduk-penduduknya boleh menggunakan parabola. Hampir 1000 stesen tv di seluruh dunia mereka dapat layan. Untungnya kawan ayah aku yang tinggal kat sini.

parabola kat rumah kawan ayah

Thanks sebab membaca pengalaman aku ke Kuching ni. Ada masa lagi aku share tentang pengalaman di tempat lain pula. See u again Kuching dan aku akan pastikan lain kali poket aku penuh dan boleh shopping dengan hati yang gembira kat sini.

No comments:

Post a Comment